2) MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI

Seperti yang kita tahu rumah pada zaman kegemilangan ini kebanyakkannya mahal-mahal.  Ada tu kawasan perumahan yang betul-betul mewah yang orang lain tak mampu nak beli.  Tambahan,ada pulak rumah yang semua nya diibaratkan “goreng pisang” panas.  Baru pamer dah “sold out”.  Yang melepasnya kita juga.

Apapun alasannya, kami nak kongsikan maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan untuk membina rumah atas tanah sendiri. Jika belum mempunyai tanah, saudara boleh buat pinjaman beli tanah dan kemudian baru bina rumah.

 

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah :

  1. Lantik peguam dan kontraktor untuk buat perjanjian pembinaan (s&p). Jika nak jimat, buat sendiri rumah tanpa menggunakan kontraktor tetapi perlu dengan ilmu.
  2. Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman.
  3. Peguam boleh buat CARIAN / LAND SEARCH di Pejabat Tanah Daerah (terdekat) jika ada sekatan pada tanah tersebut.
  4. Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri, tanah atas nama orang lain adalah tidak dibenarkan. Jika perlu beberapa tindakan boleh diambil seperti buat permohonan pecah lot, beli semua bahagian tanah, tukar nama kesemua bahagian tanah dsb.
  5. Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan. (tiada cagaran bank)
  6. Lantik arkitek berdaftar untuk membina pelan dan dapatkan kelulusan daripada PBT.  Jika nak jimat, lantik arkitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu dapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.
  7. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan BPPP.


*Cara bayaran kos pembinaan perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian.

 

 

 

            CARTA ALIR UNTUK MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI

 

latest jenis II

Langkah 1:

Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak BPPP. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak BPPP, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah. Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua pihak berkenaan. Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan masalah timbul akibat tersalah memilih peguam dan kontraktor yang tidak pernah berurusan dengan BPPP.

Langkah 2:
Arkitek akan buat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan ( kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan BPPP ).

Langkah 3:
Setelah pemohon dan kontraktor bersetuju dengn pelan rekabentuk, pemohon @ peguam@ kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian. Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online. Borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan kepada saya untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke BPPP. Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.

Langkah 4:
Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari BPPP, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

Nota:

Dahulu dikenali sebagai Lampiran E,tetapi sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.

RENOVATION

Jika anda ingin mengubahsuai (renovation) rumah anda, terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan..

-Pelan mestilah mendapat kelulusan daripada arkitek dan sah digunakan dalam tempoh 12 bulan.

-Salinan lesen kontraktor dan CIDB/SSM yang disahkan.

 

 

CONTOH-CONTOH PELAN BANGUNAN

 

 

KESIMPULANNYA:

 

~ Membina rumah di atas tanah sendiri bermaksud anda bebas untuk merekabentuk rumah mengikut selera dan kepuasan masing-masing.  Malah anda juga boleh menjimatkan kos peruntukan untuk membina rumah.  Tetapi jika tersilap boleh meningkatkan kos.

~ Jika tanah dibeli 2 lot, 1 atas nama isteri, dan 1 lagi atas nama suami, dan rumah akan dibuat atas kedua2 lot, hanya 1 lot harta dibenarkan untuk membuat pinjaman. Sebaiknya, satukan lot berkenaan, jika tidak anda perlu masuk di dalam kes rayuan.

~ Anda juga boleh menggunakan kontraktor dari kalangan ahli keluarga, tetapi pastikan kontraktor tersebut mempunyai lesen daripada khidmat kontraktor CIDB atau ROC yang masih belum tamat tempoh.

_________________________________________________________________________________

*Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan di bawah.  Jika ada percanggahan, rujukan muktamad adalah mengikut agensi-agensi yang berkaitan.

__________________________________________________________________________________

Rujukan  :

1)Pakar Perunding Perumahan Bepengalaman

2)Kontraktor Berpengalaman -Mohda Construction Sdn Bhd

3)Pegawai Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

4)Arkitek Berpengalaman

Disediakan oleh   : Sharifah Noor Khalillah Syed Ismail/Politenik PortDickson/N.Sembilan/Mac2012

Dikemaskini oleh   : Siti Zawiyah Shuib/UiTM Melaka/Melaka/Mac2013

___________________________________________________________________________________

Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

  •  ”Saya kakitangan kerajaan, macam mane hendak memilih peguam untuk membantu saya membeli rumah terpakai (secondhand house).”  Ramai yang bertanya persoalan ini. Apakah kepentingan peguam dalam proses pinjaman anda. Jawapannya ada di link ini !   PANDUAN 3 : Pemilihan Peguam
  • Kepentingan pewaris/penama dalam pinjaman atau insurans. Perlu lebih maklumat tentang penama atau pewaris?? Klik di sini! PANDUAN 10 : Penama/Waris

________________________________________________________________________________

Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..


   
 Perkhidmatan Kami di BPPP(Version 2)

                            Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)

_________________________________________________________________________________


144 Responses to 2) MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI

  1. NUR SYUHAIRAH RIDZUWAN. says:

    ASSALAMUA’LAIKUM WBT. SAYA DAN SUAMI BERCADANG INGIN MEMBINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI. JADI BAGAIMANA CARA NAK MEMBUAT PINJAMAN PERBENDAHARAAN? BOLEH TERANG SECARA TERPERINCI KEPADA SAYA.

  2. Elam says:

    Mualaikum salam Pn Nur Syuhairah : Terlalu panjang untuk saya jawap disini. Secara ringkas puan kena cari kontractor yang berpengelaman untuk bina rumah dan peguam yang biasa buat untuk pinjaman perumahan. Untuk jawapan lebih terperinci sila hubungi saya bila-bila masa…0196692728 Semuga boleh memudahkan hasrat hati puan.

  3. man says:

    salam, tuan.. saya hendak membuat ubahsuai rumah/penambahan rumah dari sediada.bagaimana caranya hendak berurusan dari awal hingga selesai..minta penjelasan tuan.tq

  4. Elam says:

    Mualaikum salam En. Man : Untuk buat ubahsuai ada banyak perkara kena buat/chek, antaranya : Kira kelayakkan buat loan, buat pelan & kena ada kelulusan PBT dan lantik peguam. En. kena pastikan kontractor dan peguam pernah buat kes pinjaman kerajaan. Atau boleh inbox hp no untuk saya cadangkan kontractor dan peguam berpengelaman. Careline 019-6692728 Semuga hajat en tercapai.

  5. BoB says:

    Salam Tuan,

    Ada sejenis persoalan, saya bercadang nak bina rumah, tapi reka bentuk tak nak yang macam biasa…saya nak buat bentuk pelik (bukan berbentuk segi empat seperti kebiasaan) mungkin bulat, mungkin berbentuk telur, adakah rekabentuk seperti ini dibenarkan?

  6. Elam says:

    Mksm Bob : Saudara nak buat mamcam mana sekalipun boleh…asalkan mendapat kelulusan pelan oleh arkitek dan PBT jika perlu. Semuga membantu.

  7. sabariyah says:

    ASMLKM,
    Dengan pengalaman yg ada pada Puan, boleh recommend :
    contractor yang pernah berjaya membina rumah dan pada masa ini berkemampuan utk membina sebuah rumah sederhana 5 bilik atas tanah sendiri.
    2. Dalm proses nak membuat perjanjian membina rumah itu, peguam mana yang Puan recommend?

    3. Saya belum ada pelan rumah , tetapi ada idea dimana dapur, dimana ruang tamu. Bata yg nak digunakan , tak perlu di cat .

    Begitulah lebih kurang idea nya. mungkin Puan dapat membantu .ada soalan

  8. aling says:

    assalamualaikum….saya ingin bertanya bagaimana jika tanah tersebut ada lebih dari satu
    nama, untuk pengetahuan tanah tersebut adalah tanah pesaka. adakah cara untuk
    MEMBUAT PINJAMAN PERBENDAHARAAN tanpa membabitkan nama2 yang lain? atau
    membabitkan pajakan geran.
    harap dapat kerjasama dari pihak puan.

  9. Elam says:

    Mksm Sabariyah : Biasanya saya akan beri maklumat peguam dan kontractor yang biasa uruskan pinjaman bersama BPPP. Kontractor akan uruskan segala-galanya. Diharap saudari dapat hubungi saya bila-bila masa. TK

  10. Elam says:

    Mksm Aling : Syarat yang ditetapkan bpp mestilah geran hanya nama pasangan sahaja walaupun ia tanah pesaka. Saya cadangkan saudara gugurkan nama-nama lain dengan merujuk pejabat tanah terdekat dan jika sukar, cuba buat personal loan dari mana-mana instituasi kewangan berlesen. Semuga membantu.

  11. Zahidah says:

    Salam,

    Saya nak bertanya, ibu mertua sy ad sebidang tanah dan mahukan suami sy membuat rumah diatas tanah berkenaan.. masalah kami adalah wang.. sekiranya saya ingin membuat loan untuk membuat rumah bagaimanakah cara-cara nya..? tanah itu atas nama ibu mertua saya, tapi loan akan dibuat oleh suami saya… adakah kebiasaan loan akn diberi mengikut hrga tanah atau mengikut plan yang akan dibuat..?

  12. IBRAHIM BIN ARIS says:

    sy telh mmohn pinjamn prumahan di ats tanh sndiri (hakmilik ada sekatan kepntingan) tapi x dilulskn sbab borang x lengkap. borg trsbut ialh “salnan surt kbnaran mngadai dari pihak berkuasa negeri”. apakh jnis borg tersebut?

  13. Elam says:

    Saudara Ibrahim : Boleh mohon bantuan peguam, Peguam akan sediakan dokument untuk diserah PBT, PBT akan keluarkan surat kelulusan. Saudara boleh lihat contoh di website : http://www.mohdelam.com/wp-content/uploads/2010/12/Contoh-Surat-Kelulusan-SUK.pdf Semuga dapat membantu.

  14. Elam says:

    Mksm Pn Zahidah : Sila rujuk email untuk jawapan dari soalan diatas. TQ

  15. nor hamdan fakru says:

    salam..

    saya memiliki sebuah tanah lot 5000 kaki persegi

    saya bercadang untuk membina sebuah bungalow berkeluasan 2000- 2500 kaki persegi

    saya mahu memohon pinjaman perumahan kerajaan, kelayakan loan saya maximum adalah rm 380000..

    tetapi saya tidak tahu bagaimana harus saya mulakan, siapa yang saya cari dahulu dan bagaimana menganggar kos pembinaan tersebut (termasuklah kos arkitek, pelan, guaman, kontraktor dan sebagainya),

    saya masih buntu tentang flow procedure tersebut.. mohon beri guidance to me to avoid any fraud from all involved parties. thank you very much

  16. muttiara bt. albauddin says:

    saya ingin membina rumah di tapak tanah pusaka dengan beberapa orang adik beradik atas geran…bolehkah dan bagaimana cara permohonan

  17. zul says:

    Pembetulan, Dokumen boleh diserahkan melalui peguam kepada pejabat tanah daerah bukan Pihak Berkuasa Tempatan/Majlis.

  18. Elam says:

    Mksm Muttiara : Mengikut panduan BPPP tidak membenarkan membina atau membeli rumah yang ada nama selain nama pasangan. Bermakna nama pasangan sahaja dibenarkan.

  19. Elam says:

    Mksm Nor Hamdan Fakru : Saya suka perancangan anda… Nasihat saya agar dapat cari kontraktor yang mahir/ada lesen kontractor/biasa buat loan kerajaan untuk merealisasikan impian anda. Kontraktor yang cekap dia akan menyelesaikan semua perkara berkait…seperti kelulusan pelan, kebenaran PBT dll. Yang ke 2: Kena cari peguam berpengelaman untuk menyelesaikan perundangan BPPP. Hubungi saya untuk maklumat kontraktor atau peguam.

  20. Elam says:

    En Zul: Terima kasih di atas pemberitahuan..kami telah membuat pembetulan.

  21. Ajak says:

    Salam,

    Saya sedang mencari bank yang boleh memberi pinjaman untuk membina rumah. Tanah adalah rezab melayu di Sg Buloh. Tanah atas nama sendiri. Saya cuba contact RHB dan OCBC setakat ini, tapi kedua2nya beri alasan, sukar dapat sebab tanah rizab melayu.

    Jika En Elam ada maklumat berkaitan bank yang menawarkan pinjaman yang saya cari, mohon sangat dimaklumkan. Pelan dah lulus, kontraktor dah ada.

    terima kasih didahulukan

  22. siti says:

    salam,saya mempunyai satu lot tanah dan berhasrat utk membina rumah.masalah nya sekarang adalah suami saya pekerja swasta dan kami tidak tahu pada siapa untuk memohon membuat pinjaman untuk membina rumah.boleh tak tuan berikan cadangan?

  23. Elam says:

    Wsalm saudara ajak : boleh hubungi sy untuk pengetahuan yang lebih lanjut..Terima ksih.. Hp : 0196692728. Semoga membantu.

  24. Elam says:

    Mksm Siti : Saudari telah membuat perancangan baik untuk masa depan. Untuk menjawap adalah lebih baik hubungi saya bila-bila masa dan saya perlukan maklumat tambahan seperti : S&P ada nama suami? Kelayakan pinjaman siti sekarang? Lokasi tanah? Berapa jumlah akaun 2 KWSP suami? Sudah melantik peguam dan kontraktor? Careline:0196692728

  25. Elam says:

    Mksm Ajak : Jika anda atau isteri kakitangan kerajaan adalah lebih baik menggunakan kemudahan yang kerajaan bagi melalui BPPP. Tetapi jika sebaliknya tiada pilihan melainkan menggunakan loan bank. Boleh rujuk bank terdekat seperti Maybank atau BSN. Jika masih ada masalah hubungi hp saya. Semuga membantu.

  26. anak tok ali says:

    saya nak tanya apa maksud tuan klau tanah luar kawasan majlis..sekadar dapat pegesahan daripada majlis..tq

  27. Elam says:

    Anak tok ali : Jika rumah yang hendak dibina terletak dalam kawasan bandar, biasanya dibawah majlis perbandaran @ bandaraya dan jika di pedalaman memadai pelan tersebut mendapat kelulusan arkitek berdaftar sahaja dan borang permohonan boleh submit ke BPPP untuk membina rumah. tk

  28. ikmal says:

    Salam..saya ingin jgk bertny..sy ingin membina sebuah rumah di atas tanah eamk sy dgn izin nye..Apakah kesan jangka masa panjang..?adakah sy perlu mohon aper2 kelulusan dari PBT…Saya menggunakan duit simpanan sendr..adakah jgk sy perlu dapatkan aper2 khidmat seperti guaman..?terima kasih..
    *mohon utk dpt kn contact nom puan..Send d email sy…ikmal3425@yahoo.com

  29. Elam says:

    Saudara Ikmal: Boleh telefon saya..untuk butiran lanjut..Terima Kasih.Careline:0196692728..

  30. suria says:

    salam… saya merupakan kakitangan kerajaan dan ingin membuat pinjaman perumahan di atas tanah milik nama suami saya. apakah saya boleh membuat pinjaman perumahan dari loan kerajaan jika menggunakan nama saya dan tanah masih nama suami.

  31. Elam says:

    Mksm Suria : Geran mesti ada nama puan jika hendak membina rumah menggunakan pinjaman BPPP …. disamping S&P kena letak nama puan dan suami. Cadangan saya, sila rujuk pejabat tanah terdekat untuk memasukkan nama puan. Puan tidak boleh masukkan nama jika tanah masih ada cagaran mana-mana instituasi kewangan lain. Harap dapat pencerahan ya….

  32. man says:

    Salam, saya ada dalam 100k cash, ada kosong 80kaki x 130kaki nak buat rumah cukup2 selesa je .. macamana ..anak ada 3 je (blum kahwin), boleh ke bagi idea rumah macaman nak buat, cukup ke duit tu //

  33. Elam says:

    Mksm Man : Cukup tu…. Orang melayu ada kata ukur baju dibadan sendiri. Untuk saya perincikan dari soalan saudara eloklah kiranya dapat hubungi hp saya bila-bila masa.

  34. LOKMAN BAHARUDIN says:

    Assalamualaikum & salam sejahtera.

    Trm kasih kepada saudara kerana byk memberikan info2 yang berguna berkaitan pembinaan perumahan ni. Secara umumnya sya telah faham serba sedikit berkaitan proses2 utk buat rumah atas tanah sendiri. Saya cuma ada satu pertanyaan:

    - Berapakah anggaran kos utk sya buat rumah 4 bilik tidur, 2 bilik air, ade ruang tamu berasingan dgn “family area” ? Brp jumlah loan kerajaan yang sesuai utk sy buat? Anggaran keluasan tanah 70 kaki x 100 kaki (lebih kurang). Tanah sy adalah di kawasan kampung. Sy kurang mahir dlm bab penggunaan bahan2/material utk buat rumah. Sya mahukan rumah yang sederhana tetapi selesa.

    Harap saudara dapat membantu. Terima kasih.

  35. Safril Bin Sappe says:

    Assalamualaikum, nak tanya admin…
    1.saya dr Sabah..adakah info yg diberikan oleh admin sama digunakan disemua negeri terutama di Sabah?
    2.sy ada tanah lot.tp Masih keliru maksud tanah lot?boleh mohon pencerahan?
    3.andaikata tanah lot atas nama sy boleh buat rumah melalui pinjaman kerajaan,boleh tidak sy Kongsi dgn isteri untuk buat pinjaman?
    terima kasih…

  36. Elam says:

    Mksm LOKMAN BAHARUDIN : Terlalu panjang jika saya jawap diruangan ini…. adalah lebih mudah jika sekiranya saudara dapat menghubungi hp saya bila-bila masa. Terima kasih.

  37. Elam says:

    Mksm Safri : 1. Boleh 2. Istilah lain ‘piece of land’ yang biasanya berkeluasan sekitar 5,000 +++ kaki persegi sesuai untuk membina sebuah banglo. Tetapi keluasan tanah lot berbeza untuk rumah kedai, Terus atau Semi-D. Dan setiap lot mempunyai pegangan berbeza-beza seperti free hold, Lease hold atau MCL (bumi lot) 3. Boleh. Bantuan untuk membina rumah boleh hubungi saya. Semuga boleh membantu.

  38. erina says:

    akum. sy nk bina rumah ats tanah yg bru sy beli. keluasan tanah 5554 meter persegi. budgjet rumah dalam rm140k. sy nk buat pinjaman gov. dengan harga rm140k luas mna agaknye rumah yg sy boleh dapat ye. boleh x suggest kontraktor berlesen di melaka. tanah sya area melaka tengah. tq

  39. Elam says:

    Mksm erina : Satu perancangan yang baik. Boleh hubungi hp saya bila-bila masa untuk bantuan selanjutnya. Boleh juga inboxkan hp erina. Tq

  40. mohd fuad says:

    saya menetap di batu pahat johor, saya ada tanah 2 ekar milik saya. saya mencari kontraktor berpengalaman menguruskan proses pembinaan rumah. emailkan kepada saya sekiranya tuan/puan mempunyai cawangan di batu pahat yang boleh saya hubungi segera.

  41. Elam says:

    Saudara Mohd Fuad : Saya sedia membantu, sila inboxkan hp no atau hubungi hp saya untuk bantuan selanjutnya.

  42. Zana says:

    akum. saya bercdng bina rumah ats tanah yg bru sy beli. keluasan tanah 50 kaki x 80 kaki. budgjet rumah dalam 180k. sy nk buat pinjaman gov.cukup ke buat rumah dengan harga tersebut. saya bercadang membuat rumah yg mempunyai 5 bilik , 1 ruang tamu dan ruang makan berasingan, 1 ruang famili dan 3 bilik air dengan budget yg ada boleh ke membina impian saya ini. dengan keluasan dan budget yg ada. boleh x suggest kontraktor berlesen di Shah Alam yg boleh menguruskan dari A to Z (sehingga CF di terima). tq

  43. Muhamad razak says:

    Assalamualaikum , saya nak tanya cik . mcm mane nak naik tiang batu supaya tak lari dia punye square ?

  44. Muhamad razak says:

    Nak tanya lagi , nak naik rumah dua tinggkat nak pailing gune kayu bakau je boleh tak ? :)

  45. Elam says:

    Muhamad razak : Nak pakai kayu apa pun boleh….asalkan pembinaan tsbt menggunakan kontraktor yang ada lesen / CIDB dan pelan mendapat kelulusan arkitek dan PBT. Semuga mendapat pencerahan.

  46. Elam says:

    Mualaikum salam Muhamad razak : Mudah sahaja…. kena cari kontraktor berpengelaman. Tq

  47. Elam says:

    Mksm Zana : Perancangan masa depan yang saya suka…. Harap zana dapat hubungi ( 0196692728) saya untuk maklumat lanjut. Saya sedia membantu.

  48. pejol89 says:

    Asalamualaikum cik..saya nak tny, boleh tak saya bina rumah atas tanah sendiri tapi geran tanah tu masih di bank sebab dulu saya beli tanah tu guna loan bank..

  49. Elam says:

    Mksm Mohdfaizul : Tidak boleh menggadaikan satu harta kepada 2 tempat berbeza. Cadangan saya
    1- Buat fullsatelment dengan bank dan buat rumah dengan pinjaman BPPP atau
    2- Buat konversion pinjaman bank ke pinjaman BPPP kemudian bina rumah dengan BPPP
    Boleh hubungi hp saya untuk bantuan lanjut. Semuga saya dapat membantu.

  50. pejol89 says:

    trima kasih atas penjelasan nya en. elam..jadik boleh tak saya guna kan duit simpanan saya untuk buat rumah atas tanah sendiri yang geran nya masih lagi dlm pegangan bank?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>