MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI

Seperti yang kita tahu rumah pada zaman kegemilangan ini kebanyakkannya mahal-mahal.  Ada tu kawasan perumahan yang betul-betul mewah yang orang lain tak mampu nak beli.  Tambahan,ada pulak rumah yang semua nya diibaratkan “goreng pisang” panas.  Baru pamer dah “sold out”.  Yang melepasnya kita juga.

Apapun alasannya, kami nak kongsikan maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan untuk membina rumah atas tanah sendiri. Jika belum mempunyai tanah, saudara boleh buat pinjaman beli tanah dan kemudian baru bina rumah.

 

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah :

  1. Lantik peguam dan kontraktor untuk buat perjanjian pembinaan (s&p). Jika nak jimat, buat sendiri rumah tanpa menggunakan kontraktor tetapi perlu dengan ilmu.
  2. Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman.
  3. Peguam boleh buat CARIAN / LAND SEARCH di Pejabat Tanah Daerah (terdekat) jika ada sekatan pada tanah tersebut.
  4. Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri, tanah atas nama orang lain adalah tidak dibenarkan. Jika perlu beberapa tindakan boleh diambil seperti buat permohonan pecah lot, beli semua bahagian tanah, tukar nama kesemua bahagian tanah dsb.
  5. Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan. (tiada cagaran bank)
  6. Lantik arkitek berdaftar untuk membina pelan dan dapatkan kelulusan daripada PBT.  Jika nak jimat, lantik arkitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu dapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.
  7. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan BPPP.


*Cara bayaran kos pembinaan perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian.

 

 

 

            CARTA ALIR UNTUK MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI

 

latest jenis II

Langkah 1:

Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak BPPP. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak BPPP, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah. Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua pihak berkenaan. Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan masalah timbul akibat tersalah memilih peguam dan kontraktor yang tidak pernah berurusan dengan BPPP.

Langkah 2:
Arkitek akan buat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan ( kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan BPPP ).

Langkah 3:
Setelah pemohon dan kontraktor bersetuju dengn pelan rekabentuk, pemohon @ peguam@ kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian. Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online. Borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan kepada saya untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke BPPP. Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.

Langkah 4:
Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari BPPP, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

Nota:

Dahulu dikenali sebagai Lampiran E,tetapi sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.

RENOVATION

Jika anda ingin mengubahsuai (renovation) rumah anda, terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan..

-Pelan mestilah mendapat kelulusan daripada arkitek dan sah digunakan dalam tempoh 12 bulan.

-Salinan lesen kontraktor dan CIDB/SSM yang disahkan.

 

 

CONTOH-CONTOH PELAN BANGUNAN

 

 

KESIMPULANNYA:

 

~ Membina rumah di atas tanah sendiri bermaksud anda bebas untuk merekabentuk rumah mengikut selera dan kepuasan masing-masing.  Malah anda juga boleh menjimatkan kos peruntukan untuk membina rumah.  Tetapi jika tersilap boleh meningkatkan kos.

~ Jika tanah dibeli 2 lot, 1 atas nama isteri, dan 1 lagi atas nama suami, dan rumah akan dibuat atas kedua2 lot, hanya 1 lot harta dibenarkan untuk membuat pinjaman. Sebaiknya, satukan lot berkenaan, jika tidak anda perlu masuk di dalam kes rayuan.

~ Anda juga boleh menggunakan kontraktor dari kalangan ahli keluarga, tetapi pastikan kontraktor tersebut mempunyai lesen daripada khidmat kontraktor CIDB atau ROC yang masih belum tamat tempoh.

_________________________________________________________________________________

*Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan di bawah.  Jika ada percanggahan, rujukan muktamad adalah mengikut agensi-agensi yang berkaitan.

__________________________________________________________________________________

Rujukan  :

1)Pakar Perunding Perumahan Bepengalaman

2)Kontraktor Berpengalaman -Mohda Construction Sdn Bhd

3)Pegawai Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

4)Arkitek Berpengalaman

Disediakan oleh   : Sharifah Noor Khalillah Syed Ismail/Politenik PortDickson/N.Sembilan/Mac2012

Dikemaskini oleh   : Siti Zawiyah Shuib/UiTM Melaka/Melaka/Mac2013

___________________________________________________________________________________

Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

  •  ”Saya kakitangan kerajaan, macam mane hendak memilih peguam untuk membantu saya membeli rumah terpakai (secondhand house).”  Ramai yang bertanya persoalan ini. Apakah kepentingan peguam dalam proses pinjaman anda. Jawapannya ada di link ini !   PANDUAN 3 : Pemilihan Peguam
  • Kepentingan pewaris/penama dalam pinjaman atau insurans. Perlu lebih maklumat tentang penama atau pewaris?? Klik di sini! PANDUAN 10 : Penama/Waris

________________________________________________________________________________

Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..


   
 Perkhidmatan Kami di BPPP(Version 2)

                            Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)

_________________________________________________________________________________


104 Responses to MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI

  1. Elam says:

    Waalaikummussalam en.zuan. Permohonan pinjaman hanyabutk kakitangan kerajaan yg dah sah jawatan sahaja. Harap maklum.

  2. Elam says:

    Waalaikummussalam pn. Nora.
    1. Sememangnya pemilihan kontraktor sgt penting bagi pembinaan sebuah rumah memandangkan sudah banyak kes melibatkan kontraktor yg tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan projek terbengkalai.
    2. Kami sebagai wakil Takaful iaitu panel insurans yg dilantik oleh BPPP ialah bertanggungjawab untuk memudahkan urusan pemohon2 pinjaman perumahan kerajaan.
    3. Pn.Nora telah membuat langkah bijak dgn mengunjungi laman web kami kerana perkhidmatan rundingan kami ialah termasuk dengan cadangan kontraktor sahih yg berpengalaman utk klien2 kami.

    Sertakan no.tel puan di sini atau hubungi careline kami 0196692728 utk bantuan lanjut dalam proses pinjaman perumahan kerajaan.

  3. HAFSAH BINTI OMAR says:

    Assalam, saya ada membuat permohonan pinjaman perumahan untuk membina rumah yang dibeli di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman perumahan. Saya telah menghantar borang permohonan bagaimanapun telah dikuiri atas sebab 1) Pelan tidak ditandatangani oleh pihak berkuasa tempatan, Jadual Pembayaran tidak mengikut sebagaimana yang dikehendaki dan belum mendapat tindakan dari pihak pejabat penilaian. Kini sedang dalam proses untuk mendapatkan tandatangan pihak berkuasa tempatan. Saya hanya meminjam lesen kontraktor dan bercadang untuk membina sendiri (anak saudara buat). Bagaimanapun saya ada masalah, peguam yang dilantik macam tak biasa berurusan dengan BPPP. Boleh tak saya buat semula dan lantik peguam baru atau bagaimana. Harap dapat membantu. Saya sangat memerlukan pinjaman rumah tersebut memandangkan saya belum ada rumah yang mana akan bersara dalam tempoh 9 tahun lagi. Suami saya pesakit angin ahmar dan saya mempunyai 8 orang anak dan baru seorang bekerja dan yang lain masih belajar . Sekarang tinggal dirumah arwah mak dan ayah saya. Harap dapat bantuan dari pihak tuan, terima kasih.

  4. Elam says:

    Waalaikummussalam Puan Hafsah. Sebaiknya hubungi saya di talian 0196692728 utk bantuan lanjut secara PERCUMA.

    Kami sedia membantu memberi khidmat nasihat untuk semua KAKITANGAN KERAJAAN seluruh Malaysia seperti berikut :

    1- Bantuan permohonan Online/SPPB ( Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu )
    2- Inginkan pemeriksaan dokumen sebelum hantar ke BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ) melalui video call
    3- Penghantaran dokument ke BPPP Putrajaya
    4- Memberi cadangan untuk membina rumah diatas tanah sendiri
    5- Khidmat nasihat pembelian tanah dan rumah terpakai
    6- Khidmat nasihat pengubahsuian rumah (renovation)
    7- Khidmat nasihat dan tuntutan polisi takaful (kematian, banjir atau kebakaran)

    Semua perkhidmatan yang kami tawarkan adalah PERCUMA…. malahan kami beri wang proses Rm100 PERCUMA !

    E-mail: takaful2all@yahoo.com.my

    Facebook: Urusan Pinjaman Perumahan (Kerajaan)
    https://www.facebook.com/pinjamanperumahankerajaan.takaful?fref=ts

    Facebook Page: Pinjaman Perumahan dan Takaful 2
    https://www.facebook.com/pages/Pinjaman-Perumahan-Dan-Takaful-2/391398394222502

    Website: http://www.mohdelam.com/mortgage

    Alamat: Etiqa Takaful Berhad
    Mohd Elam & Partner
    Aras 2, 2M11-A, Komplek Kementerian Kewangan,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62692 Putrajaya.
    ( lokasi bersebelahan BPPP )

    ‘Kepercayaan anda, Tanggungjawab kami’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>