SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM MORTGAGE

1. (S) Apakah itu perlindungan gadai janji?
(J) Perlindungan gadai janji adalah perlindungan ke atas Peminjam atau baki pinjaman jika peminjam meninggal dunia atau hilang keupayaan.

2. (S) Apakah perlindungan gadai janji dapat menyelesaikan baki hutang sepenuhnya jika peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal?
(J) Ya, baki pinjaman akan diselesaikan dengan syarat tiada berlaku tunggakan ke atas pinjaman tersebut.

3. (S) Apakah keistimewaan Pelan Takaful Gadai Janji yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful Berhad?
(J) Etiqa takaful Berhad merupakan peneraju perlindungan Takaful di bahagian pinjaman perumahan sejak 1994. Oleh itu, kami mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Beberapa kelebihan yang boleh didapati di dalam pelan yang kami tawarkan adalah:

  1. Menawarkan sumbangan (premium) yang termurah.

  2. Menerima penyertaan sehingga umur 65 tahun tanpa penguderaitan (Tanpa sebarang Pemeriksaan Perubatan atau Pengakuan Kesihatan).

  3. Menawarkan skop perlindungan yang lebih luas seperti melindungi peminjam jika dibersarakan oleh Majikan kerana penyakit gila dan disahkan oleh lembaga perubatan yang bertauliah.

  4. Menawarkan bayaran perubatan yang berjumlah RM 1000.00 bagi peminjam yang ditimpa hilang upaya kekal.

  5. Menawarkan khairat kematian yang merangkumi suami isteri peminjam dan dua orang anak dengan jumlah keseluruhan mencapai RM 3000.00

  6. Memperkenalkan proses tuntutan yang paling mudah dengan hanya mengisi borang dan juga sertakan sijil kematian yang disahkan bagi maksud tuntutan kematian.

4. (S) Berapakah Kadar Keuntungan / Faedah yang dikenakan untuk:
a) Membeli Rumah Yang Telah Siap
b) Membina Rumah Atas Tanah Sendiri
c) Membeli Rumah Dalam Pembinaan / Membeli Tanah
d) Menyelesaikan Hutang Pinjaman / Pembiayaan Dari Institusi Kewangan
e) Ubahsuai Rumah
(J) Kami mengenakan kadar faedah sebanyak 4% bagi semua jenis permohonan di atas dan untuk pengetahuan umum, kami mengenakan kadar faedah yang rendah berbanding institusi kewangan yang lain.

5. (S) Senarai soalan lazim tentang kelayakkan permohonan pinjaman?
(J) Sila klik di sini untuk melihat soalan-soalan kelayakkan permohonan pinjaman.

6. (S) Senarai Soalan Lazim tentang Pengubahsuaian Rumah?
(J) </bSila klik di sini untuk melihat soalan-soalan tentang pengubahsuaian rumah.

7. (S) Senarai Soalan Lazim tentang Penyelesaian Pinjaman?
(J) Sila klik di sini untuk melihat soalan-soalan tentang penyelesaian pinjaman.

8. (S) Senarai Soalan Lazim tentang  Gadaian / Cagaran Hak Milik ?
(J) Sila klik di sini untuk maklumat tentang Gadaian/ Cagaran Hak Milik.

9. (S) Boleh atau tidak jika saya ingin mengurangkan bayaran bulanan dari RM 1000 setiap bulan kepada RM 500  selepas saya sudah berpencen nanti?
(J)
Boleh , tetapi potongan bulanan tetap sama iaitu RM1000 tetapi tempoh akan berubah menjadi lebih pendek lagi. Maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Pinjaman Perumahan bahagian Akaun.

10. (S) Bagaimana anda ingin membuat tuntutan untuk Bencana Alam seperti Banjir?
(J)

  1. Isi Borang Notis Tuntutan Awal dengan lengkap. Anda boleh mendapatkan Borang Notis Tuntutan Awal ini dari syarikat kami, kami akan hantar Borang tersebut melalui mesin faks atau email. Sila hubungi careline kami di talian 019-6692728 (www.wasap.my/+60196692728) untuk sebarang maklumat lanjut.
  2. Sila pastikan Borang Notis Awal Tuntutan diisi dengan lengkap dan sila hantar borang tersebut ke talian 03-27855959 dan 06-2837901.
  3. Selepas kami menerima Borang Tuntutan tersebut kami akan menghantar Adjustor ke rumah anda untuk membuat penilaian harga kos pemulihan rumah anda.
  4. Sila serahkan Salinan Laporan Polis, Salinan Kad Pengenalan dan Polisi Insurans anda kepada Adjustor kami.

  5. Syarikat Takaful akan membayar pampasan kepada penuntut mengikut nilaian yang diberi oleh Jurunilai Bebas. Untuk makluman pihak Syarikat Takaful akan membayar pampasan untuk Rumah sahaja bermaksud kerosakan yang berlaku pada rumah tersebut bukan peralatan di dalam rumah anda.
  6. Anda dinasihatkan untuk mengambil atau tambahkan polisi anda iaitu Empunya Rumah dimana jika berlaku :

              # Kebakaran                                                                                                                                 # Kilat                                                                                                                                             # Letupan                                                                                                                                     # Kerosakan akibat impak pesawat udara                                                                             #Kerosakan Impak                                                                                                                     #Tangki air pecah atau melimpah                                                                                           # Kecurian (masuk secara paksaan sahaja)                                                                            # Hurikan, Siklon, Taufan, Ribut                                                                                             # Gempa bumi dan letusan gunung berapi                                                                           # Banjir                                                                                                                                         # Hilang Sewaan (tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan)                         # Tanggungan awam peribadi                                                                                                   # Kerosakan pada cermin sehingga RM500                                                                         # Pampasan bagi kematian pihak yang diinsuranskan

11. (S) Bagaimanakah cara untuk membuat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Beli rumah daripada pemaju) ?

(J)

  1. Kakitangan Kerajaan mestilah mendapatkan pengesahan perkhidmatan & jawatan daripada Ketua Jabatan.
  2. Borang Permohonan yang lengkap berserta borang lain yang di perlukan adalah bergantung kepada jenis rumah.
  3. Panduan mengenai borang, boleh rujuk di sini

12. (S) Adakah jumlah insurans Perumahan Perbendaharaan boleh dikurangkan?
(J) boleh. Iaitu dengan :

  1. Mengurangkan jumlah pinjaman
    – Pemohon hendaklah menambah amaun deposit yang lebih tinggi untuk mengurangkan jumlah pinjaman perumahan dan juga insurans.
  2. Memilih tempoh masa pinjaman yang lebih panjang. Semakin panjang tempoh pinjaman, semakin kurang jumlah ansuran termasuk insurans bulanan yang perlu di bayar.

13. (S) Adakah jumlah insurans perumahan telah di masukkan ke dalam ansuran bulanan?
(J) Ya.

14. (S) Bilakah ubahsuai rumah boleh dilakukan?
(J)Selepas 5 tahun pinjaman pertama diluluskan.

15. (S) Apa itu ‘pemakan gaji tidak berkemampuan’ ?
(J)
– Ia ditujukan kepada kakitangan kerajaan yang bankrup atau dikenakan tindakan tatatertib (buang kerja) merupakan individu yang tidak layak untuk memohon.
– Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bekerja di jabatan kerajaan layak memohon seperti mana syarat menyamai kakitangan kerajaan biasa.

16. (S) Berapakah jumlah maksimum pinjaman bagi kelayakkan gaji hakiki RM 6500.00 ke atas?
(J)  RM 450,000 yang berkuatkuasa bermula 1 Januari 2011.

17. (S) Bagaimanakah cara untuk memiliki rumah yang melebihi kelayakkan pinjaman?
(J)  

  • ‘Joint loan’ iaitu gabungan pendapatan pasangan suami isteri untuk mendapat kelayakkan yang telah ditetapkan.
  • Menambah lebihan amaun daripada jumlah kelayakkan dengan menggunakan simpanan peribadi atau membuat pinjaman di bank.

18. (S) Bagaimanakah sekiranya terdapat peserta hilang semasa sedang bertugas seperti askar yang hilang di dalam hutan?
(J)  Jika sudah 6 tahun hilang dan telah diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia maka ia di anggap telah meninggal dunia dan mendapat semua kelebihan yang telah ditetapkan.

19. (S) Apa itu ‘joint loan’?
(J)
– Melibatkan dua pihak iaitu pasangan suami isteri sahaja.
–  Salah satu suami / isteri tidak mendapat kelayakkan gaji hakiki yang mencukupi untuk membuat permohonan pinjaman.
–  Gabungan pendapatan daripada pasangan suami isteri tersebut melayakkan ia mendapat pinjaman.

20. (S) Bagaimana cara untuk menyemak baki pinjaman perumahan perbendaharaan ?
(J)
a) Laman web LPPSA
b) SEMAK BAKI PINJAMAMAN PERUMAHAN

LPPSA<jarak>BAKI<jarak>NOKP & SMS kestrong>15888

c) MENU SERVIS LPPSA

LPPSA<jarak>MENU & SMS ke 15888

d) SEMAK BAKI PINJAMAMAN PERUMAHAN

LPPSA<jarak>STATUS<jarak>NOKP & SMS ke 15888

Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600

21. (S) Mengapa jika saya membuat pinjaman perumahan sebanyak RM150K tetapi Bahagian Pinjaman Perumahan akan meluluskan pinjaman saya sebanyak RM161K?(J)RM150K memang jumlah asas pinjaman anda. Manakala lebihannya akan digunakan untuk membuat insuran untuk rumah pula iaitu:
a) Untuk Mortgage (Insuran Nyawa)
b) Untuk Kebakaran (Insuran Api)

22. (S) Jika property yang ada Certificate of Fitness for Occupancy (CFO), adakah perlu melampirkan Sales Permit dan Developer Licences utk diserahkan ke BPPP??
(J) Ya, ia perlu dilampirkan bersama dokumen sampingan seperti Laporan Penilaian dan Floor Plan.

23. (S) Jika orang Semenanjung menetap dan beli rumah di Sabah, adakah elaun perumahan sebanyak RM 750 akan dipotong? Bagaimana pula jika ganding nama (joint loan)? Adakah elaun perumahan juga akan dipotong?
(J) Ya, elaun perumahan akan dipotong. Jika anda tidak mahu elaun perumahan dipotong, boleh bandingkan gaji antara suami dan isteri, dan buatlah pinjaman atas nama suami/isteri yang mempunyai gaji tertinggi.

24. (S) Selalunya peminjam akan dikenakan “Penalty Interest” oleh pemaju dengan kadar 10% setahun ke atas jumlah yang lewat dibayar berdasarkan kiraan harian.Jumlah ini boleh mencapai ribuan ringgit dan biasanya akan dikenakan semasa ingin mengambil kunci rumah. Tetapi bagaimana pula jika kelewatan pemaju untuk menyiapkan rumah dalam tempoh yang ditetapkan?
(J) Peminjam juga boleh mengenakan “Penalty Interest” kepada pemaju dengan kadar yang sama sekiranya pemaju lewat menyiapkan rumah dalam tempoh perjanjian jualbeli. Sila rujuk Sale & purchase Agreement anda untuk kepastian.

Anda boleh menghubungi careline kami 019-6692728 (www.wasap.my/+60196692728).

45 Responses to SOALAN LAZIM

  1. Elly suhana mohamed says:

    Salam
    Nak tanya, blhkah kita nak tukar syarikat insurans jika pinjam sudah dilulukan?apakah aplikasi daripada pertukaran ini?

  2. farhana says:

    Salam…

    Sebelum ini suami saya seorang anggota tentera dan skrg dia terpaksa di berkehtikan atas sebab kesihatan, dan dia juga layak untuk memohon kad oku di mana dia juga dh disahkan oleh doktor pakar yg dia dh diketegorikan sebagai oku,
    Soalan saya sekarang bagaimana kah cara untuk saya memohon untuk pemberitahuan keilatan suami saya ni, dan proses ini memakan masa berapa lama? Sebab sekarang suami saya dah tak bekerja dan dia tidak dpat menguruskan dirinya sendiri, bagaimana kami nak menjelaskan hutang pinjaman perumahan yang tertunggak dengan keadaan kami yang tak mampu sekarang ni..

    • admin says:

      Wassalam. Bawa dokumen OKU ke syarikat insurans yang dicarum utk pinjaman perumahan. Dapatkan borang tuntutan di sana.

  3. Hatta says:

    Salam..

    Saya nk bertanya,sy beli flat rm65k pada 2014,tapi tahun 2017 sy dpt surat dari public bank yg mnyatakan akaun saya tertunggak utk insurans kebakaran.. bukan kah semua insurans dah termsuk dlm loan semasa pembelian…sy mohon pejelasan tuan

  4. Faizul says:

    Yg ni sama dengan takaful ihklas?? ye. Saya nak tanya jika pembelian rumah nama bersama , insurance atas nama anak.. ibu meninggal.. anak dapat pampasan ?

    • admin says:

      Pelindungan Takaful akan cover baki hutang pinjaman rumah sahaja. Contoh, jika peminjam meninggal, baki hutang rumah tersebut akan dijelaskan sepenuhnya oleh takaful dan bukan di beri pampasan pada waris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *