SYARAT PINJAMAN GOV LOAN

Syarat-syarat asas menerangkan pemohon tentang syarat asas pinjaman kerajaan berdasarkan perkeliling Lembaga Pembiayaan perumahan Sektor Awam (LPPSA). Pemohon dapat mengenalpasti jumlah kelayakan berdasarkan gaji hakiki/gaji pokok. Pemohon juga boleh mengetahui kelebihan melantik peguam berkelayakan untuk melancarkan memproses pinjaman kerajaan pemohon. Pemohon dapat mengira kelayakan pinjaman berdasarkan gaji hakiki. Pemohon dapat melihat syarat-syarat pinjaman berdasarkan jenis pinjaman yang ditawarkan.

Syarat-syarat asas

Melepasi syarat-syarat asas untuk membuat pinjaman kerajaan berdasarkan pekeliling LPPSA 01.01.2016  ialah:

  • Warganegara Malaysia dan kakitangan kerajaan berjawatan tetap
  • Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  • Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun dan telah disahkan jawatan
  • Bukan seorang bankrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  • Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  • Pinjaman bersama suami/isteri, Pinjaman ambil alih antara suami/isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan

Kelayakan

Mengenalpasti jumlah kelayakan berdasarkan gaji hakiki/gaji pokok + elaun

screenshot-2017-01-11_16-01-52

Perbandingan kelayakan pinjaman pertama dan kedua

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lantikan peguam

  • Wajib melantik peguam berpengalaman untuk membuat pinjaman kerajaan.
  • lawyerSetiap pinjaman kerajaan memerlukan peguam.
  • Membantu uruskan penyediaan dokumen penting permohonan seperti dokumen jual beli (S&P), borang online dan sebagainya.
  • Kos guaman ialah 3-5% daripada jumlah pinjaman.
  • Pembayaran untuk guaman menggunakan duit sendiri dan tidak termasuk dalam jumlah pinjaman yang dipinjam.
  • Membuka sekatan kepentingan dalam geran(jika ada).
  • Bekerjasama dengan pemaju / kontraktor.
  • sesetengah pemaju tidak mengenakan sebarang bayaran untuk kos guaman.

->Soalan lazim pinjaman Pertama daripada sumber LPPSA disini.

Jenis-jenis pinjaman yang ditawarkan

Syarat-syarat mengikut jenis pinjaman perumahan:

Pinjaman Jenis 1 (membeli rumah atau petak rumah yang telah siap)rumah telah siap

  • Salinan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) jika pembelian terus daripada pemaju.
  • Surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.
  • Baki hutang penjual mestilah dalam had kelayakan pemohon bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan jika hartanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan.
  • Pembelian rumah daripada pemaju mesti mencatatkan Lesen Pemaju serta Permit Jualan pada Perjanjian Jual Beli dan jika tiada hendaklah mengemukakan laporan penilaian daripada JPPH.
  • Urusniaga kontra hanya dibenarkan jika bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju dan hartanah telah dicagar kepada Kerajaan Malaysia.
  • Pembelian hartanah daripada penjual yang belum mempunyai Hakmilik Individu/Strata adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat pembelianhartanah di pasaran sekunder.
  • Pembelian hartanah lelongan adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat pembelian hartanah lelongan Perbendaharaan Malaysia.

Syarat-syarat bagi kakitangan Kerajaan yang ingin memohon pinjaman Kerajaan tetapi ingin membeli rumah lelong :

Capture 2

Pinjaman Jenis 2 (membina rumah di atas tanah sendiri)bina rumah atas tanah sendiri

  • Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan
  • Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan.
  • Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri.
  • Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hartanah ada sekatan kepentingan.
  • Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa.
  • Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman.
  • Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.
  • Laporan Penilaian daripada JPPH

Pinjaman Jenis 3 (membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan)rumah belum siap

  • Pembelian rumah atau petak rumah kediaman daripada pemaju hanya dibenarkan bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik Induk dengan syarat kegunaan tanah untuk ‘Bangunan’.
  • Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G atau H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.
  • Pembelian rumah daripada kontraktor adalah dibenarkan bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu.
  • Pembelian rumah atau petak rumah kediaman daripada pemaju mestilah mencatatkan Lesen Pemaju serta Permit Jualan di dalam Perjanjian Jual Beli.
  • Pembelian petak rumah kediaman dengan lot parkir yang berasingan dibenarkan dengan syarat Perjanjian Jual Beli hendaklah berasingan dan permohonan perlu dikemukakan serentak.
  • Laporan Penilaian daripada JPPH.
  • Permohonan melibatkan pembinaan melebihi empat (4) buah rumah hendaklah disertakan dengan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan Jualan yang masih berkuat kuasa.
  • Kategori penggunaan Tanah Pertanian dikehendaki menukar syarat
  • kegunaan tanah kepada Bangunan. Pihak pemaju perlu mengemukakan salinan surat kelulusan tukar syarat tanah serta salinan resit bayaran premium yang disahkan oleh peguam semasa kemukakan permohonan.
  • Kategori penggunaan Tanah Pertanian dikehendaki menukar syarat kegunaan tanah kepada Bangunan. Pihak pemaju perlu mengemukakan salinan surat kelulusan tukar syarat tanah serta salinan resit bayaran premium yang disahkan oleh peguam semasa kemukakan permohonan.

Pinjaman Jenis 4 (membeli tanah dengan tujuan membina rumah)tanah untuk bina rumah

  • Pembelian hanya dibenarkan bagi tanah yang mempunyai Hakmilik Individu.
  • Surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak BerkuasaNegeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.
  • Jika hartanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan, penyata baki hutang penjual mestilah dalam had amaun kelayakan pemohon bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan.
  • Pembelian hanya dibenarkan bagi tanah yang telah siap/sedia untuk pembinaan rumah.
  • Amaun kelayakan tidak melebihi 50% daripada kelayakan semasa.
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 360 bulan atau tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan bagi Skim KWSP.
  • Laporan Penilaian daripada JPPH.

jenis-jenis geran:

1. Geran tanah

Terdapat 2 jenis Geran Tanah atau Hakmilik Tanah:
i.  Hakmilik Tetap (HT)
ii. Hakmilik Sementara (HS)

2. Hakmilik tetap

i. Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar

  • Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya
  • Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu

    ii. Hakmilik Tetap Pejabat Tanah

  • Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya.
  • Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun                 tertentu.
  • Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut. Pemilik tanah boleh memohon untuk menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. Geran pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekatan.

3. Hakmilik sementara

  • Tidak boleh dipecah sempadan.
  • Tidak boleh dipecah bahagi.
  • Tidak boleh disatukan tanah.
  • Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika ianya terletak di atas tanah HS.
    ** melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan berkenaan dengannya telah diluluskan. 
  • HS ialah untuk membolehkan tanah diberimilik sebelum diukur atau membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan, pecah bahagia dan penyatuan. HS membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan.
  • Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran – Akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri.
  • Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Tanah – Akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim

Panduan beli tanah:

  1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
  2. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak harga yang tinggi. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah.
  3. Elakkan menggunakan ejen hartanah tidak berlesen (haram).
  4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
  5. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.
  6. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
  7. Semak geran yang original,pastikan tanah yang anda lihat itu sama kedudukan atau lokasi didalam geran. Kemudian semaklah pula nama pemilik tanah dan no kad pengenalan tuan tanah. Pada masa ini tanyalah apa sahaja berkaitan tanah tersebut, pastinya orang yang anda jumpa itu dapat menjawabnya.
  8. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.
  9. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah.
  10. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
  11. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.
  12. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedua-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat.

Pinjaman Jenis 5 (menyelesaikan hutang pinjaman bank/institusi kewangan)

  • Bank/institusi kewangan telah menjelaskan bayaran 100% kepada pemaju/penjual.
  • Hakmilik Individu/Strata mestilah atas nama pemohon dan telah dicagar kepada bank/institusi kewangan.
  • Sekiranya hartanah hanya mempunyai Hakmilik Induk, Perjanjian Jual Beli mestilah atas nama pemohon sebagai pembeli.
  • Ambil alih baki hutang pinjaman suami/isteri adalah dibenarkan dengan syarat pemohon adalah pemilik bersama di dalam hakmilik atau Perjanjian Jual Beli. Sekiranya nama pemohon tiada dalam hakmiik,pindahmilik perlu dibuat sekurang-kurangnya setengah (½) bahagian kepada pemohon dengan mengemukakan salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani.
  • Kemudahan ini tidak boleh digunakan bagi mengambil alih baki hutang pinjaman bank/institusi kewangan ke atas hartanah yang sebelumnya pernah dibiayai melalui pinjaman Kerajaan.
  • Penyata baki hutang bank/institusi kewangan bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan. Jika amaun hutang bank melebihi had kelayakan pemohon atau nilaian JPPH, pemohon perlu menjelaskan wang beza kepada bank/institusi kewangan terlebih dahulu.
  • Ambil alih hutang pinjaman bank/institusi kewangan bagi membeli tanah, baki hutang tersebut mestilah tidak melebihi setengah (½) daripada amaun kelayakan pemohon atau nilaian JPPH yang mana terendah.
  • Mengikut baki bank semasa bukan nilai rumah semasa.
  • Tujuan ialah untuk pinjaman perumahan bukan untuk pinjaman peribadi.
  • Seelok-eloknya tempoh pinjaman perumahan bank mestilah 1 tahun atau lebih.
  • Rujuk bank terlebih dahulu untuk mengetahui jika ada sebarang penalti atau apa-apa sekatan yang berkaitan.
  • Tidak boleh buat jika hak milik hartanah @ S&P ada nama selain nama pasangan.
  • Laporan Penilaian daripada JPPH.

Refinance Rumah @ Pembiayaan Semula Rumah

Islam mengharamkan riba.  Sistem riba ini banyak ditekankan di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.  Sebagai umat Islam, perbankan Islam adalah pilihan terbaik.  Kini produk-produk pembiayaan Islam mudah didapati di semua bank di Malaysia.  Tiada alasan lagi untuk memilih sistem perbankan berasaskan riba.  Menjadi kewajiban pada umat Islam memilih pembiayaan yang patuh syariah.  Bagi yang masih menggunakan pinjaman konvensional, bolehlah lakukan pembiayaan semula (refinance).  Dengan pembiayaan semula ini akan meninggalkan sistem riba dan menikmati Sistem Perbankan Islam.

Kelebihan:

  1. Interest @ faedah pembiayaan yang lebih rendah.
  2. Kurangkan bayaran bulanan @ tempoh bayaran
  3. Tukar sistem konvensional ke Sistem Islam (SPPSAi).

Pinjaman Jenis 6 (membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan)renovation

  • Hakmilik Individu didaftar atas nama pemohon dan telah dicagar kepada Kerajaan Malaysia.
  • Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan.
  • Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.
  • Pelan bangunan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa.
  • Jadual bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)1989.
  • Laporan Penilaian daripada JPPH.

Pinjaman Jenis 7 (membuat kerja ubahsuai rumah)rumah renovation

  • Pinjaman ubahsuai hanya dibenarkan sekiranya melibatkan penambahan keluasan bangunan.
  • Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman
  • Kelayakan pinjaman ubahsuai adalah seperti pinjaman kedua iaitu amaun pinjaman ubahsuai adalah perbezaan antara kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian hartanah pertama tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% (termasuk bayaran balik pertama) daripada gaji hakiki semasa.
  • Suami/isteri kepada peminjam juga dibenarkan untuk memohon pinjaman bagi ubahsuai rumah dengan syarat berikut :

1)  Suami/isteri adalah pemilik bersama;

2) Sekiranya nama pemohon tiada dalam hakmilik, pindahmilik perlu dibuat sekurang-kurangnya setengah (½) bahagian kepada pemohon dengan mengemukakan salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani;

3) Jika pemohon telah mengambil pinjaman pertama dan selesai pinjaman tersebut, amaun pinjaman yang boleh dipohon adalah baki kelayakan semasa.

  • Permohonan hendaklah dikemukakan selepas lima (5) tahun daripada tarikh surat kelulusan bagi Jenis I dan V, manakala Jenis II dan III, lima (5) tahun daripada tarikh pengeluaran baucar bayaran 95% atau 100%.
  • Salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang mana tempoh kelulusan masih berkuat kuasa serta salinan surat kelulusan pelan daripada PBT.
  • Kos kerja ubahsuai rumah perlu mendapat penilaian oleh JPPH. Permohonan kerja ubahsuai rumah dibenarkan sekali sahaja.
  • Persetujuan bank/institusi kewangan untuk menangguhkan gadaian dengan mengemukakan salinan Borang 16C yang telah dilengkapkan dan ditandatangani bagi hartanah yang digadai kepada bank/institusi kewangan.
  • Sekiranya Hakmilik Individu/Strata telah dikeluarkan bagi kes penyerahan hak, kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan setelah hartanah digadai kepada Kerajaan Malaysia.
  • Pengesahan pemaju sekiranya Hakmilik Individu/Strata masih belum dikeluarkan bagi kes penyerahan hak.
  • Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan setelah mendapat surat kelulusan pinjaman dan tidak dibenarkan membuat perubahan kepada pelan asal dan spesifikasi kerja ubahsuai.
  • Senarai kerja ubahsuai yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:
    • Preliminaries seperti kos Juru Perunding (penyeliaan dan penyelarasan kerja ubahsuai), kos Pihak Berkuasa Tempatan, kos penyediaan pelan bangunan dan insurans pekerja dan bangunan.
    • Aksesori/ peralatan seperti alat pendingin hawa termasuk bekas/alas alat pendingin hawa(tray for aircond), pemancar penyiaran dan peralatan berkaitan, peralatan elektrik/alat penyedut asap/habuk, solar dan turbine, dapur gas, perhiasan rumah, perabot rumah mudah alih, perabot jenis ‘build in’, menukar syiling, cornice dan dome, menambahkan lampu, alatan telekomunikasi dan teknologi, anjung kereta kecuali ia dibuat bersama penambahan keluasan bangunan, pagar kecuali dibuat bersama penambahan keluasan bangunan, awning dan menukar permukaan lantai yang sedia ada.
    • Laman dan landskap seperti kolam renang, kolam ikan, gazebo/pergola, rumput dan parkir berasingan.

Untuk pemohon yang ingin membeli rumah kedai, berikut adalah beberapa syarat yang perlu diteliti:

P7220715-1

  1. Rumah kedai yang ingin dibeli mempunyai ciri-ciri kediaman seperti bilik tidur, dapur, ruang tamu dan bilik air.
  2. Sekurang-kurangnya mempunyai 2 bilik tidur dan melampirkan pelan tapak rumah kedai tersebut.

 

 


Carta alir memohon pembiayaan gov loan -LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)

type-your-title-here

Carta alir proses pinjaman gov loan –  LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam).

carta-alir

Carta alir proses lebihan baki kredit dalam LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam).

carta_alir_baki_kredit

Kesimpulan

  • Untuk memudahkan urusan permohonan pinjaman, peminjam digalakkan untuk mematuhi syarat-syarat pinjaman LPPSA, kelayakan, peguam.
  • Ikuti carta alir yang pihak di sediakan, semoga info di atas dapat membantu memudahkan urusan anda. Sekian

Nota:

BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan) kini dikenali sebagai LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)

Bantulah kami untuk memajukan dan memberikan impak besar dalam syarikat ini.

poster_from_postermywall (1)


PAUTAN

Slider not found

*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.


Rujukan:

Disediakan oleh:

  1. Faraintan Syahida Bte Northani / Politeknik Nilai / Negeri Sembilan / Oktober 2014
  2. Farhana Binti Ariffin / UPSI / Perak / Disember 2014
  3. Mohammad Ikhmal Bin Jafpree / PMK / Melaka / November 2015

Disemak Oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

download

Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version  1) Panduan
Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
Pinjaman Perumahan Kedua Bahagian Pinjaman Perumahan

216 Responses to SYARAT PINJAMAN GOV LOAN

  1. Annie says:

    Bagaimana jika tanah nama ibu bapa tetapi loan bina rumah nama sendiri?

    • admin says:

      Tanah perlu atas nama pemohon atau bersama pasangan sahaja jika mahu bina rumah atas tanah tersebut menggunakan loan kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *