MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI melalui LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

Seperti yang kita tahu rumah pada zaman kegemilangan ini kebanyakkannya mahal-mahal. Ada tu kawasan perumahan yang betul-betul mewah yang orang lain tak mampu nak beli.  Tambahan, ada pulak rumah yang semuanya diibaratkan “goreng pisang” panas. Baru gantung iklan dah “sold out”. Yang melepasnya kita juga.

Apapun alasannya, kami nak kongsikan maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan untuk membina rumah atas tanah sendiri atau istilah pinjaman LPPSA iaitu:

  • Pinjaman Jenis ke-2:  Membeli rumah diatas tanah sendiri.
  • Pinjaman Jenis ke-6:  Membina rumah diatas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan.

Jika belum mempunyai tanah, saudara boleh buat pinjaman beli tanah dan kemudian baru bina rumah.

Tujuan melantik peguam dan kontraktor 

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah melantik peguam dan kontraktor.

1. Peguam:                                                                 

  • Menjadi keperluan melantik peguam yang berpengalaman atau pun sudah biasa berurusan dengan LPPSA.
  • Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
  • Membuat CARIAN / LAND SEARCH di pejabat tanah.
  • Membantu membuat permohonan secara online.
  • Memberi cadangan kontraktor dan arkitek yang pengalaman.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

2. Kontraktor:                                                                                                              

  • Menjadi keperluan dalam melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB dan yang berpengalaman berurusan dengan LPPSA.
  • Supaya pinjaman perumahan tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
  • Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
  • Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada LPPSA.
  • Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
  • Mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT.                                      
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

3. Jika nak jimat, lantik arkitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu mendapatkan pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.

4. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan LPPSA.

Jadual bayaran berperingkat (JADUAL G)

Bayaran Kemajuan (Progress Payment) perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian untuk pinjaman jenis 2 dan jenis 6.

jadual g bru

 

Carta alir untuk membina rumah di atas tanah sendiri

PANDUAN 2 (2)

Langkah 1:

Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak LPPSA. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.  Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan. Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan masalah timbul akibat tersalah memilih peguam dan kontraktor yang tidak pernah berurusan dengan LPPSA.

Langkah 2:
Arkitek akan membuat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan (kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan LPPSA melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina).

Langkah 3:
Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk, pemohon @ peguam @ kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian. Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online. Borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan kepada saya untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke LPPSA. Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.

Langkah 4:
Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari LPPSA, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

Panduan untuk ubah suai rumah (Renovation)

Jika anda ingin mengubahsuai (renovation) rumah anda, terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan..

  1. Pelan mestilah mendapat kelulusan daripada arkitek dan sah digunakan dalam tempoh 12 bulan.
  2. Salinan lesen kontraktor dan CIDB/SSM  yang disahkan dan belum tamat tempoh.

Contoh pelan banggunan

 

Nota:

  • LPPSA(Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dahulu dikenali sebagai BPPP(Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan) .
  • Dahulu dikenali sebagai Lampiran E, tetapi sekarang dikenali sebagai Surat Setuju Terima Pinjaman Perumahan Pembendaharan.
  • Bantulah kami dengan menghantar sms/whatsapp (www.wasap.my/+60196692728) maklumbalas anda kepada pihak admin.

Kesimpulan:

  • Membina rumah di atas tanah sendiri bermaksud anda bebas untuk merekabentuk rumah mengikut selera dan kepuasan masing-masing. Malah anda juga boleh menjimatkan kos peruntukan untuk membina rumah. Tetapi jika tersilap boleh meningkatkan kos.
  • Jika tanah dibeli 2 lot,1 atas nama isteri dan 1 lagi atas nama suami dan rumah akan dibuat atas kedua-dua lot, hanya 1 lot harta dibenarkan untuk membuat pinjaman. Sebaiknya, satukan lot berkenaan, jika tidak anda perlu masuk di dalam kes rayuan.
  • Anda juga boleh menggunakan kontraktor dari kalangan ahli keluarga, tetapi pastikan kontraktor tersebut mempunyai lesen daripada khidmat kontraktor CIDB atau ROC yang masih belum tamat tempoh.

PAUTAN

Slider not found

Antara Senarai Soal Jawab:

MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI>>
(klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Rujukan  :

  • Pakar Perunding Perumahan Berpengalaman
  • Kontraktor Berpengalaman -Mohda Construction Sdn Bhd
  • Pegawai Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
  • Arkitek Berpengalaman

Disediakan oleh: Sharifah Noor Khalillah Binti Syed Ismail / Politenik PortDickson / N.Sembilan / Mac2012

Dikemaskini oleh:

  • Siti Zawiyah Binti Shuib/UiTM Melaka/Melaka/Mac2013
  • Muhammad Farizuan Bin Amiruddin/Kolej Antarabangsa Unifield/Melaka/Disember2014
  • Zunnurain Bin Mohd Sam/ Kolej Universiti Islam Melaka/Januari2016

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

  • Anda buntu memilih Insurans /Takaful yang sesuai untuk membuat pinjaman perumahan ?? Pilih dan klik di sini

http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version 2)
Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan


455 Responses to MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

  1. Shukri says:

    Assalam tuan,
    Bagaimanakah pengiraan duti stamp bagi dokumen perjanjian/gadaian untuk pembinaan rumah sendiri..adakah sama pengiraan unk pembelian rumah dari pemaju
    .terima kasih?

  2. Amir Faisal says:

    Slam en..saya berhajat nak bina rumah atas tanah sendiri dan nk mohon loan LPPSA,soalan saya, tanah saya seluar 1 ekar tapi ada dua nama,saya dan sepupu mak saya,boleh ke buat atas tanah tu? lagi satu jika saya mohon loan LPPSA bina rumah atas tanah sendiri,adakah LPPSA akan bg loan penuh atau separuh sahaja,ini adalah permohon rumah pertama..terima kasih

    • admin says:

      Wslm. Bina rumah perlu atas tanah nama pemohon atau bersama psgn sahaja. Selain drpd itu tak dibenarkan. LPPSA akan bagi loan penuh jika layak.

  3. Lynn says:

    Assalamualaikum…

    Saya ingin membina rumah atas tanah sendiri…tapi geran masih ada nama arwah ayah (sebagai pemegang amanah) dan enam adik berdik yg lain …adakah saya masih layak memohon?

  4. mecyeyka says:

    salam en..sy dah dapat kelulusan dr lppsa utk mmbina rumah di atas tanah sendiri dgn pembiayaan lppsa jg, cuma nk tanya selalu berapa lama tempoh pembayaran akan diberi selepas status aktif..sy masih menunggu pembayaran pertama..

    • admin says:

      Wassalam. Pembayaran LPPSA ke peguam ialah secara berperingkat mengikut percent kesiapan projek. Progress projek merujuk jadual G. Kebiasaanya pembayaran pertama ialah 21 hari selepas kontraktor menghantar tuntutan ke LPPSA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *