SURAT SETUJU TERIMA LPPSA

Apa Itu Surat Setuju Terima?

Ramai yang bertanya mengenai Surat Setuju Terima yang dahulunya dikenali sebagai Lampiran E atau istilah lainnya Surat Lulus. Apabila LPPSA telah meluluskan permohonan, maka pihak pemohon perlu muat turun lampiran kelulusan di SPPB Online pemohon.  Seperti gambar dibawah:

Surat kelulusan pembiayaan perumahan

Didalam Surat Setuju Terima ini, dilampirkan sekali dengan kelulusan pembiayaan perumahan sektor awam dan butir-butir pembiayaan pinjaman. Peminjam perlu muat turun dan wajib mencetak lampiran tersebut sebanyak 4 salinan bagi keperluan berikut:

  1. Ketua Jabatan
  2. Simpanan sendiri
  3. Peguam dan
  4. Pemaju/Kontraktor

 

Snapshotsl1Snapshotsl2Snapshotsl3

  • Apabila peminjam menurunkan tandatangan di Surat Setuju Terima ini, ini bererti peminjam telah bersetuju di atas permohonan pinjaman perumahan yang dibuat bersama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
  • Setelah Surat Setuju Terima ditandatangani oleh peminjam dan ketua jabatan maka perlindungan insurans akan bermula dari tarikh tandatangan yang diturunkan oleh peminjam.
  • Setelah peminjam mencetak Surat Setuju Terima dari LPPSA, peminjam hendaklah menghantar Surat Setuju Terima tersebut (muka surat 4 sahaja) ke LPPSA setelah menurunkan tandatangan dan cop ketua jabatan.
  • Setelah Surat Setuju Terima diterima dari LPPSA dan peminjam telah menurunkan tanda tangan persetujuan pinjaman, peminjam dinasihatkan untuk menghantar semula Surat Setuju Terima tersebut ke LPPSA/peguam dengan segera dalam tempoh selama 30 hari oleh pihak LPPSA.  Walaupun tempoh telah melebihi 14 Hari, pemohon hendaklah menghantar semula Surat Setuju Terima dan tidak berlaku pembatalan pinjaman.

*Tambahan

Snapshotsl4

Terdapat penambahan lampiran yang dikeluarkan oleh pihak LPPSA bagi peminjam yang memilih skim pembiayaan secara Islamik. Slik klik pada gambar untuk lihat keterangan lampiran oleh LPPSA.

Berikut huraian Surat Setuju Terima Pembiayaan Perumahan Sektor Awam :

  1. Jika pemohon sudah menandatangani Surat Setuju Terima dan ingin membatalkan/pindaan pinjaman perumahan tersebut, anda disarankan membuat surat bertulis secepat mungkin ke pihak LPPSA.
  2. Pemaju akan mengenakan denda / interest melalui peguam jika berlaku kelewatan bayaran berdasarkan pinjaman jual beli (sale & purchase agreement) S&P.  Merujuk pinjaman jenis 1, 3 dan 4 sahaja.
  3. Insurans tidak akan membayar pampasan jika Surat Setuju Terima tidak ditandatangani oleh peminjam dan ketua jabatan.
  4. Tiada implikasi akan berlaku jika peminjam ingin membatalkan pinjaman jika peminjam tidak menghantar Surat Setuju Terima kepada LPSSA.
  5. Jika pemohon tidak menerima Surat Setuju Terima mungkin disebabkan email pemohon tidak lengkap/ditukar.
  6. Jika membuat loan kerajaan insurans akan diserap ke dalam loan dan jika membuat loan bank insurans boleh diasingkan/dimasukan ke dalam loan.

Cara-cara muat turun Surat Kelulusan Pinjaman :

Surat Setuju Terima dan lampiran kelulusan boleh di muat turun dari website Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) .

NEW LPPSA

  1. Layari website LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
  2. Klik butang SPPB (Permohonan online & Semakan Pinjaman).
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Klik status pinjaman.
  5. Anda boleh klik mana-mana maklumat yang anda perlukan :
  6. Surat Kelulusan Pinjaman.
  7. Surat Setuju Terima.

Muqasah

Muqasah ialah satu amaun kurangan daripada jumlah keuntungan asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi pembiayaan SPPSAi. Jumlah sebelum muqasah dan selepas muqasah adalah berbeza kerana:

Sebelum muqasah: bayaran lebih tinggi kerana jumlah kadar keuntungan (interest) adalah 7%. Biasanya jumlah bayaran bulanan adalah lebih tinggi berbanding selepas MUQASAH. Bayaran ini berlaku kerana peminjam ingkar membuat bayaran mungkin kerana diberhentikan perkhidmatan atau bersara terlalu awal.

Selepas muqasah: bayaran lebih rendah kerana jumlah kadar keuntungan (interest) adalah 4%.  Biasanya jumlah bayaran bulanan adalah lebih rendah berbanding sebelum MUQASAH. Inilah bayaran dimana peminjam perlu bayar setiap bulan.

Kesan Pembatalan Pinjaman

IMG-20160129-WA0035

Antara implikasi untuk pembatalan pinjamannya pula adalah :-

  1. Anda akan dikenakan kadar faedah (interest) sebanyak 7% jika terlewat membuat bayaran (kadar biasa ialah 4%).
  2. Nilai kelayakan pinjaman akan berkurangan.
  3. Pemohon dikenakan bayaran kos perlindungan Takaful.
  4. Banyak proses akan dibuat.

Soalan lazim
Untitled3


Nota : LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dahulu dikenali sebagai BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Pembendaharaan).

Pihak kami amat berbesar hati dengan lawatan ANDA ke website kami. Anda dibenarkan untuk memuat turun dan mencetak artikel ini untuk rujukan ANDA mahupun makluman laman ini kepada rakan-rakan yang lain.

Semuanya adalah PERCUMA!!
kami memohon ANDA membuat satu perkara iaitu sms kepada pihak admin di talian : 019 669 2728 (www.wasap.my/+60196692728)

maklumkan ucapan ikhlas ANDA:

Contoh sms/whatsapp “Terima Kasih kerana memberikan capaian maklumat yang mudah dan berinformasi……….”

Kesimpulan

  • Surat Setuju Terima sangat penting  kerana ia menunjukkan yang permohonan pinjaman oleh pemohon telah diluluskan oleh LPSSA.
  • Sekiranya ingin menolak pinjaman dan memohon pinjaman baru, tetapi pinjaman telah diluluskan, pastikan anda belum turunkan tandatangan dan belum hantar surat ke LPSSA.
  • Pastikan  peminjam menghantar surat setuju terima ke LPSSA dengan segera, walaupun menerimanya hari ke-14.


PAUTAN

LPPSA

LPPSA

Takaful ikhlas

Takaful ikhlas

JPPH

JPPH

Takaful malaysia

Takaful malaysia

Etiqa Takaful

Etiqa Takaful

Antara Senarai Soal Jawab:

SURAT SETUJU TERIMA>>
     (klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Rujukan :

  • Laman web Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
  • Pakar Perunding Pinjaman Perumahan Kerajaan
  • Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PR 1.1/2014)

Disediakan oleh   : Norfarahind bt Md Nasir/Politeknik PortDickson/N.Sembilan/Mac2012

Dikemaskini oleh :

  • Siti Zawiyah Binti Shuib / UiTM Melaka / Melaka / Mac2013
  • Nurfitrah Hidayah Binti Zakaria / Polisas / Pahang / Mac2014
  • Rohayu Binti Md.Rasim / PMM Melaka / Disember2014
  • Noor Naddia Aida Binti Mohd Nizam / Unifield / January 2016

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed.


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

436 Responses to SURAT SETUJU TERIMA LPPSA

  1. Suzianah Sada says:

    Slm admin..Berapa lama ya nk tunggu proses surat setuju terima dari lppsa?

  2. Assalamualaikum tuan,

    Bulan 9/2017 saya pernah memohon LPPSA untuk pembiayaan perumahan pertama. Utk makluman tuan, saya ingin membeli rumah pr1ma harga 212k di kedah
    Saya dah daftar di laman web lppsa pada bulan 10/2017 dan dah siap tanda tangan borang dan ditandatangan oleh ketua jabatan.

    Bulan 12 saya di maklumkan pihak lppsa menerusi telefon. emel laporan JPPH blum diterima jadi saya telefon JPPH dan hantar dokumen berkaitan, Bulan Jan 2018 pihak jpph maklum dah buat penilaian dah hantar emel laporan ke Lppsa.

    Baru2 ni 4/2018 sebelum pilihan raya umum ke 14, saya ada contact LPPSA dan mereka maklum akan hantar report ke bahagian berkaitan sbb kes sy terlampau lama. peguam rumah saya maklum lepas pru 14 lppsa akan update status pinjaman.

    Skrg ni lepas peralihan kuasa baru2 ini. saya semak status pinjaman saya BATAL.
    Saya tak pernah terima apa2 surat setuju terima atau sebagainya. Jadi soalan saya apakah implikasi saya di kemudian hari. Adakah saya akan di ban/blacklist LPPSA dan adakah saya akan dikenakan apa2 bayaran atau penalti kepada mana2 pihak?

  3. john says:

    slmt pagi,
    bolehkah tempoh pembayaran diubah@dipendek kan dari 30thn kpd 27thn sekiranya sudah submit permohonan dan permohonan sedang dalam proses? saya telah memohon pembiayaan bersama isteri dimana isteri pegawai berkanun. tempoh yg dipilih adalah 27thn (isteri) dan saya 30thn. selepas mengira kembali, saya ingin temph pembayaran sama dgn isteri iaitu 27 tahun. adakah saya perlu submit permohonan untuk menukar tempoh byran atau ada cara lain?

    • admin says:

      Selamat pagi, tak boleh tukar. Cadangan sy, encik bayar sahaja bayaran bulanan macam biasa sambil mengumpul duit untuk buat penyelesaian awal pinjaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *