PENAMA / WARIS

Siapa Penama Rumah Anda??

Berdasarkan maklumat di bawah anda boleh merujuk jika ingin mengetahui tentang pengagihan harta anda kepada pewaris/penama.

Kepentingan penama/pewaris.

Pinjaman perumahan sama ada bersama Bank atau LPPSA tiada penama (waris). Begitu juga Insurans/takaful perlindungan gadaijanji, juga tidak meletakkan nama waris. Namun, polisi Takaful & Insurans Individu (hayat) ada nama waris.

Inginkah anda melihat pergaduhan atau persengketaan berlaku dalam keluarga anda selepas ketiadaan anda nanti???

Ada ahli keluarga anda telah meninggal dunia ? Anda bingung kerana anda tidak tahu ke mana harus anda tuju bagi menuntut harta pusaka yang mereka tinggalkan seperti tanah, rumah dan harta-harta yang lain?

Ada yang merungut terhadap masalah yang datang tanpa diketahui seperti kes suami telah meninggal dunia dan meninggalkan lebih dari seorang balu.  Kes ini secara tidak diketahui umum telah menimbulkan kepincangan apabila 2 atau lebih pihak balu yang menuntut hak (Harta Pusaka).

  • Harta yang dibeli melalui pinjaman LPPSA semuanya telah dilindungi oleh salah satu panel syarikat pengendali takaful.
  • Rumah menjadi milik waris/penama jika peminjam meninggal dunia sama ada sakit atau kemalangan.  Dengan itu tiada lagi bayaran bulanan dikenakan.
  • Masalahnya, dalam borang permohonan pinjaman LPPSA hanya diletakkan nama pasangan sahaja, bukan nama waris.

Kepakaran Khidmat Perundingan Harta Pusaka

Kami ada jalan penyelesaiannya ..

Dengan adanya syarikat yang menguruskan harta pusaka, semua pengurusan Perkhidmatan Harta Pusaka akan berjalan lancar.  Anda boleh merujuk kepada perunding harta pusaka seperti Wasiyyah Shoppe, As-Salihin,  Amanah Raya Berhad dan lain-lain.

Kepakaran khidmat perundingan Harta Pusaka ialah dalam penyediaan dokumen-dokumen perancangan seperti Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian, Amanah dan proses tuntutan harta pusaka di Mahkamah Syariah, Pejabat Pesaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil.

1 PERUNDING WASIAT

Sebelum berlaku apa-apa kemusykilan terhadap permohonan pinjaman perumahan, terlebih dahulu persiapkan menyediakan dokumen Hibah bersama Syarikat perunding Harta Pusaka.

Produk wasiat/penama: perkhidmatan yang disediakan

1. Penyediaan dokumen perancangan harta pusaka

Sekiranya anda berhasrat untuk mengagih-agihkan harta pusaka anda mengikut formula atau hasrat anda, anda boleh melaksanakan hasrat tersebut melalui dokumen-dokumen seperti berikut :

i. Dokumen Wasiat Islam
Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya anda berhasrat untuk memberikan harta pusaka anda kepada bukan waris sehingga tahap maksima 1/3.

ii. Dokumen Hibah
Pemberian harta dari Pemberi Hibah kepada Penerima Hibah semasa hayatnya dengan tidak mengharapkan sebarang balasan serta dibuat di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan.

2.Perkhidmatan rundingcara (consulatant) peribadi percuma kepada waris

Apabila berlaku kematian kepada pelanggan, waris hanya perlu menghubungi mana-mana syarikat pengendali Harta Pusaka dan wakil akan bertemu waris di rumah pada bila-bila waktu tidak kira siang atau malam, 7 hari seminggu termasuk hari Sabtu, Ahad atau cuti umum di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia dari Perlis sehinggalah ke Johor.


Kesimpulan

  • Penama/waris sangat penting dalam sesuatu perjanjian atau pinjaman supaya harta dapat diagihkan kepada pewaris bila meninggal.
  • Untuk mengelakkan dari harta anda tidak dituntut atau mengalami perbalahan keluarga, pastikan anda telah membuat wasiat.

Soalan lazim

1. Bagaimana jika seseorang  ingin mengagihkan hartanya, sama ada membabitkan harta tidak alih seperti rumah dan tanah. Ada kalangan kita tidak mengetahui cara untuk mengagihkan  harta yang ditinggalkannya sebelum memohon pinjaman perumahan dengan anggapan biarlah harta itu digunakan balu arwah untuk kepentingan anak.Apakah jalan penyelesaian bagi masalah yang berkaitan ini.

Jawapan: Dalam masalah ini,anda boleh merujuk kepada perunding harta pusaka seperti Wasiyyah Shoppe, As-Salihin,  Amanah Raya Berhad dan lain-lain terlebih dahulu  untuk perancangan harta atau wasiat anda sebelum memohon pinjaman perumahan.

2. Bolehkah ibu bapa yang mengambil anak angkat mewariskan hartanya (rumah)kepada anak angkatnya?

Jawapan: Boleh,jika si mati membuat wasiat terlebih dahulu mengikut kerelaannya membahagikan harta kepada bukan warisnya dengan merujuk  perunding-perunding harta pusaka yang mengurus melalui dokumen-dokumen seperti dokumen wasiat islam,dokumen hibah serta perkhidmatan rundingcara peribadi kepada waris.


Nota :

  • LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dahulu dikenali sebagai BPP(Bahagian pinjaman Perumahan Perbendaharaan ).

Bantulah kami..

Pihak kami amat berbesar hati dengan lawatan ANDA ke website kami.Anda dibenarkan untuk memuat turun dan mencetak artikel ini untuk rujukan ANDA mahupun memaklumkan laman ini kepada pihak yan lain.Anda boleh sms kepada pihak admin di talian seperti tertera di poster Bantulah Kami  di bawah.

*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.


Rujukan    :

Disediakan oleh:
Norfarahind Binti Md Nasir/Politeknik PortDickson/N.Sembilan/Mac2012

Dikemaskini oleh   :

  1. Siti Zawiyah Binti Shuib / UiTM Melaka / Melaka / Mac2013
  2. Farhana Binti Ariffin / UPSI / Perak / Disember2014
  3. Masturah Binti abdul Malek Amarullah / Kolej UNITI / Negeri    Sembilan / Januari 2016.

Disemak Oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.


Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version2)
Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan
Pinjaman Perumahan Kedua Bahagian Pinjaman Perumahan


6 Responses to PENAMA / WARIS

  1. Siti says:

    Salam…saya memiliki rumah nama saya dan suami saya.. Kami telah bercerai..loan dan bayaran di bawah nama saya… Bagaimanakah saya hendak buang nama suami saya dalam snp.. Pinjaman masih belom habis bayar..

    • admin says:

      Maklumkan pada peguam dan peguam akan maklumkan pada LPPSA mengenai pengguguran nama tersebut.
      Pembetulan akan dibuat tapi makan masa yg agak lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *