PERMOHONAN LAMBAT LULUS?

Permohonan pinjaman anda LAMBAT LULUS? Salah satu sebab kenapa permohonan anda lambat lulus ialah dokumen tidak lengkap. Bagaimana nak diproses jika borang tidak diisi lengkap, dokumen sokongan tidak disertakan, isi borang salah dan sebagainya. Bila tidak lengkap, akan dipulangkan. Kemudian dijawab dan jika tidak lengkap lagi, dipulangkan lagi.  Sekali urusan pemulangan dan memberi jawapan…saudara/saudari telah membuang masa yang berharga  selama lebih 10 hari.  Jika lebih daripada sekali dipulangkan sampai bila proses akan siap….Sudah tentu permohonan pinjaman anda lambat diluluskan.

Kurang mahir..

Lain pinjaman lain syaratnya, lain prosedurnya, lain jalannya, lain dokumennya, lain caranya. Bila kurang mahir, banyak masalah akan timbul. Banyak yang kita kurang pasti, tak tahu apa yang perlu, tiada perancangan awal, tiada persediaan.

Dengan kelemahan akibat kurang mahir tadi akan menyebabkan urusan pinjaman perumahan tidak lancar dan tergantung. Maka, menyumbang kepada kelewatan permohonan anda diluluskan.

Kekerapan kesilapan yang berlaku pada sokumen permohonan..

A New Design (9)

 1. Surat Iringan dari Ketua Jabatan

  • Permohonan pinjaman perumahan mestilah disertakan dengan surat iringan ketua jabatan mengikut format baru yang telah disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
  • Anda boleh klik di sini untuk contoh surat iringan ketua jabatan.
  • Surat iringan ketua jabatan boleh dicapai di ruangan borang muat turun borang permohonan melalui laman web rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.

Berikut adalah beberapa contoh surat iringan:

(surat iringan)                                                      (surat iringan untuk tentera)

*kesilapan:

  1. Surat iringan tidak mengikut garis panduan LPPSA.
  2. Ada tanda conteng/liquid/padam terutama pada pilihan syarikat insuran/takaful.  
  3. Tidak meletakkan no kad pengenalan awam/tentera.
  4. Pemilihan insuran berbeza dengan borang permohonan SPPB ONLINE.

2. Borang Permohonan SPPB ONLINE – LPPSA

  • Borang permohonan penting dan mesti ada dalam membuat pinjaman. Ianya mestilah diisi dengan lengkap supaya tiada kesulitan dalam proses permohonan.
  • Anda boleh membuat pembetulan secara manual jika berlaku kesilapan dalam mengisi borang permohonan. Sebaiknya anda lampirkan surat tentang pembetulan kepada LPPSA.
  • Borang permohonan mestilah lengkap beserta dokumen sokongan. Anda boleh menyemak senarai dokumen bagi setiap jenis pinjaman. Ini adalah senarai semakan yang boleh dirujuk untuk pengetahuan yang lebih lanjut.

*contoh kesilapan:

  1. Tidak mengisi semua maklumat borang online dengan lengkap.
  2. Tidak mengisi jenis pinjaman dan skim pinjaman. Tidak mengisi maklumat harta dengan lengkap.
  3. Tidak tandatangan di pengakuan pemohon dan perakuan ketua jabatan

3. Borang Akuan Pilihan Insuran

  • Borang akuan pilihan insuran atau takaful menunjukkan jenis insuran atau takaful yang dipilih oleh pemohon. Pemilihan insuran mestilah sama dengan pilihan insuran di Surat Iringan.
  • Fikir-fikirkanlah dan pilihlah syarikat insurans/takaful yang terbaik untuk anda.

*contoh kesilapan:

  1. Ada tanda conteng/liquid/padam pada pilihan nama syarikat Insuran/Takaful.
  2. Tiada tandatangan peminjam dan ketua jabatan.
  3. Pilihan Insuran Surat Iringan tidak sama dengan pemlihan Insurans pada Borang Akuan Pemilihan Insuran/Takaful.

4. Slip Gaji  

  • Slip gaji atau payslip boleh dibuat secara online.
  • Cuma 1 sahaja slip gaji yang diperlukan dan hendaklah daripada 1 bulan yang terakhir. Anda boleh klik link ini untuk cetak slip gaji yang terbaru http://www.anm.gov.my/

*contoh kesilapan:

  1. Slip gaji yang lama.
  2. Tidak ada cop pengesahan dari Ketua Jabatan.

5. Borang 1  

  • Borang 1 ialah borang permohonan laporan penilaian harta yang perlu diserahkan ke Pejabat Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) yang terdekat. Borang 1 akan tamat tempoh dalam masa 6 bulan.
  • Serahkan Borang 1, salinan S & P, surat dari ketua jabatan dan geran kepada JPPH yang terdekat dengan harta tersebut.
  • Borang 1  perlu diisi dan diserah ke JPPH jika anda memohon pinjaman jenis 1-7 kecuali pinjaman jenis 3.
  • Perlu dapatkan perakuan daripada JPPH sebagai bukti penyerahan atau sesetengah JPPH memberi penerimaan.
  • Anda boleh klik link ini untuk maklumat lanjut mengenai JPPH: http://www.jpph.gov.my/v2/index.php?versi=2

Borang yang diperlukan semasa memohon penilaian harta:

√ Borang 1
√ Salinan Geran
√ Salinan S&P (Sale and Purchase Aggreement)                   

6. Borang 7    

  • Borang 7 ialah persetujuan untuk menggadaikan bahagian yang tidak dipecahkan di atas tanah/petak kepada kerajaan oleh bukan pemohon.\
  • Borang ini perlu disertakan dalam semua jenis pinjaman. (Pinjaman Jenis 1 hingga Jenis 7. Surat Pengesahan Keupayaan Jelas Wang Beza 
  • Ini adalah surat pengesahan keupayaan menjelaskan wang beza di antara harga belian dengan amaun pinjaman yang diluluskan.
  • Anda boleh klik link ini untuk contoh surat pengesahan keupayaan menjelaskan wang beza.

8. S&P (Sale & Purchase Agreement)

  • S&P ialah perjanjian jual beli diantara penjual dan pembeli.

*contoh kesilapan:

  1. Tidak ada tandatangan pemohon di setiap helaian S&P.
  2. No lot salah jika dibandingkan dengan geran.
  3. No lot berbeza dengan surat akuan daripada peguam atau pemaju.
  4. Jika anggota tentera membuat permohonan, perlu menyertakan salinan Kad Pengenalan Awam dan No Tentera. (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam merujuk Kad Pengenalan Awam, manakala Bahagian Pengurusan Tentera merujuk No Tentera)
  5. Tidak melampirkan SETEM Hasil di muka surat pertama pada sudut S&P.

 (CONTOH S&P UNTUK TENTERA)

 


9.Geran

  • Geran ialah hakmilik tanah. Terdapat dua jenis geran individu atau geran strata.
  • Geran individu ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli tanah itu bagi rumah yang dibina atas tanah. (banglo,teres,semi D)
  • Geran strata ialah geran tanah yang didaftarkan atas nama individu yang beli rumah jenis flat/pangsa/kondo/apartment.
  • Pelan mestilah mendapat kelulusan daripada arkitek dan sah digunakan dalam tempoh 12 bulan.

*contoh kesilapan:

  1. Geran tidak dilampirkan.
  2. Geran tidak disahkan oleh jabatan.                                                

9.1 Carian rasmi
Carian untuk memeriksa, mencatat atau ‘extract’ mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar dan carian rasmi tersebut perlulah ditandatangani oleh pendaftar.

Kelayakan Pemohon:
Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.

Kaedah Permohonan
√ Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Rasmi yang               dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut                 seksyen 384 Kanun Tanah Negara (KTN).
√ Bayaran permohonan carian rasmi sebanyak RM50.00

Permohonan:
Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

*Contoh Sijil Carian Rasmi

Screen-Shot-2013-06-28-at-12.10.44-AM

9.2 Carian Persendirian
Carian untuk memeriksa, mencatat atau ‘extract’ mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar.

Kelayakan Pemohon:
Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.

Kaedah Permohonan
√Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Persendirian yang      dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut                seksyen 384 Kanun Tanah Negara (KTN).
√ Bayaran permohonan carian persendirian sebanyak RM30.00

Permohonan:
Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

*Contoh Sijil Carian Persendirian

4559969089_97c61aa1f0_b


Penolakan permohonan pinjaman perumahan..

article 4

Contoh penolakan diatas berlaku kerana gagal memenuhi peraturan permohonan pinjaman perumahan seperti yang dinyatakan dibawah:

  1. Bayaran wang proses salah nama penerima. Seharusnya wang proses mesti diatas nama Setiausaha Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
  2. Tidak kemukakan salinan hakmilik atas nama penjual.
  3. Tiada laporan penilaian harta daripada Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
  4. Borang 6 (Aku janji pemohon menanggung rugi) *Lengkap dengan no KP saksi.

Implikasi dokumen tidak lengkap..

  1. Pemohon pinjaman akan lambat lulus.
  2. Pemohon akan dikenakan interest terutama pinjaman jenis 1, 3 dan 4.
  3. Jika kelewatan melebihi 3 Bulan, Pihak LPPSA akan meminta pemohon menyerahkan  Dokumen terbaru seperti :
    √ Penyata baki hutang 6 Bulan ke hadapan
    √ Laporan Penilaian terbaru (tamat tempoh tidak melebihi 6 Bulan)
  4. Orang yang terdekat dengan pemohon akan merasa kerugian jika berlaku perkara yang tidak di ingini (meninggal dunia) sebelum pemohon membeli rumah yang diluluskan LPPSA.

Nota:

  • LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dahulu dikenali sebagai BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan)

BANTULAH KAMI…!!!!
Pihak kami amat berbesar hati dengan lawatan ANDA ke website kami. ANDA dibenarkan untuk memuat turun dan mencetak artikel ini untuk rujukan ANDA mahupun memaklumkan laman ini kepada rakan-rakan yang lain. Semuanya adalah percuma tanpa dikenakan caj mahupun bayaran.Kami mohon ANDA buat 1 perkara iaitu tolong sms kepada pihak admin ditalian: 019- 6692728

Contoh SMS atau whatsApp:
“terima kasih kerana memberikan maklumat serta perkhidmatan yang memuaskan dan mudah untuk difahami.

  • Sila rujuk kepada kami yang pakar dalam bidang ini untuk kemudahan anda semua dan semuanya percuma.
  • Sesuatu kelewatan itu bermula apabila anda tidak menyempurnakan dokumen dengan lengkap.
  • Jika ada sebarang persoalan atau keraguan tentang pinjaman anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa di talian careline 019-6692728.

grunge-frame-poster-background

PAUTAN

Slider not found

 Antara Senarai Soal Jawab:

PERMOHONAN LAMBAT LULUS>>
(klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.


Rujukan :

  1.   Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  2.   POS Malaysia
  3.   Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
  4.   Perunding Bahagian Pinjaman Perumahan Berpengalaman
  5.   Bank Islam Malaysia Bhd

Disediakan Oleh :   Rabitah Osman/Politeknik Nilai/N.Sembilan/Julai2012

Dikemaskini Oleh :

  • Siti Zawiyah Shuib/UiTM Melaka/Melaka/Mac2011
  • Nurfitrah Hidayah Binti Zakaria / Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah / Kuantan / Januari2014
  • Ros Hanita Bt Daut / Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah / Shah Alam / Disember2014
  • Nurul Syahirah Binti Mohd Amir / Kolej UNITI / Negeri Sembilan/Januari2016

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version 2)
Panduan Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan
Pinjaman Perumahan Kedua Bahagian Pinjaman Perumahan 


87 Responses to PERMOHONAN LAMBAT LULUS?

  1. reen says:

    Salam en.. permohonan sy dikuiri.. salinan surat kuasa wakil no.yg didaftarkan di mahkamah @pejbt tnh tidak disertakan.. surat ape yea 2 en?

  2. keliru says:

    Assalammualaikum en.. kalau surat wang beza tidak disertakan sekali mcm mne yea?

    • admin says:

      Wsalam, permohonan encik mungkin akan dikuirikan oleh LPPSA dan encik perlu menghantar surat wang beza tersebut. seeloknya melalui peguam.

  3. Mohd Nasir says:

    Assalammualaikum tuan,

    Saya ingin membuat pinjaman jenis 4. Soalan saya, sekiranya semua berjalan lancar, berapa lama kah proses kelulusan pinjaman oleh LPPSA dapat dilaksanakan. Bolehkah ianya disiapkan dalam masa 3 bulan dari tarikh tandatangan SnP?

    Ini kerana penjual inginkan proses dilaksanakan dalam masa 3 bulan dan sekiranya selepas 3 bulan masih belum terima bayaran, beliau akan membatalkan perjanjian dan wang pendahuluan 10% tidak akan diserahkan. Memang agak risiko, cuma ingin kepastian melalui pengalaman tuan.

    Terima kasih

    • admin says:

      Wassalam. Status kelulusan boleh dapat dlm masa 7-14hari jika semua dokumen lengkap. Bagi selesaikan semua proses hingga ke peringkat bayaran ke penjual paling cepat makan masa 4 bulan.
      Bergantung kepada kecekapan peguam.

  4. Kristal says:

    Salam admin, mohon bantuan. Pihak developer telah mengeluarkan invoice payment kepada saya bertarikh 1 Jun melalui pos dan saya terima pada 6 Jun. Saya telah membuat permohonan online di LPPSA dan menyiapkan borang online yang lengkap disahkan oleh jabatan saya pada 8 Jun. Tetapi pihak peguam dan developer hanya menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan utk permohonan LPPSA 16 Jun. Selepas menerima semua dokumen, saya submit dokumen ke LPPSA. Keputusan permohonan saya keluar pada 30 Jun dengan status kuiri disebabkan details pada S&P tidak sama dengan lesen pemaju dan permit iklan. Disebabkan status kuiri, permohonan saya harus diproses semula oleh pihak LPPSA dan kini telah melebihi tarikh due invoice. Soalan saya adalah, adakah saya boleh membuat rayuan untuk dikecualikan membayar late payment disebabkan pihak developer dan peguam lewat menyerahkan dokumen kepada saya dan juga kesalahan info S&P yang disebabkan kecuaian pihak peguam? Penerangan dan bantuan pihak admin amat saya hargai. Terima kasih

    • admin says:

      Wassalam jika kelambatan bukan berpunca daripada pihak encik(pemohon), boleh minta LPPSA keluarkan statement kronologi menyatakan proses pinjaman
      dan punca kelambatan daripada pihak siapa. Statement tersebut boleh diberikan kpd pihak pemaju untuk elak denda lewat yang bukan berpunca drpd pihak encik.
      Harap maklum.

  5. siti says:

    SALAM..saya ingin bertanya sebelom ini loan sya dri llpsa ditolak kerana pejabat mnghantar borng llpsa sahaja..tetapi peguam saya telah mnghantar borang permohonan yang baru tp sudah lebih dua mnggu saya xdpat kputusan dri llpsa..dan ingin brtanya.online lppsa prlu kemaskini baru ke tidak..kerana sya mmbuat prmohonan bru dan tidak tahu perlu ke tidak kemaskini baru n dimna mahu taip permohonan baru..

    • admin says:

      Wassalam. Permohonan yagn ditolak perlu key in baru dalam sistem online SPPB. Klik bahagian Permohonan Pinjaman untuk isi baru

  6. hadi says:

    saya dalam proses jual rumah yg berusia 7 tahun…

    MASA BELI harga rm102k…
    harga saya jual rm190k…

    loan pembeli dah lulus dan skrg tunggu proses dari lppsa ….cuma di sini saya ingin tahu jumlah baki sebenar hutang saya kepada govt..dan berapa jumlah yang saya akn dapat..?? .

    bulanan potong sebanyak rm560…

    kalau ikut kiraan logik saya rm560 x 7 tahun (84 bulan) berjumlah rm47040…

    andai kata rumah saya dah termasuk interest kerajaan rm105k – rm47040 = jumlah baki yg tinggal rm57960…

    jadi jumlah yg saya kan dpt ialah rm190k – rm57960 = rm132040 ??

    atau adakah kaedah lain kiraan baki loan kerajaan???

  7. hadid says:

    assalammulaikum tuan saya hadid dari sabah. Tanah saya baru sahaja diukur oleh jabatan tanah dan ukur tahun ini. saya bercadang untuk memohon bantuan subsidi rumah RMR tahun ini tetepi masalah saya salah satu syarat untuk memohon RMR pemohon itu mesti mempunyai geran tanah dan perlu menyediakan SIJIL CARIAN RASMI.. Persoalan saya tuan adakah saya boleh meminta SIJIL CARIAN RASMI dipejabat tanah dan ukur, sedangkan geran tanah saya belum dikeluarkan dan kami tidak diberitahu apa status tanah kami sekarang….. saya harap tuan dapat memberi maklum balas mengenai permasalahan saya ini….

  8. Razzie says:

    Assalamualaikum tuan…
    Saya sudah hntar semua dokumen utk permohonan pembiayaan perumahan LPPSA pada 23/8/2016.. Tp hingga ke harini 23/9/2016 saya masih belum tahu jawapan dr pihak LPPSA..

    Dokumen tersebut saya hantar sendiri melalui kaunter dan disemak oleh pegawai kaunter.. Hampir tiap2 minggu saya follow up dengan LPPSA.. Jawapan yg diberikan masih sama.. Permohonan masih dalam proses.. Tggu lagi mggu depan, minggu depan sy call lg.. Dan jawapan yg sama saya terima.. Apa yg perlu saya buat? Sbb pemaju dah hantar surat amaran oustanding progressive billing kepada saya… Tp loan sy masih belum lulus…mohon pencerahan daripada pihak tuan..

  9. mrz says:

    Salam. Tuan,

    Saya ingin bertanya adakah dokumen tambahan iaitu borang 7 perlu disertakan untuk pembelian rumah dengan satu nama sahaja.

    Untuk wang beza, borang yang manakah yang perlu saya sertakan.

    Saya membuat permohonan pinjaman jenis 3.

    • admin says:

      Wasalam, Borang 7 hanya untuk permohonan pembiayaan dua penama atau pembiayaan bersama. Borang wang beza boleh dapatkan di portal LPPSA. Bantuan lanjut hubungi admin di 0176872668 (ieta)

  10. Tuan Mohd Fakhrurazzie Bin Tuan Hussin says:

    assalamualaikum…saya sekarg sedang membuat proses permohonan pinjaman perumahan kerajaan.. semua dokumen telah siap.. akan tetapi saya mempunyai masalah bagaimana untuk membuat bayaran wang proses menggunakan maybank2u..saya buka maybank2u, tak jumpa bahagian bayaran wang proses..mohon bantuan dr pihak tuan.

  11. hadi says:

    Pening dan risau memikirkannya…..rumah sy nak jual rm190k….penilaian bank rm200k….andai pembeli iaitu kktgn awam mohon loan gov, tetapi jika berlaku jabatan penilai pula nilai rumah tersebut kurang dari penilaian bank dan harga rumah yg saya nak jual tu, macam mana pula?

    • admin says:

      Salam, sememangkan penilaian kerajaan lebih rendah dari bank. bantuan lanjut hubungi admin di 0176872668 (ieta)

  12. Sofy Hattiza bt Md Yusof says:

    Bagaimana pula sekiranya pembayaran LPPSA kepada pemaju perumahan lewat dan pihak kami yang menanggung interest atas kelewatan bayaran dari pihak LPPSA sendiri .Sedangkan segala semua prosedur saya telah ikuti dan pihak pemaju memberikan bukti bahawa LPPSA yang lewat membuat bayaran serta tidak mengikut tarikh waktu bayaran yang telah ditetapkan .

  13. Siti raudhah says:

    Assalamualikum…saya telah membuat permohonan online dan menghantar secara pos pada 23.5.2016.kemudian didapati permohonan saya ditolak kerana tidak sertakan borang 7 dan surat iringan drpd ketua jabatan mengikut format lppsa..pada 30.5.2016 saya pos surat iringan dan borang 7 beserta surat setuju terima pembiayaan lppsa bertarikh 29.5.2016…tetapi sehingga hari ini status permohonan saya dalam website lppsa masih tertera ditolak..dan ada lagi surat terima pembiayaan bertarikh 6.6.2016…pertanyaan saya apa lg yang perlu saya buat.apabila saya menghubungi khidmat pelanggan lppsa,pegawai tersebut hanya minta saya menunggu lppsa pos semula dokumen saya..saya bingung sedangkan semua dokumen sy dah hantar..terima kasih

  14. Nesa says:

    Saya telah membuat permohonan untuk membeli rumah pertama dan setelah semua dokumen telah dihantar dan dokumen dikuiri siap dihantar, status permohonan bertukar menjadi aktif dan bayaran untuk insurans telah dikenakan. Semalam saya terima e-mel yang menyatakan masih ada dokumen yang belum lengkap dari bahagian baucar dan bayaran kemajuan tidak boleh dibuat. Padahal, dokumen tersebut telah dihantar pada kali pertama dan pihak peguam juga mempunyai salinan dokumen tersebut yang telah difotostat. Apakah tindakan yang perlu dibuat. Pihak pemaju telah menghantar surat menuntut bayaran pada bulan disember. Loan document yang dihantar kepada BPP juga tidak ditandatangani dan dipulangkan kepada peguam.

    • admin says:

      Salam, mungkin pihak pemaju mengemukakan dokumen yang mengikut format lama dimana untuk pengatahuan tuan/puan, sejak LPPSA dikuatkuasakan, segala dokumentasi telah banyak bertukar mengikut format baru. Semoga dapat membantu.

  15. Siti Aisyah says:

    Assalam tuan, nak mohon pandangan pihak tuan.
    Saya dan suami telah membuat permohonan online pada penghujung Dis 2016 yang lepas. Namun disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan selain dimaklumkan bahawa SPP ditukar kepada LPPSA pada 1 Jan 2016..maka kami tidak sempat menghantar dokumen fizikal dalam tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan ini (Sila MUAT TURUN, CETAK ……………………….dalam masa 14 hari bekerja mulai dari 27-12-2015 hingga 14-01-2016.)

    -Namun, bila saya semak status permohonan saya baru2 ni, ia adalah seperti berikut:
    No Rujukan SPPB / No Fail Pinjaman : 15xxxxxxxxx
    Kategori Pinjaman : Pinjaman Pertama
    Jenis Pinjaman : Jenis III: Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan
    Status Pinjaman : Permohonan Baru

    Oleh yang demikian;
    1. Adakah saya boleh terus hantar borang fizikal walaupun di luar tempoh yg ditetapkan
    2. Atau saya perlu buat semula permohonan ONLINE
    (kerana apabila saya klik pada button ‘permohonan pinjaman’ , ia akan keluar mesej berikut:
    Dimaklumkan Permohonan Pinjaman anda tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab berikut:
    Anda baru mengemukakan permohonan (Pinjaman Baru) secara online; atau
    Permohonan Pinjaman anda masih dalam proses kelulusan; atau
    Pinjaman sedia ada masih aktif.
    Sila klik menu “Status Pinjaman” untuk mengetahui status permohonan pinjaman anda ))
    3. Atau, apa yang wajar saya lakukan?

    Mohon pandangan pihak tuan ya.

    Terima kasih.

    • admin says:

      Wasalam, kebiasaanya status pinjaman “BARU” merupakan permohonan pinjaman yang telah lengkap diisi dan tidak boleh memohon semula. Semakan perlu dibuat terlebih dahulu untuk pastikan pemohon perlu teruskan permohonan tersebut atau perlu membuat permohonan yang baru kerana pengisian bagi 2015 nama borang masih lagi di atas nama “BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN” dan pengisian untuk tahun 2016, nama borang telah bertukar kepada “LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM”. Bantuan segera, sila tinggalkan no fon atau hubungi admin segera di 0176872668 (ieta)

  16. Zaim says:

    Assalamualaikum..
    baru2 ni sy dah submit document kepade bpp..tetapi bila sy lihat status pinjaman kuiri..pinjaman di kuiri disebabkan sy tidak sertakan skali salinan sijil nikah dan surat pengesahan jawatan beserta opsyen pilihan pencen atau epf..masalahnya..semua dokumen telah disemak dan disahkan lengkap dan lengkap semasa hantar/penyerahan by hand di kaunter tetapi masih dikuiri lagi..apa saya perlu buat dan adakah sy perlu hantar semule semua document yg sy pernah hantar @ sy cume perlu hantar dokumen tu sahaja kepada bpp..

  17. Amwa says:

    Assalam..
    Permohonan pinjaman sy berstatus kuiri kerana kekurangan land search. Peguam dah submit tp silap plak anta carian persendirian. Skrg dah masuk 2bln tp masih kuiri lg. Sy bcadang nak batalkan pmohonan pinjaman atas sbb masalah kewangan. Ada x cara utk cancel pembelian tanpa kehilangan deposit?. Lawyer pemaju yg sediakan tp segala urusan permohonan sy buat sdri dr mula.

  18. Farhanah says:

    Assalam, saya nk tye.. Sy dah mohon pinjaman melalui online, tp kalo terlewat hantar dokumen ke bpp dari tarikh yg diberikan, adakah permohonan saya akan dibatalkan? Ini disebabkn ketua jabatan lewat sahkan dokument. Tq

    • admin says:

      Waalam, tiada masalah kerana ianya sekadar reminder supaya disegerakan dokumen fizikal. Bantuan lanjut hubungi admin di 0176872668 (ieta)

  19. Yatie says:

    Assalam, nak tnya. Boleh tak dokumen permohonan pinjaman kerajaan dihantar ke BPP guna pos ekpress bukan kurier. Kalo boleh, perlu guna alamat spesifik atau alamt perbndaharaan tu sendri da mncukupi.
    Adakah cara kurier akan melambatkan proses berbnding hantar sendri dok ke bpp?

    • admin says:

      Wasalam, sebaiknya guna kurier. Alamat lengkap BPP No.9 Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya.

  20. chan says:

    Selamat ptg..sye ingin tanye tentang proses perumahan sye..hari tu kena ditolak disebabkan borang 6 dan baki statement xde..sye dah hntr borang tersebut ..sampai sekarang status pinjaman tetap ditolak ..sye kena buat pe yea..terima kasih

  21. Nurul says:

    Salam ..saya menggunakan loan kerajaan untuk membeli rumah subsale.amat mengecewakan apabila prosesnya agak lama dan akibatnya saya dikenakan penalti..sehingga kini setelah lebih sebulan borang cagaran saya di hantar ke bpp tetapi masih belum ditandatagani oleh pegawai yg terlibat. Kini, setiap hari saya menghubungi pihak bpp.tapi alasan yang sama diberi..bagaimana harus saya lakukan lagi dan apa tindakan yg akan diambil selepas borang cagaran telah ditandatangani..

  22. alifhalim says:

    Salam admin..baru2 ni sy dan isteri dah submit document kepade bpp..tetapi bila sy lihat status pinjaman kuiri..pinjaman di kuiri disebabkan sy tidak sertakan skali salinan sijil nikah..persoalan sy..adakah sy perlu hantar semule semua document yg sy pernah hantar @ sy cume perlu hantar salinan sijil nikah sahaja kepada bpp..

    • admin says:

      Wasalam, ya perlu submit ke BPP dokumen kuiri secepat yang mungkin. Bantuan segera hubungui admin di 0176872668 (ieta)

  23. Rin says:

    adakah saya perlu sertakan Surat Pengesahan Keupayaan Jelas Wang Beza bagi permohonan terbaru sebab dalam permohonan online ada mentioned pasal wang beza? wang beza tersebut perlu dibayar kepada pemaju atau bahagian pinjaman perumahan?

    • admin says:

      Salam, perlu sertakan jika terdapat wang beza pada loan dan wang beza tersebut perlu dijelaskan pada pemaju.

  24. mie says:

    salam tuan saya dah isi online cuma nak hantar dokumen saja soalan saya berapa salinan dokumen yang perlu dihantar kebahagian..dan SnP perlu hantar yang original atau salinan.

    • admin says:

      Wasalam, hanya satu salinan sahaja dan hantar S&P yang copy sahaja iaitu certified true copy from lawyer. Untuk bantuan penghantaran dokumen serta follow up kes sehingga lulus, hubungi admin di 0176872668 (ieta)

  25. Shima says:

    Salam, selepas pening n stress dah urus pasal loan ni, baru terjumpa site ni… Nape x jumpa awal2 lg. saya telah isi borang online dan skrg dlm proses nak hntr borang fizikal n dokumen. Perlu hantar by hand or boleh pos je? Kalau pos guna general addres bppp tu saje atau ada bahagian2 tertentu or aras2 tertentu untuk di tulis pd alamat. Atau ada pegawai2 tertentu utk di UP kan? Mohon pencerahan.

    • admin says:

      Wasalam, tiada masalah untuk pihak kami membantu urusan penghantaran dokumen ke BPP. Hubungi admin segera di 0176872668 untuk bantuan lanjut. Tq Admin –> ieta

  26. ain says:

    salam,

    Kalau permohonan online bpp telah dibuat. Bilakah, borang permohonan dan dokumen perlu dihantar ke bpp?Kalau selepas 1 atau 2 bulan, tak pe ke?coz masih menunggu penyata baki hutang dari bank.

    Sekian

    • admin says:

      wasalam, tidak mengapa, jika boleh percepatkan penghantaran dokumen fizikal bagi mengelak di kenakan interest. Bantuan lanjut hubungi Admin di 0176872668. Admin –> ieta

  27. nana nordin says:

    salam encik..suami saya dah hantar borang berserta dokumen sokongan kepada bpp pada 31 mac lalu..surat tu telah sampai ke bpp pada 1 april..sampai hari ini,tiada jawapan yang diberikan oleh bpp mngenai kelulusan loan suami saya..saya check melalui sms,no ic suami saya tiada dalam permohonan..apa yang perlu kami lakukan?

  28. mukhlis says:

    Assalam…sy nk tny?sy dh kmukakan permohonan kpd BPP & prmohonan sy dikuiri disebabkan borang.BPP minta kemukakan salinan asal Tandatangan,nama dan no K/P saksi..Adakaj sy perlu hntr semula borang tersebut bersama2 dgn salinan K/P saksi/pasangan atau hntr borang shja semula kpd BPP.

    • admin says:

      Salam, borang 7 adalah dokumen yang perlu di isi apabila S&P iaitu SALE AND PURCHASE AGREEMENT mempunyai dua penama (suami isteri)

      • MOHD FUAD BIN MARZUKI says:

        Assalam. Saya telah melengkapkan borang permohonan kecuali surat jual beli yang pertama .Saya telah hantar surat tersebut ( tempoh 3 bulan ) .Pihak syarikat allience solution hanya beri kepada saya tempoh 3 bulan sahaja . Tetapi bagi pihak tuan mahukan 6 bulan .Selain itu , tempoh pemohonan jual beli telah tamat .Jadi , pihak bank hampir melelong rumah saya sebanyak 2 kali .Saya mohon pihak tuan mempercepatkan proses sebelum 20/6/2015 (tamat tempoh surat perjanjian terbaru ) .

      • admin says:

        wasalam, dapatkan bantuan segera dengan menghubungi Admin di 0137474041. Admin –> sue

    • admin says:

      hubungi admin segera di 0176872668 untuk bantuan lanjut. Admin –> ieta

  29. Nizam Ijam says:

    As’salam……saya dah tanya tapi masalahnya saya nak ciri pemaju dan peguam yang boleh buat pinjaman perumahan saya tinggal di melaka saya pertolongan awak…..

  30. Nizam Ijam says:

    Kalau seorg tentera macam mana pulak untuk buat rumah atas tanah sendiri…..

    • admin says:

      Salam, untuk kelayakan bagi tentera, en perlu merujuk di jabatan en bekerja di mana kelayakan angkatan tentera berbeza dengan kakitangan awam.

  31. nana says:

    sy nk bertanya..apa proses yg perlu sy lakukan stelah membayar deposit kpd pemaju?beli rumah pertama terus drpd pemaju..nk buat government loan..mohon pencerahan perkara yg perlu dilakukan sehingga urusan pinjaman selesai..

    • admin says:

      selepas sign S&P, pn perlu membuat permohonan secara online dan perlu melengkapkan dokumen fizikal untuk di hantar ke BPP.

  32. Thinagaran says:

    Permohonan saya dikuiri oleh BPP kerana dokumen penyata baki hutang bank 6 bulan ke hadapan adalah salinan fotostat. BPP telah meminta untuk kemukakan yang asal. Adakah saya perlu menghantar dokumen yang diperlukan sahaja atau satu set borang permohonan berserta dengan semua dokumen yang diperlukan?

  33. siti rahmah says:

    Salam..en elam…permohonan loan bpp sy telah diluluskan..dan peguam sy telah submit suray setuju terima kpd bpp..akan tetapi..pihak bpp telah meminta sy utk mgisi semula surat tersebut semula..kenapa terjadi begitu yer?tq

  34. hatta says:

    assalamualaikum
    Mohon bantuan khidmat nasihat dari pihak tuan,tujuan membeli tanah untuk pembinaan rumah

  35. miss sya says:

    asssalamualaikum…
    mohon pandangan dr pihak tuan..
    sy tlh memohon pinjaman perumahan pada januari 2014 lg…tp smpai sekarang masih belum settle lg….
    sy beli rumah dr p.cik sy… rumah flat di kl.. tnp deposit… rumah tu pun dh habis byr & dh ada geran….
    apa yang menyebabkn lambat ye??? adakah kerana kerani pejabat peguam kurang mahir @ kerenah birokrasi?? kerana apbila di tny dia kerap memberi alasan…. kali terakhir call 2 minggu lps ckp dh smpai proses tkr nama di pjbt tnh…
    xthn nk dgr p.cik sy membebel sbb proses yg lamer… biasa la kalo org nk jual sesuatu mesti nk kn wang cepat…. ni nsb baik beli dgn p.cik sndr & tnp dpst..kalo beli dgn org luar & 10% dpst mau burn….duit lawyer lg nk kena byr…
    apa pndgn tuan???

    • Elam says:

      wasalm miss sya, kebarangkalian proses jual beli jadi lambat adalah bergantung pada kemahiran peguam dalam urusan tersebut, jika tiada kemahiran segala urusan akan hadapi masalah.

  36. ayu says:

    assalam..bagaimana sekiranya jika saya silap memasukkan no rujukan wang proses?ini kerana,sy telah memasukkan no rujukan wang pos.sedangkan pihak pinjaman perumahan inginkan wang proses melalui kiriman wang.

  37. Latifah Y.E. says:

    A’salam En. Elam,
    Saya dari Kota Kinabalu Sabah. Saya telah membuat kesilapan pemohonan online pada bulan Jun lalu, dengan mengisi amaun loan RM300k, sebaliknya RM342221. Dan bulan membayar sepatutnya 360 tetapi telah dimasukkan 270 bulan. Saya juga perlu update maklumat gaji yang terkini memandangkan pergerakan pada bulan Julai. Tolong nasihat bagaimana saya dapat menyelesaikan masalah ini memandangkan saya telah menghubu gi perbendaharaan berkali-kali tetapi tidak dapat dan telah membuat aduan tetapi juga tidak mendapat respon. Terima kasih banyak.

  38. siti says:

    Salam… bagaimana harus saya lakukan jk permohonan saya dikuiri…. maklumat status permohonan sy dikuiri

  39. syaiful says:

    salam tuan.. saya x pasti tentang 4 tarikh perkhidmatan utk mohon pinjaman perumahan.. tuan boleh bagi penerangan? posting 23 mei 2012 gred dg 41. pengesahan jawatan dg41 31 ogos 2013.. tq…
    tarikh lantikan skim pertama 23/5/2012
    tarikh pengesahan skim pertama 23/5/2012
    tarikh lantikan skim sekarang 23/5/2012
    tarikh pengesahan skim sekarang 31/8/2013
    mcm nie ke..

    • Elam says:

      tarikh lantikan skim pertama 23/5/2012
      tarikh pengesahan skim pertama 31/8/2013
      tarikh lantikan skim sekarang 23/5/2012
      tarikh pengesahan skim sekarang 31/8/2013

  40. noraishah binti abdul latif says:

    saya sudah sah jawatan cuma belum dapat surat kelulusan taraf pencen.bagaimana saya harus lampirkan Borang kelulusan taraf pencen sedangkan saya masih belum terima surat kelulusan tersebut.

    • Elam says:

      Pn. Noraishah. Boleh lampirkan surat sah jawatan juga tanpa surat taraf pencen.

      Utk makluman, kami sedia membantu memberi khidmat nasihat untuk semua KAKITANGAN KERAJAAN seluruh Malaysia seperti berikut :

      1- Bantuan permohonan Online/SPPB ( Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu )
      2- Inginkan pemeriksaan dokumen sebelum hantar ke BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ) melalui video call
      3- Penghantaran dokument ke BPPP Putrajaya
      4- Memberi cadangan untuk membina rumah diatas tanah sendiri
      5- Khidmat nasihat pembelian tanah dan rumah terpakai
      6- Khidmat nasihat pengubahsuian rumah (renovation)
      7- Khidmat nasihat dan tuntutan polisi takaful (kematian, banjir atau kebakaran)

      Semua perkhidmatan yang kami tawarkan adalah PERCUMA…. malahan kami beri wang proses Rm100 PERCUMA !

      Tuan, boleh menghubungi kami untuk pertanyaan lanjut di careline: 019-6692728

      E-mail: takaful2all@yahoo.com.my

      Facebook: Urusan Pinjaman Perumahan (Kerajaan)
      https://www.facebook.com/pinjamanperumahankerajaan.takaful?fref=ts

      Facebook Page: Pinjaman Perumahan dan Takaful 2
      https://www.facebook.com/pages/Pinjaman-Perumahan-Dan-Takaful-2/391398394222502

      Website: http://www.mohdelam.com/mortgage

      Alamat: Etiqa Takaful Berhad
      Mohd Elam & Partner
      Aras 2, 2M11-A, Komplek Kementerian Kewangan,
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
      62692 Putrajaya.
      ( lokasi bersebelahan BPPP )

      ‘Kepercayaan anda, Tanggungjawab kami’

  41. hashelah says:

    salam..sy punyer permohonan wang proses telah tamat tempoh..perlukah sy kena ulang prosedur yg sama dr awal? atau sekadar bagi wang proses baru???..

  42. Roslina Bt Mat Isa says:

    Salam saudara..
    Saya telah mmbuat prmohonan pinjaman online dan telah diberi no.fail. Dokumen iringan telah dhantar dan mereka terima pada 9Mei 2014. Masalahnya, semalam saya telah mnyemak status
    permohonan mnggunakan sms dan jawapan balas adalah no.ic saya tiada dalam status permohonan. Saya terkejut dan keliru. Kenapa jadi begini?

    • Elam says:

      Salam pn. roslina. Terima kasih atas pertanyaan.
      Boleh huhungi terus pihak BPP bahagian teknikal 03-88802777/2773 utk pengesahan semula status permohonan anda.

  43. haiqal says:

    salam…lawyer saya telah menyiapkan borang permohonan saya pada 25/6/2013 yang lepas,secara permohonan online..setelah selesai selesai segala urusan melibatkan urusan penjual,sy selaku pembeli mungkin bulan 10 ni sy akan hantar pada BPP..adakah mnjadi msalah kpd prmohonan saya sebab prmohonan online d buat pd bulan 6,tp mnghantarnya pd bulan 10…kelewatan lebih dr 3 bulan…

  44. mazarida zakaria says:

    cik elam, saya kena alamatkan surat pembetulan tu kepada bahagian pinjaman perumahan atau kepada alamat ni:-
    ETIQA TAKAFUL
    1. Aras 2, 2M11-A,
    Kompleks Kementerian Kewangan,
    No. 7, Persiaran Perdana Presint 2,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62592 Putrajaya.

  45. mazarida zakaria says:

    hai, saya salah seorang pembeli rumah di beaufort, sabah. saya sudah mengisi borang pinjaman perumahan secara online dan sudahpun print out borang tersebut. masalahnya saya baru tersedar yang saya salah mengisi borang secara online tersebut.
    1.Bahagian petak rumah masih dalam pembinaan saya click “membeli rumah yg sudah siap”.
    2. bayaran balik pinjaman perumahan sepatutnya saya isi 360 bulan tapi saya isi 30 bulan sahaja.
    saya cuba untuk mengemaskinikan balik tapi gagal membuat demikian.harap pihak yang berkenaan dapat membantu.terima kasih.

    • Elam says:

      Saudari mazarida zakaria : Senang saje saudari print borang tersebut dan betulkan secara manual..sebaiknya saudari sertakan surat pebetulan kepada bahagian pinjaman perumahan.. Sila inbox kan no H/P saudari untuk maklumat selanjutnya…Terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *