DEPOSIT RUMAH

 

deposit rumah

Urusan pembayaran deposit harga jual beli merupakan perkara penting yang perlu diambil tahu oleh setiap pembeli sesuatu hartanah. Ianya perlu diberi perhatian yang khusus kerana banyak masalah dan isu yang timbul berkaitan dengan pembayaran deposit tersebut sehingga boleh menyebabkan perbalahan di antara penjual dan pembeli.

Deposit adalah wang pendahuluan dari harga hartanah yang ingin dibeli sebagai tanda persetujuan menempah hartanah tersebut untuk mengelak dibeli oleh orang lain. Deposit rumah kebiasaannya  dikira berdasarkan peratus dari harga hartanah yang dipilih.

Ada sesetengah pemaju/penjual menetapkan deposit berdasarkan peratusan dari nilai harga hartanah dan ada juga yang menetapkan mengikut persetujuan dua pihak pembeli dan penjual. Nilai deposit ini bergantung kepada pemaju/penjual, ada yang tinggi dan ada yang rendah.

Jumlah deposit ini bergantung pada kawasan kediaman tersebut, jika ia bernilai tinggi dan menjadi rebutan, biasanya nilai deposit juga akan turut naik. Kalau kurang sambutan, deposit pun sedikit rendah. Selaku pembeli, jika keberatan, anda boleh mohon untuk merendahkan deposit hartanah daripada penjual. Kuasa penurunan jumlah deposit terletak sepenuhnya kepada empunya hartanah tersebut.

Deposit yang telah dibayar kebiasaannya akan dipulangkan semula selepas pembeli telah membuat pembayaran penuh harga rumah atau ditolak dari harga hartanah dengan persetujuan penjual dan pembeli.

Jenis deposit untuk pembelian rumah

1. Rumah Dengan Pemaju

  • Deposit 10% dibayar kepada Pemaju.
  • Dibayar setelah SNP ditandatangani.
  • Jangan bayar deposit selagi SNP belum ditandatangani (termaktub di dalam Pemajuan Perumahan).
  • Jika pinjaman kerajaan, boleh minta pertimbangan daripada Pemaju untuk jelaskan bayaran  deposit bersekali dengan 1st progress claim, dengan syarat pinjaman anda confirm lulus 100%.
  • Jika pinjaman pembeli tak diluluskan, Pembeli hanya bayar 1% sahaja daripada harga jual  beli kepada Pemaju.
  • Baki 9% deposit dikembalikan kepada pembeli.

2. Rumah Sub-sale/ Kedai

  • Deposit 10% dibayar kepada Peguam.
  • Jika beli melalui ejen hartanah berdaftar, 3% dibayar kepada ejen, 7% lagi dibayar kepada peguam.
  • Deposit dibayar pada masa tandatangan SNP.
  • Jika rumah ada sekatan (consent), peguam hanya akan lepaskan deposit kepada penjual setelah consent diperolehi.
  • Kalau pinjaman kerajaan, boleh mintak pertimbangan daripada penjual untuk jelaskan bayaran deposit bersekali dengan baki harga jual beli, dengan syarat pinjaman anda confirm lulus 100%.
  • Jika pembeli tak jadi beli, atau pinjaman pembeli tidak diluluskan atau pembeli ingkar terhadap  terma di dalam SNP, deposit tersebut dilupuskan.
  • Jika penjual tidak jadi jual, atau consent tidak diluluskan atau penjual ingkar terhadap terma di dalam SNP, deposit tersebut hendaklah dikembalikan oleh penjual kepada pembeli.

3. Rumah Lelong

  • Deposit 10% dibayar kepada Mahkamah atau Pejabat Tanah (bergantung dimanakah     lelongan dijalankan).
  • Deposit dibayar menggunakan bank draft sahaja atas nama bank yang melelong.
  • Deposit akan dikembalikan kepada pembida sekiranya bidaan tak berjaya.

4. Tanah Lot

  • Deposit 10% dibayar kepada Peguam.
  • Sekiranya tanah lot dah ada geran individu, Peguam akan lepaskan deposit kepada penjual dalam masa 7 hari daripada tarikh tandatangan SNP.
  • Sekiranya tanah lot belum ada geran individu, Peguam akan pegang deposit tersebut dan hanya akan dilepaskan kepada penjual setelah permohonan untuk pecah bahagi dan pengeluaran hakmilik individu diserahkan ke pejabat tanah untuk pendaftaran (bergantung kepada terma yang dipersetujui dalam SNP).

Implikasi jika membatalkan transaksi pembelian hartanah

1. Kerugian

Peminjam mengalami kerugian apabila penjual menetapkan syarat dalam perjanjian bahawa deposit tidak boleh dipulangkan semula setelah dibayar.

 2. Dikenakan penalti

Anda akan dikenakan kadar faedah (interest) sebanyak 7% jika terlewat membuat bayaran (Kadar biasa ialah 4%)

 3. Pembaziran masa

Banyak proses akan dibuat.

4. Kehilangan peluang

Nilai kelayakan pinjaman akan berkurangan.

 5. Menanggung kos-kos tidak langsung

Pemohon dikenakan bayaran kos perlindungan Takaful.

Contoh kes

Contoh 1:

Pemohon : Pn Azizah
Harga jualan : RM300 000
Jumlah Deposit : RM30 000 (10% dari harga rumah dan kena serahkan kepada pemaju/penjual setelah menandatangani S&P)
Pinjaman dipohon : sebanyak RM300 000

Rumusan : Apabila LPPSA sudah membuat bayaran, peguam akan mengembalikan bayaran RM30 000 kepada pembeli dan RM270 000 kepada pemaju/penjual.

Contoh 2:

Pemohon : Miss Lie
Harga jualan : RM300 000
Jumlah Deposit : RM30 000 (10% dari harga rumah dan kena serahkan kepada pemaju/penjual setelah menandatangani S&P)
Pinjaman dipohon : sebanyak RM270 000

Rumusan : Pemohon boleh menentukan jumlah pinjaman yang ingin dipohon samada ingin mengikut jumlah harta jualan atau jumlah pinjaman yang telah ditolak deposit.


Nota:

LPPSA(Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dahulu dikenali sebagai BPPP(Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan).

Bantulah kami dengan menghantar sms maklum balas anda kepada pihak admin.

Capture 1


PAUTAN

Slider not found

Kesimpulan

  • Penetapan harga deposit bergantung kepada kuasa penjual. Namun perjanjian asal tidak boleh diubah apabila sudah temerterai dalam perjanjian jual beli (S&P).
  • Peminjam boleh menentukan sama ada jumlah pinjaman yang ingin dipohon mengikut jumlah harta jualan atau jumlah pinjaman yang telah ditolak deposit.
  • Sila rujuk peguam yang dilantik jika terdapat sebarang permasaalahan.

Antara Senarai Soal Jawab:

DEPOSIT RUMAH>>
(klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.


Rujukan: Perunding pinjaman perumahan berpengalaman

Disediakan oleh: Irra Natasha Nasarudin/Politeknik Nilai Negeri Sembilan/Oktober 2014

Disemak Oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

downloadPerkhidmatan Kami di LPPSA (Version 1) Panduan
Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan
Pinjaman Perumahan Kedua Bahagian Pinjaman Perumahan

23 Responses to DEPOSIT RUMAH

  1. Annyss says:

    Sy nk tny…
    Sy ada beli rumah melalui agent dgn booking fee 6k, start 13/7 booking form di keluarkan & loan lulus 16/8 (dlm masa 23 hari bekerja tolak sabtu n ahad).. selepas loan lulus,owner hold & tak jadi jual atas alasan rumah dijual pasa orang lain.. bila sy demand owner byr pampasan 2kali ganda dr booking fee, owner hanya ckp pemprosesan loan sy melebihi 21 hari.. lo sudah sain, snp n lawyer blm sain..persoalan nyer
    1) sy serius buyer n confirm nak beli rumah tu tapi owner y x jadi jual
    2) owner sain booking form bermaksud die setuju utk jual rumah tersebut tetapi 2 minggu sblm loan sy lulus, org lain dh submit loan utk rumah yang sama
    3) sy demand compesation tp agent x bole buat ape2 ( nak fight kne gne lawyer)
    4) sy rasa teraniaya dan tertipu dgn agent n owner

    • admin says:

      Harap maaf puan, jika di dalam Letter Offer ada menyatakan yang sekiranya loan tidak lulus dalam masa 21 hari, owner boleh tidak membayar pampasan 2kali ganda kepada puan.

  2. Reen says:

    Salam utk 10% tu perlukn surat hitam putih kn jd sp yg kne sedia kn?peguam@ kne wt surat sendiri?

  3. hassan says:

    assalamuslaikum..saya ada soalan..harap admin dapat membantu dan menjawab pertanyaan saya..untuk pembelian rumah(subsale),,penjual meminta deposit 10% dari harga rumah rm180k…booking 3% manakala s&p 7%….saya nak tanya..jika semua urusan jual beli telah berjaya tanpa sebarang masalah dan kita telah memiliki rumah..adakah deposit bayaran tu kita akan dapat semula??

  4. ajib says:

    salam tuan…tumpang tanya….adakah bayaran deposit 10% tu dikenakan gst….

  5. ismail bin ahmad says:

    salam saya nak tanya pembeli sudah membayar 10 peratus deposit utk pembelian satu lot tanah ibu saya secara hibah tetapi setelah menandatangi suratcara pengisytiharan hibah pembeli memutuskan tidak dpt meneruskan pembelian..4 peratus dari wang deposit telah diberi pada broker..apakah status wang deposit tu adakah perlu dipulangkan semula..terima kasih..

    • admin says:

      Wsalam, pengikut pengetahuan saya, deposit hanya dipulangkan 3% kepada pembeli & 1% lagi dikira sebagai pampasan kepada penjual.

  6. khairul says:

    Salam..saya nak tanya..saya dah bayar duit pendahuluan utk look unit di satu condominium..tapi masih belum sign apa2 lagi..saya nak cancel sebab sales agent tak inform saya sepatutnya dapat discount 5% utk bumi..dia hanya inform saya dapat discount 9% sahaja..boleh ke saya dapat full refund atau ada penalti?tapi xsign apa2 lagi..

    • admin says:

      Salam.. refer perjanjian yang ditandatangan semasa serah deposit. Kebiasaannya tak ada penalti cuma deposit mungkin burn. Bergantung kpd perjanjian.

  7. Norlan says:

    Salam
    Pd bulan Dec 2016 yg lps kami berniat membeli sebuah rumah subsale dan membyar deposit 3% @ rm13,000 kpd ejen (namun tuan rumah mendesak ejen agar duit diberi kpd beliau). Namun beberapa perkara trlah berlaku dan tuan rumah tidak jadi menjual rumah tersebut kpd kami. Namun deposit rumah hanya dipulangkan sebanyak rm8000 selepas 3 bulan berlalu dan selebih rm5000 masih tidak dipulangkan walaupun kami meminta setiap hari. Apa yg perlu kami buat? Laporan polis? Dan apakah implikasi nya?
    Terima kasih

    • admin says:

      1. Rujuk perjanjian booking jika ada. Samada dalam perjanjian ada menyatakan mengenai pemulangan duit booking jika jual beli tidak dapat dilakukan.
      2. Jika punca kesalahan terletak atas penjual yang sengaja membatalkan jual beli, boleh buat laporan polis. (Rujuk perjanjian booking jika ada dinyatakan perkara berkaitan)
      3. Jika masalah pembatalan jual beli berpunca drpd pihak anda, sebaiknya bincang semula secara baik dgn pihak penjual dan agen.

  8. rina says:

    saya ingin bertanya..
    saya menyewa sebuah rumah flet..selapas 2 mnggu saya menerima surat dr bank mengata umah yg saya sewa ini sudah dilelong oleh pihak bank?tetapi tuan rumah mangatakan rumah dia tidak dilelong dan telah menambil sejumlah deposit rumah & sewa dr saya.
    perlu kah saya membayar sewa kepada dia?atau beurusan terus dgn pihak bank?

  9. mariam says:

    salam, saya nak bertanya, kalau nak beli rumah dengan kawan, perjanjian macam mana nak buat kalau nak balik pulangan deposit jika loan rumah tidak lepas untuk dibuat?

  10. Siti Ruhayah says:

    As salam, saya dan suami kakitangan kerajaan dan kami dapat Rumah Mampu Milik bernilai RM150,000. Pemaju minta kami deposit 10% dan kami minta pengurangan deposit daripada Pemaju kerana kebanyakan rakan-rakan hanya membayar RM1000, bukan deposit sebanyak 10% tetapi pemaju masih meminta kami untuk membayar deposit tersebut dan deposit tersebut perlu dibayar dahulu untuk mereka keluarkan maklumat kediaman (sebelum menandatangani SNP). Adakah perlu saya membayar deposit tersebut atau apa perlu kami lakukan? Harap pihak tuan dapat membantu.

  11. amylia zahra says:

    salam, dengan siapa saya perlu berurusan untuk menjelaskan deposit rumah dan berapa deposit yang perlu saya jelaskan jika harga rumah tersebut adalah rm370 500.

    • admin says:

      Wasalam, dengan pihak penjual. Bantuan urusan permohonan pinjaman perumahan, hubungi admin di 0176872668 (ieta)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *