PENILAIAN JPPH

Logo Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

 

Kepentingan Penilaian untuk pinjaman LPPSA

Agensi Kerajaan yang berkaitan PENILAIAN HARTA ialah Jabatan Penilaian dan         Perkhidmatan Harta atau dikenali  JPPH.

Peranan (JPPH) ialah  memberi perkhidmatan penilaian kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Perbendaharaan untuk :

  • Menentukan nilai pasaran harta tanah bagi maksud pinjaman perumahan dan insuran perlindungan.
  • Mengesahkan kemajuan kerja pembinaan rumah untuk maksud bayaran berperingkat
  • Mengesahkan kesiapan kerja tambahan/ubabhsuai untuk maksud bayaran berperingkat
  • Menentukan nilai pasaran harta tanah yang dibeli dengan pinjaman LPPSA bagi maksud Guaman Sivil (Perintah Jualan)JPPH tidak hanya menilai harta tanah tetapi menjalankan penilaian loji dan jentera.Selain itu ia juga boleh melaksanakan pengurusan harta tanah, perejenan harta tanah dan menjalankan kajian kemungkinan.Pada  lazimnya, pegawai JPPH perlu membuat lawat periksa ke atas sesuatu harta tanah sebelum nilaian harta tanah dikeluarkan.

panduan penilaian ke JPPH:

PENILAIAN

 

LPPSA akan meluluskan jumlah pinjaman berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh JPPH dan  tidak akan meluluskan jumlah pinjaman melebihi nilai yang dikeluarkan oleh JPPH.

Tidak dikenakan sebarang bayaran untuk membuat penilaian di JPPH. LPPSA tidak menerima laporan penilaian daripada pihak swasta. Sila rujuk link di bawah untuk contoh Borang bagi Laporan Penilaian Harta:

Borang 1 (Laporan Penilaian Harta)

PERMOHONAN LAPORAN PENILAIAN UNTUK PINJAMAN /PEMBIAYAAN JENIS I / II / III / IV / V / VI / VII

SURAT IRINGAN PENILAIAN

Contoh kes

    •   Contoh kes 1 :

Pemohon : Puan Irra
Kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA : RM 450,000
Jumlah pembiayaan dipohon : RM 420,000
Jumlah penilaian yang dikeluarkan oleh JPPH : RM 400,000
Rumusan : LPPSA hanya meluluskan pembiayaan Pn. Irra RM 400,000 sahaja. Pemohon dikehendaki mengisi borang Wang Beza dan menjelaskan baki RM 20,000 kepada penjual.

Jika pemohon tidak berpuas hati dengan nilaian yang telah dibuat oleh JPPH, pemohon boleh membuat rayuan ke JPPH melalui Bahagian Pinjaman Perumahan dengan memberi alasan yang munasabah.

    •   Contoh kes 2 :

Pemohon : Encik Fazrul
Kelayakan maksimum pembiayaan  LPPSA : RM 450,000
Jumlah pembiayaan dipohon : RM 420,000
Jumlah penilaian yang dikeluarkan oleh JPPH : RM 430,000

Rumusan : LPPSA tidak boleh meluluskan pembiayaan RM 430,000 kerana jumlah pinjaman En. Fazrul hanyalah RM 420,000.

jpph 1

Untuk menyemak status penilaian JPPH, anda boleh rujuk poster di bawah:

jpph

 

Contoh borang yang telah siap:

penilaian 4

Cara mengenalpasti market value rumah

Sebelum membeli rumah, dipasaran sekunder, sama ada menerusi sub-sale ataupun lelongan adalah amat penting untuk kita mengetahui harga pasaran sesebuah hartanah yang ingin kita beli.  Jika harga dibeli melebihi daripada harga pasaran, maka bersedialah untuk topup sejumlah duit untuk cover jumlah perbezaan antara nilai perlu dibayar kepada penjual dengan jumlah pinjaman diperolehi.

Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk mengetahui kadar harga pasaran di sesebuah kawasan, ini adalah beberapa cara yang kami gunakan mungkin ada yang anda boleh gunakan juga:

1. Semak di website

  • Carian melalui website property (Mudah.my, iproperty ,thinkproperty, etc.) ini yang paling awal kami buat untuk dapatkan roughly figures tetapi tidak boleh diambil 100% sebab banyak juga penjual yang menjual berganda daripada harga pasaran
  •  p/s : Jika Tuan/Puan nak dapatkan market value yang lebih tepat boleh download Laporan Pasaran Hartanah dari website JPPH yang dikeluarkan setiap suku tahun.  Disitu sudah dibahagikan ikut kawasan dan negeri tetapi bergantung kepada luas dan jenis rumah anda.

2. Wujud network dengan pihak bank/valuer

  • Peluang bertemu dengan Valuer sebolehnya jangan dilepaskan kerana bank akan appoint valuer untuk akan datang nilaikan rumah yang kita nak beli itu, jadi masa jumpa tu anda bolehlah minta number Valuer untuk rumah seterusnya, bila dah kenal dengan Valuer boleh anda call Valuer untuk survey market value.

3. Maklumat dari jiran

  • Mengenali jiran rumah juga sangat penting daripada mula kita survey rumah hingga kita sudah membeli dan menyewakan rumah itu. Kita memerlukan bantuan daripada jiran juga untuk bertanyakan mengenai survey rumah dan apabila kita kita sudah membeli rumah, kita masih perlukan jiran kita untuk bantu hebahkan rumah untuk disewa, pegang kunci rumah, siasat keadaan penyewa kita dll.

4. Submit dummy application di bank atau ambil borang (sambil bertanya)

  • Cara ini kami buat untuk rumah. Contohnya, ada sebuah rumah akan dilelong dengan harga 70k, kami submit Dummy Application untuk beli rumah dekat situ dengan meletakkan harga contohnya 90k, pihak bank dengan senang hati akan call valuer untuk dapatkan market value secara lisan sama ada harga itu boleh ‘terima’ atau tak selepas itu, kami diberitahu untuk unit kami itu harga sekitar RM80k-85k dari situ sudah tahu berapa harga kami nak bid.

5. Minta jurunilai bertauliah buat penilaian rasmi

  • Cara paling akhir kami buat itupun sebab syarat wajib untuk loan lulus sebab untuk urusan Valuer, ada kos dalam lebih kurang 400-600 bergantung macam mana anda berurus janji dengan valuer. Biasanya pihak bank akan ada panel Valuer sendiri, Valuer akan datang ke site untuk inspect keadaan hartanah. Apabila valuation sudah dibuat, maka diaorang akan bagi report yang menyatakan butiran-butiran hartanah antaranya lokasi, map, floor plan, harga jualan hartanah sekitar, gambar rumah, carian hak milik, sekatan dll.
  • Jika anda membeli rumah, penilaian adalah perkara WAJIB perlu dibuat. Jika membeli rumah dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) penilai adalah daripada pihak JPPH.
  • JPPH tidak akan memberi maklumat secara direct kepada peminjam harga rumah tersebut tetapi maklumat akan dihantar direct kepada ke LPPSA.

Kesimpulan

  • JPPH bertujuan menentukan nilai pasaran harta tanah bagi maksud pinjaman perumahan dan insuran perlindungan.
  • LPPSA akan meluluskan jumlah pinjaman berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh JPPH dan  tidak akan meluluskan jumlah pinjaman melebihi nilai yang dikeluarkan oleh JPPH.

contoh valuer yang di kenalpasti :

  • JS PROPERTY
  • IPC
  • JORDAN LEE & JAAFAR
  • HENRY BOUCHER
  • JB JURUNILAI BERSEKUTU
  • LEMBAGA PENILAI DAN PENTAKSIR MALAYSIA
  • JPHS PROPERTY MANAGEMENT
  • JYMS PROPERTIES SDN BHD
  • JUSTE LAND
  • JOYLAND PROPERTIES
  • YM PROPERTIES
  • ZEON PROPERTIES
  • ZENITH PROPERTIES
  • WEISE INTERNATIONAL PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD
  • WORLWIDE REALTY
  • VESTCOM REALTY
  • VIVAHOMES REALTY
  • UNIFEST PROPERTIES
  • URBAN REALTY
  • TA VALUERS SDN.BHD
  • THE ONE PROPERTY INTERNATIONAL SDN.BHD
  • REAL ESTATE FINDERS (MY) SDN.BHD
  • RAINE & HORNE INTERNATIONAL ZAKI + PARTNERS SDN.BHD
  • QAISER HARTA SDN.BHD
  • QO PROPERTIES SDN.BHD
  • PA INTERNATIONAL PROPERTY CONSULTANTS SDN.BHD
  • PH REAL ESTATE
  • ONE GLOBAL PROPERTIES
  • ORIENTAL REALTY
  • NB VALUER
  • NILAI HARTA CONSULTANT SDN.BHD
  • MACREAL INTERNATIONAL
  • MEGA HARTA REAL ESTATE SDN.BHD
  • LANDMARK PROPERTY MANAGERS
  • LANDSERVE SDN.BHD
  • KGV INTERNATIONAL PROPERTY CONSULTANTS (AGENCY) SDN.BHD
  • KHONG & JAAFAR (REAL ESTATE) SDN.BHD
  • IM GLOBAL PROPERTY CONSULTANTS SDN.BHD
  • INTRA HARTA CONSULTANTS SDN.BHD
  • HALLMARK REALTY
  • HARTAMAS REAL ESTATE SDN.BHD
  • GATHER PROPERTIES SDN.BHD
  • GOLDVEST REALTY
  • FADZILAH & FIKRI SDN.BHD
  • FAIRDEAL REALTY
  • ELEGANT PROPERTIES
  • ELITE PROPERTIES
  • DF REALTY SDN.BHD
  • DL REAL ESTATE
  • CAPITAL REALTY
  • CASA REALTY
  • BAHARI & CO
  • BERNARD REALTY
  • A MUST GROUP
  • ACCESS PROPERTY
  • FOREX TRADER

Faktor yang mempengaruhi nilai rumah Meningkat:

  • Tempat yang strategik kerana banyak bangunan dibangunkan dan mempengaruhi persekitaran yang selesa
  • Pengubahsuaian(Renovation) rumah
  • Kawasan perumahan yang mempunyai banyak kemudahan awan seperti klinik, surau, kedai runcit, kawasan rekreasi dan lain lain

Faktor yang mempengaruhi nilai rumah Menurun:

  • Tempat yang tidak strategik
  • Kawasan rumah tiada banyak kemudahan seperti perhentian bas, kedai runcit, klinik, surau dan lain lain
  • Pencemaran yang berlarutan kerana terdapat pembukaan kawasan pelupusan sampah yang baru, bauksit, pembukaan kilang telah mencemarkan kawasan perumahan seperti mengeluarkan asap dari kilang

Nota:

BPPP (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan) kini dikenali sebagai LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)

Bantulah kami menjayakan website kami. Kerjasama anda amat kami hargai.

new poster


PAUTAN

Slider not found

Antara Senarai Soal Jawab:

PENILAIAN JPPH>>
(klik link di atas)


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.


Rujukan:

  1. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
  2. Perunding pinjaman perumahan berpengalaman
  3. Pekeliling LPPSA 2016

Disediakan oleh: Muhammad Fazrul Faiz b Razak/Multimedia College/Oktober2014

Dikemaskini oleh: Mimi Farina Binti Rozmin / KUIM / Januari2016

Disemak Oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

 http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-et/
http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

download

Perkhidmatan Kami di LPPSA (Version 2) Panduan
Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)
Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan
Pinjaman Perumahan Kedua Lembaga  Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

14 Responses to PENILAIAN JPPH

  1. MOHD NAJIB says:

    saya telah hntr borang permohonan sendiri ke lppsa dan terima akuan..saya mohon Jenis 3.lps 3 hari permohonan saya kuiri sbb tiada penilaian drpd penilaian harta..APA tindakan sy seterusnya

    • admin says:

      Jenis 3 sememangnya tidak perlu penilaian JPPH. Minta pihak peguam hubungi pihak LPPSA untuk pengesahan tersebut. 0388801600

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *