TAKAFUL IKHLAS

Logo Takaful Ikhlas

Kenapa saya memilih TAKAFUL IKHLAS ?

IKHLAS Skim Takaful Gadaijanji

Produk ini memberi perlindungan ke atas Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh kepada Peserta (yang merupakan peminjam) bagi jumlah baki pembiayaan yang disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Sekiranya berlaku kematian dan keilatan kekal dan menyeluruh, IKHLAS Takaful Gadai Janji akan melangsaikan amaun pembiayaan yang belum dijelaskan. Apabila musibah menimpa, IKHLAS Takaful Gadai Janji dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan dan waris tidak perlu menanggung baki hutang atau menjual kediaman yang dicagarkan bagi menjelaskan baki hutang.

Kenapa IKHLAS Takaful Gadai Janji? Ciri-ciri Istimewa

  1. Manfaat Kematian akibat penyakit dan kemalangan. (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’).
  2. Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan (TPD). (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’).
  3. Manfaat Khairat Kematian (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’
    • RM1,000 untuk perlindungan di bawah RM56,000.
    • RM2,000 untuk perlindungan RM56,000 ke atas.
  4. Manfaat Pra Keilatan Kekal dan Menyeluruh (Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’) – Setelah mendapat ketetapan doktor bertauliah berhubung dengan TPD, Takaful IKHLAS akan ‘mengambilalih’ pembayaran pembiayaan bulanan kepada BPP selama enam bulan.
  5. Manfaat Serahan Awal (Manfaat Takaful ini tidak dijamin) – Jumlah wang terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi apabila peserta melangsaikan pembiayaan (early settlement).
  6. Manfaat Matang (Manfaat Takaful ini tidak dijamin). Jumlah wang terkumpul dari Akaun – Pelaburan Risiko Peribadi apabila tamat tempoh pembayaran pembiayaan.
  7. Penerimaan automatik sehingga RM550,000.00 tanpa memerlukan sebarang pemeriksaan perubatan dan pengakuan kesihatan.

Keunikan Model Takaful IKHLAS:

  • Pulangan optimum kepada peserta berdasarkan kaedah ‘compounding effect’ dalam pelaburan.
  • Keuntungan pelaburan akan diagih-agihkan 100% kepada kesemua peserta setelah ditolak caj pentadbiran dari keuntungan yang diperolehi.
  • Peserta berpeluang berkongsi lebihan (surplus) dari akaun tabungan risiko setelah diambilkira manfaat kepada peserta yang ditimpa musibah.

Perkhidmatan Berkualiti:

  • Menjanjikan pembayaran tuntutan yang cepat – tidak melebihi sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap.
  • Pembayaran tuntutan Khairat Kematian dalam tempoh 24 jam setelah menerima Sijil Kematian atau Permit Pengkuburan.

Pengecualian:

Pengecualian Ke Atas Manfaat Kematian Jika Peserta, samada waras atau tidak, cuba untuk membunuh diri, meninggal dunia disebabkan virus HIV atau AIDS atau penyakit yang disebarkan secara seksual.

Pengecualian Ke Atas Manfaat Keilatan Kekal Dan Menyeluruh

Kontrak tambahan ini tidak akan memberi perlindungan ke atas sebarang keilatan disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian, dari mana-mana satu kejadian yang berikut:-

  1. Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke atasnya samada di dalam keadaan siuman atau tidak; atau
  2. Perkhidmatan ketenteraan atau tentera laut pada waktu perang yang diisytiharkan atau tidak, atau di bawah arahan bagi operasi pra peperangan atau pemulihan perintah awam; atau
  3. Memasuki, mengendali, menyelenggarakan atau menuruni dari atau dengan sebarang perkhidmatan atau pengangkutan udara melainkan semasa Peserta berada di dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Komersial dengan jadual penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah ditetapkan; atau
  4. Jika Peserta didapati dijangkiti oleh virus HIV atau AIDS atau penyakit yang disebarkan secara seksual; atau
  5. Semasa Peserta berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah selain dari yang telah dibenarkan oleh Pengamal Perubatan yang berdaftar; atau
  6. Jika Peserta mengambil bahagian dalam mana-mana rusuhan atau melakukan kesalahan jenayah; atau
  7. Jika Peserta didapati terlibat di dalam aktiviti-aktiviti penganas, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kuasa atau keganasan ataupun ancaman/ugutan kepada orang atau sekumpulan orang, sama ada tindakan perseorangan atau mewakili organisasi atau kerajaan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau atas tujuan yang sama untuk menarik perhatian dan mempengaruhi kerajaan untuk meletakkan orang awam atau mana-mana kawasan dalam ketakutan; atau

IKHLAS Pemilik Rumah

IKHLAS TAKAFUL PEMILIK RUMAH menyediakan perlindungan komprehensif untuk kediaman anda dan/atau termasuk isi kandungannya. Anda juga beroleh ketenangan fikiran memandangkan harta anda dilindungi sepenuhnya.

Kenapa IKHLAS Takaful Pemilik Rumah?

Perlindungan Harta Penerima biaya /Peserta

  1. Kebakaran, kilat, halilintar.
  2. Letupan tong gas domestik.
  3. Kerosakan akibat pesawat udara.
  4. Pelanggaran/ hentaman oleh kenderaan luar.
  5. Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali :
    • RM50.00 yang pertama.
    • Sekiranya berlaku semasa rumah tidak dilengkapi perabot.
    • Kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri.
  6. Kerosakan akibat pencerobohan.
  7. Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut kecuali kerosakan bidai dan sengkuap.
  8. Gempa bumi dan letupan gunung berapi.
  9. Banjir.
  10. Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaikpulih.
  11. Tangungan awam (Public Liability) ke atas harta benda dan kecederaan tubuh badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000.00 akibat kemalangan di dalam kawasan rumah.

Pengecualian:

  1. Peperangan, pemberontakan, rusuhan.
  2. Arahan pengambilalihan atau pemusnahan di atas perintah kerajaan atau penguasa tempatan.
  3. Kebocoran peralatan nuklear yang menyebabkan pencemaran radioaktif.
  4. Pemendapan tanah dan tanah runtuh.

 

 

 

Slide5bpp-promosi_gadaijanji_risalahSaya memilih TAKAFUL IKHLAS kerana TAKAFUL IKHLAS boleh membantu saya, keluarga dan kediaman saya jika mengalami musibah atau bencana. Lindungilah diri anda dengan insurans kerana kadar sumbangan berpatutan dan menepati kehendak syarak.


*PENAFIAN:

MOHD ELAM & PARTNER MANAGEMENT SERVICES tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.  Artikel ini adalah sekadar panduan kasar yang berdasarkan senarai rujukan dibawah.  Jika ada percanggahan, rujukan maklumat adalah mengikut agensi yang berkaitan.  Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.

Sumber

Disediakan oleh: Maziah bt Mahat (3 Julai 2014)

Disemak Oleh: Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.

  • “Saya kakitangan kerajaan, macam mane hendak memilih peguam untuk membantu saya membeli rumah terpakai (secondhand house).”  Ramai yang bertanya persoalan ini. Apakah kepentingan peguam dalam proses pinjaman anda. Jawapannya ada di link ini ! PANDUAN 3 : Pemilihan Peguam
  • Kepentingan pewaris/penama dalam pinjaman atau insurans. Perlu lebih maklumat tentang penama atau pewaris?? Klik di sini! PANDUAN 10 : Penama/waris
  • Anda buntu memilih Insurans /Takaful yang sesuai untuk membuat pinjaman perumahan ?? Pilih dan klik di sini

 http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-et/

 http://mohdelam.com/mortgage/insurans/pilih-tm/


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui tentang perkhidmatan yang kami tawarkan..

download

Perkhidmatan Kami di BPPP (Version 2) Panduan

Permohonan Pinjaman Perumahan (SPPB)

Pemilihan Peguam : Pinjaman Perumahan  Perbendaharaan

Pinjaman Perumahan Kedua Bahagian Pinjaman Perumahan

 

Disediakan oleh : Maziah bt Mahat (3 Julai 2014)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *