GADAI JANJI

Takaful Gadai Janji (Mortgage)

Pemohon diwajibkan mengambil Polisi Perlindungan Gadai Janji dan Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Kediaman daripada panel syarikat insurans/ takaful yang dilantik oleh Lembaga. Premium insurans/ takaful merupakan tambahan pembiayaan dan tidak termasuk dalam kelayakan maksimum pembiayaan.

Insurans/ Takaful Perlindungan Gadai Janji berkuat kuasa mulai daripada tarikh kelulusan pembiayaan tertakluk kepada peminjam telah mengembalikan Surat Setuju Terima pembiayaan (Borang E) dan disahkan penerimaannya oleh Lembaga. Insurans/ Takaful Perlindungan Pemilikan Rumah Kediaman berkuat kuasa daripada tarikh pengeluaran bayaran sekurang-kurangnya 95% oleh Lembaga.

Takaful gadai janji adalah pelan takaful keluarga yang melindungi pembiaya perumahan berdasarkan tempoh pembiayaan LPPSA yang telah aktif. Skim ini dikenali sebagai Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), namun istilah konvensional adalah Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA).

Pembiaya hanya perlu mencarum sekali sahaja bagi takaful gadai janji apabila mengambil pembiayaan perumahan LPPSA. Kadar caruman bergantung kepada umur peminjam, jumlah pembiayaan, kadar keuntungan dan tempoh pembiayaan tersebut.

Penangguhan bayaran balik pembiayaan perlu dilindungi Insurans/ Takaful Gadai Janji dan Pemilikan Rumah Kediaman yang perlu dibayar sendiri oleh peminjam kepada panel insurans/ takaful.

Peminjam digalakkan mengambil tambahan insurans/ takaful secara sendiri bagi perlindungan rumah kediaman untuk menampung kenaikan nilai hartanah dari semasa ke semasa. Secara amnya, takaful gadai janji melindungi individu atau peminjam.

Ciri-ciri Pelan Takaful Gadai Janji LPPSA

ciri-ciri pelan takaful gadai janji

Antara perlindungan yang diberi:

  1. Kematian
  • Manfaat kematian diperoleh apabila peminjam meninggal dunia.
  • Manfaat kematian = Jumlah Asas dilindungi yang dikurangkan + ADS (lebihan agihan terkumpul).
  • Manfaat khairat kematian juga dibayar kepada waris bagi tujuan perbelanjaan pengebumian. Sekiranya hutang dilunaskan lebih awal dari tamatnya tempoh takaful, ia ditamatkan dengan pengembalian caruman belum digunakan ditolak kos dikenakan.
  • Kaedah tuntutan pampasan kematian: √Waris perlu mengemukakan sijil kematian yang telah disahkan oleh orang yang bertauliah seperti daripada Jabatan Hospital, Polis atau yang setaraf dengannya.
    √Bahagian Pinjaman Perumahan akan menguruskan segala tuntutan tersebut daripada panel insurans yang menjadi pilihan peserta di dalam borang permohonannya seperti Etiqa Takaful Berhad, CIMB Aviva Takaful, HSBC Amanah Takaful dan lain – lain lagi.
    √Panel insurans pula akan menyerahkan Khairat Kematian kepada waris sebagai sumbangan ikhlas dan membantu meringankan beban keluarga si mati.
    √Pampasan daripada panel insurans akan diserahkan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dan akan digunakan untuk membayar baki pinjaman.
  1. Keilatan kekal

Keilatan kekal di definisikan sebagai kecederaan atau kecacatan yang menghalang peserta bekerja atau mendapatkan pekerjaan yang mendatangkan upah, gaji atau yang berupa pendapatan. Jenis kecacatan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

  • Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan sepenuh penglihatan dikedua-dua belah mata atau
  • Kehilangan keseluruhan kedua-dua belah tangan pada atau di atas paras
  • pergelangan tangan atau
  • Kehilangan keseluruhan kedua-dua belah kaki pada atau di atas paras buku lali atau
  • Kehilangan keseluruhan sebelah tangan pada atau di atas paras pergelangan tangan dan keseluruhan sebelah kaki pada atau di atas paras buku lali atau
  • Kehilangan penglihatan yang tidak dapat dipulihkan pada sebelah mata dan kehilangan keseluruhan sebelah anggota tangan atau kaki pada atau di atas paras pergelangan tangan atau buku lali.
  • Peserta tidak akan mendapat pampasan jika sekiranya keilatannya berpunca daripada:√Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, perang saudara, pemberontakkan dan rampasan
    √Cubaan membunuh diri atau pengambilan minuman
    √Penerbangan bukan komersial
    √Kegiatan nuklear
    √HIV/ AIDS atau penyakit yang berkaitan dengannya
    √Kegiatan dasar laut
    √Keilatan telah berlaku sebelum perlindungan berkuatkuasa

Kelebihan 

Jumlah perlindungan menurun mengikut jadual manfaat berkurangan. Ianya bergantung kepada:

  • Kadar keuntungan
  • Jumlah pinjaman asal
  • Tempoh pinjaman
  • Tempoh penangguhan

Peminjam perlu mengemukakan:

  • Laporan doktor mengenai penyakit yang dihidapi oleh Peserta.
  • Surat dari Ketua Jabatan mengenai kesihatan dan kedudukan Peserta di dalam jawatannya.
  • Laporan dari Lembaga Perubatan kerajaan yang ditauliahkan.

Atau dengan istilah lain, syarikat akan menyelesaikan hutang bayar bulan-bulan dan rumah tersebut akan menjadi hak milik waris.


Apakah perbezaan MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT?

Untuk pengetahuan anda semua MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT merupakan asas Gadai Janji ataupun insurans untuk melindungi loan rumah anda iaitu perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi biaya (bank) dan juga pembiaya (pembeli rumah). Sekiranya pihak pembiaya tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia ataupun hilang upaya kekal.  Perkara ini hampir sama tetapi anda perlu faham ianya tidak serupa seperti:

√MLTT – Mortgage Level Term Takaful
√MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
√MLTA – Mortgage Level Term Assurance
√MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

mrtt 1

Nota:
Assurance – Konvensional
Takaful – Perlindungan patuh syariah
Level: Jumlah perlindungan berkadar rata atau sama disepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa
Reducing: Jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman disepanjang tempoh perlindungan

Perbezaan MLTA/MLTT & MRTA/MRTT

mrtt2

Nota: Tidak termasuk tunggakan bulan sebelum peminjam meninggal.

Contoh Quotation Takaful Ikhlas Untuk Takaful Gadai Janji Dan Pemilik Rumah

Contoh kelulusan untuk gadai janji dan pemilik rumah: Kelulusan.pdf


Untuk makluman anda kami masih lagi dalam proses pengubahsuaian laman web ini, jadi pihak kami amat mengalu-alukan cadangan atau idea yang bernas untuk mempertingkatkan   lagi laman web kami ini agar mudah difahami oleh semua pihak.

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi careline kami di talian 019-6692728

Sumber:

  1. Buku Panduan Asas Takaful, IBFIM, 2009.
  2. http://www.insuranceinfo.com.my/_system/media/downloadables/takaful_empunya_rumah.pdf
  3. http://www.bankislam.com.my/bm/Pages/LongTermHouseownersTakaful.aspx
  4. http://www.bankislam.com.my/home/ms/perbankan-peribadi/pengurusan-kekayaan/bancatakaful/pelan-takaful-pemilik-rumah-kediaman-jangka-panjang-ltht/

Disediakan oleh: Nurul Syafiqah bt Ab Latip / UITM Shah Alam / Selangor / Sept2015

Disemak Oleh ;

Mohd Elam Bin Mohamed


Kami mengalu-alukan kunjungan anda, sila klik link-link panduan di bawah :

Link-link yang berkaitan dan mungkin dapat membantu anda menyelesaikan persoalan -persoalan yang bermain di minda anda  dan mungkin memberi lebih maklumat kepada anda.


Anda boleh klik link youtube di bawah untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan perkhidmatan yang kami tawarkan:


4 Responses to GADAI JANJI

  1. SHANI says:

    Kalau dah peroleh kad oku, boleh ke claim mrta tanpa medical report?

  2. roswati ibrahim says:

    Saya ingin membuat pinjaman perumahan kerajaan, ingin mengetahui skim takaful mana kah yang terbaik antara takaful iklas dan takaful Malaysia.

    • Elam says:

      Roswati Ibrahim : Jawapan ringkas bagi saya….semuanya adalah baik…tetapi sukar bagi saya untuk menjawab soalan secara terbuka, adalah lebih baik puan hubungi hp saya untuk saya perincikan. Team kami sedia membantu jika menghadapi masalah mengisi borang online/SPPB serta pemeriksaan dokument sebelum hantar ke BPPP. Semuanya adalah PERCUMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *