INSURANS

Setiap polisi Etiqa Takaful yang diambil melalui Skim Pinjaman Perumahan dan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam memiliki 2 polisi iaitu Takaful Gadai Janji dan Takaful Pemilik Rumah. Maklumat ini diambil dari risalah Etiqa Takaful dan Taklimat Skim Pinjaman / Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dan jika ada percanggahan rujukan muktamad adalah pada polisi dokumen.

Maklumat lanjut adalah di subpages:

GADAI JANJI
PEMILIK RUMAH KEDIAMAN
ETIQA TAKAFUL
TAKAFUL MALAYSIA
TAKAFUL IKHLAS

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi careline kami di 0196692728

2 Responses to INSURANS

  1. black says:

    assalamualaikum ? saya bru kematian ayah , ayah saya ada tinggalkn sebuah rumah , boleh saya tahu bagaimana saya nk jelaskan pembayaran rumah beliau ??? adakah saya perlu bayar 100% atau 50% , arwah beli rumah tu pakai 2 name , name kedua name isteri . apakah mksud MRTA ?

    • Elam says:

      PANDUAN KEPADA JABATAN / WARIS-WARIS PENJAWAT AWAM YANG MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

      Ketua Jabatan perlu dengan serta-merta melaporkan kematian anggotanya kepada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dengan mengemukakan Borang Lampiran II dan salinan sijil kematian yang telah disahkan oleh Pengeluar Sijil/Polis/ Ketua Jabatan.

      Atau;

      Waris/balu juga boleh bertindak menghantar satu salinan sijil kematian yang telah disahkan oleh Pengeluar Sijil/Polis/Ketua Jabatan ke BPP secepat mungkin dengan menyatakan nama penuh waris/balu, alamat dan no. telefon yang terkini untuk dihubungi.

      Ini bagi membolehkan BPP menguruskan tuntutan pampasan insurans/takaful dari Syarikat Insurans/Takaful.

      Satu notis pemberitahuan akan dikeluarkan oleh BPP kepada waris/balu/jabatan bagi memaklumkan status akhir kedudukan Akaun Pinjaman samada berbaki debit/kredit setelah amaun pampasan disahkan diterima oleh BPP.

      Di dalam kes di mana didapati pinjaman masih berbaki debit selepas ditolak insurans yang diterima, waris/balu perlu menjelaskan baki debit tersebut sebelum BPP memulangkan dokumen hakmilik.

      Sementara itu, waris/balu juga dinasihatkan untuk terus menghubungi Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi atau melantik peguam bagi urusan mendapatkan surat pentadbiran pusaka tanpa menunggu notis pemberitahuan BPP memandangkan tempoh pengeluaran dokumen tersebut juga memakan masa.

      BPP hanya akan memulangkan semula geran dan lebihan kredit (jika ada) setelah pihak waris/balu/jabatan menyerahkan salah satu salinan surat pentadbiran pusaka seperti berikut;-

      ( i ) Surat Perintah Pembahagian Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil,1985 sekiranya harta bernilai kurang dari RM2,000,000/-; atau

      ( ii ) Surat Perintah Mahkamah bagi harta bernilai atau lebih RM2,000,000/-; atau

      ( iii) Surat Kuasa Pentadbiran (Letter Of Administration) yang dikeluarkan oleh pegawai Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi; atau

      ( iv ) Surat Kuasa (Grant Of Probate) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

      Salinan surat tersebut hendaklah disahkan oleh pegawai Pejabat Tanah/ Mahkamah berkenaan sebelum diserahkan ke BPP.

      Waris/balu juga dinasihatkan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Pencen (JPA-Pencen) bagi urusan pencen terbitan sekiranya berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *