JENIS 4 – S&P DUA PENAMA/SEKUNDER

(Borang SPPSA@SPPSAi /S&P 2 Penama/ Sekunder)

Berikut adalah contoh borang permohonan online dan dokumen yang berkaitan. pdf downloader

 Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi
Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.

No Senarai Dokumen

1

Surat iringan dari ketua jabatan.

2

Borang permohonan online SPPB.

-(Akuan pemilihan insuran/takaful).

-(Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pinjaman(Borang 2)).

3

Salinan kad pengenalan awam / tentera / polis yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

4

Salinan sijil nikah yang telah disahkan oleh ketua jabatan (jika S&P ada nama pasangan).

5

Salinan slip gaji asal terkini yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

6

Salinan surat pengesahan jawatan berpencen yang disahkan oleh ketua jabatan(sekiranya slip gaji ada potongan KWSP).

7

Surat tawaran perlantikan @ pengesahan perlantikan @ pengesahan dalam perkhidmatan.

8

Borang 6 – Jika beli harta masih mempunyai hutang bank @ kerajaan.

9

Borang 7 – Persetujuan untuk menggadaikan sebahagian yang tidak dipecahkan diatas tanah/petak kepada kerajaan oleh bukan pemohon.

10

Surat pengesahan keupayaan menjelaskan wang beza(jika pinjaman kurang dari jumlah belian).

11

Salinan geran yang telah disahkan / geran hakmilik sementara / pelan tanah (5EK @ 5BK @ 5DK @ 11BK).

12

Borang 3 – Akujanji & Perakuan Pemegang Pertaruhan (Peguam) / HDA Pemaju & Peguam.

13

Borang 1- Borang penilaian harta mestilah dihantar bersama-sama salinan S&P dan salinan geran ke JPPH yang berdekatan dengan lokasi harta, anda juga hendaklah melampirkan “acknowledgment” sebagai bukti penyerahan ke kaunter JPPH.

14

Surat penyata baki hutang 6 bulan kehadapan- Jika beli harta masih mempunyai hutang bank @ kerajaan @ intitusi kewangan yang lain.

15

Surat kebenaran mencagar / menggadai atau KEBENARAN PINDAHMILIK dari pihak berkuasa negeri tertakluk jika ada sekatan kepentingan di geran.

16

Salinan perjanjian jual beli(S&P) – setem hasil perlulah dimatikan.

Nota / Panduan :

i) S&P – Sales & Purchase Agreement (Perjanjian jual beli).
ii) JPPH – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
iii)

Borang 3A  – Akujanji peguam (Kes assignment).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang belum
mempunyai hakmilik individu/strata daripada pemaju
(Penyerahan hak).

iv) Borang 3B – Akujanji peguam (Kes gadaian)
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang
mempunyai hakmilik individu/strata(gadaian) @ jika
membeli hartanah lelongan LPPSA.
v) Borang 3C – Akujanji peguam (Ubahsuai assignment).
vi) Borang 3D – Akujanji peguam (Ubahsuai gadaian).

Untuk maklumat tuan/puan contoh-contoh dokumen diatas adalah dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).  Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu dan memudahkan urusan pinjaman tuan/puan. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang lengkap anda boleh layari laman web LPPSA.


Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi di talian Careline kami 019 – 669 2728.

Kemaskini:

  • 31 Aug 2012 / Nur Azilah Zulkefli / UKM
  • 31 Dec 2012 / Nor Azlia/ Poli Melaka
  • 3 Feb 2014 / Nurfitrah Hidayah Zakaria / Polisas Pahang
  • 13 April 2015/ Ainul Mardhiah Binti Mohd Nazri/Unisza

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *