JENIS 4 – SINGLE LOAN

(SPPSA@SPPSAi / Single loan)

Berikut adalah contoh borang permohonan online dan dokumen yang berkaitan. pdf downloader

Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi
Membeli tanah dengan tujuan membina rumah. 

No.

Senarai Dokumen

1

Surat iringan dari Ketua Jabatan.

2

Borang permohonan online SPPB.

-Akaun pemilihan insuran/takaful.

-Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pinjaman(Borang 2)).

3

Salinan kad pengenalan awam @ tentera @ polis yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

4

Penyata gaji asal terkini yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

5

Salinan surat pengesahan jawatan berpencen / Salinan surat tawaran perlantikan @ pengesahan perlantikan  @ pengesahan dalam perkhidmatan yang disahkan oleh ketua jabatan.

6

Borang 6 – Jika beli harta masih ada hutang bank/kerajaan.

7

Surat pengesahan keupayaan menjelaskan wang beza – Jika loan kurang dari nilai harta.

8

Salinan geran hakmilik sementara yang telah disahkan & Pelan tanah (5EK @ 5BK @ 5DK @ 11BK).

9

Borang 3 – Akujanji & Perakuan Pemegang Pertaruhan (Peguam) / HDA Pemaju & Peguam.

10

Borang 1- Borang penilaian harta mestilah dihantar bersama-sama salinan S&P dan salinan geran ke JPPH yang berdekatan dengan lokasi harta, anda juga hendaklah melampirkan “acknowledgment” sebagai bukti penyerahan ke kaunter JPPH.

11

Salinan perjanjian jual beli (S&P) bersama kontraktor – setem hasil perlulah dimatikan.

12

Surat kebenaran mencagar / menggadai atau KEBENARAN PINDAHMILIK dari pihak berkuasa negeri tertakluk jika ada sekatan kepentingan di geran.

Nota / Panduan :
i) S&P – Sales & Purchase Agreement (Perjanjian jual beli).
ii) JPPH – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
iii) SPPSA – Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
iv)

Borang 3A  – Akujanji peguam (Kes assignment).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang belum mempunyai hakmilik individu/strata daripada pemaju (Penyerahan hak).

v) Borang 3B – Akujanji peguam (Kes gadaian).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang mempunyai hakmilik individu/strata(gadaian) @ jika membeli hartanah lelongan BPPP.
vi) Borang 3C – Akujanji peguam (Ubahsuai assignment).
vii) Borang 3D – Akujanji peguam (Ubahsuai gadaian).

Untuk maklumat tuan/puan contoh-contoh dokumen diatas adalah dokumen asal yang telah dihantar ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).  Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu dan memudahkan urusan pinjaman tuan/puan. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang lengkap anda boleh layari laman web LPPSA di http://www.lppsa.gov.my/v1/

Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi di talian Careline kami 019 – 669 2728.

                              Updated :31 Aug 2012 / Nur Azilah Zulkefli / UKM

                                19 Jan 2013 / Nor Azlia bt.Karim / Poli Melaka

                                3 Feb 2014 / Nurfitrah Hidayah Zakaria / Polisas Pahang

Disemak oleh :

Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *