JENIS 6 – SINGLE LOAN

(Jenis pinjaman ke-6 / SPPSA@SPPSAi / Single loan / Pembelian dengan individu)

Berikut adalah contoh borang permohonan online dan dokumen yang berkaitan.Pdf.downloader

Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi

Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan. 

No.

Senarai Dokumen

1

Surat iringan dari Ketua Jabatan.

2

Borang permohonan online SPPB.

-Akaun pemilihan insuran/takaful.

-Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pinjaman(Borang 2)).

3

Salinan kad pengenalan awam @ tentera @ polis yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

4

Salinan sijil nikah yang telah disahkan oleh ketua jabatan – (Jika S&P ada nama pasangan).

5

Penyata gaji asal terkini yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

6

Salinan surat pengesahan jawatan berpencen (sekiranya slip gaji ada potongan KWSP) @ surat tawaran perlantikan @ pengesahan perlantikan @ pengesahan dalam perkhidmatan yang disahkan oleh ketua jabatan.

7

Surat pengesahan keupayaan menjelaskan wang beza – Jika loan kurang dari nilai harta.

8

Borang 5EK @ 5BK @ 5DK @ 11BK – Salinan geran hakmilik sementara & pelan tanah.

9

Salinan SSM lesen kontraktor / CIDB yang belum tamat tempoh dan disahkan oleh peguam.

10

Salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh PBT sebelum tamat tempoh (12 bulan).

11

Borang 9 – Senarai sebutharga dengan kos item & kerja ubahsuai/bina rumah.

12

Borang 3 – Akujanji & Perakuan Pemegang Pertaruhan (Peguam) / HDA Pemaju & Peguam.

13

Borang 1- Borang penilaian harta mestilah dihantar bersama-sama salinan S&P dan salinan geran ke JPPH yang berdekatan dengan lokasi harta, anda juga hendaklah melampirkan “acknowledgment” sebagai bukti penyerahan ke kaunter JPPH.

14

Surat Kebenaran mencagar/menggadai atau KEBENARAN PINDAH MILIK dari pihak berkuasa negeri tertakluk jika ada sekatan kepentingan.

15

Salinan perjanjian jual beli (S&P) – Setem hasil perlu di matikan.

Nota / Panduan :

i) S&P – Sales & Purchase Agreement (Perjanjian jual beli).
ii) JPPH – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
iii) SPPSAi – Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Islamik.
iv)

Borang 3A  – Akujanji peguam (Kes assignment).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang belum mempunyai hakmilik individu/strata daripada pemaju (Penyerahan hak).

v) Borang 3B – Akujanji peguam (Kes gadaian).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang mempunyai hakmilik individu/strata(gadaian) @ jika membeli hartanah lelongan LPPSA.
vi) Borang 3C – Akujanji peguam (Ubahsuai assignment).
vii) Borang 3D – Akujanji peguam (Ubahsuai gadaian).

Untuk maklumat tuan/puan contoh-contoh dokumen diatas adalah dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).  Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu dan memudahkan urusan pinjaman tuan/puan. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang lengkap anda boleh layari laman web LPPSA di http://www.lppsa.gov.my/v1/.

Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi di talian Careline kami 019 – 669 2728.

Updated :Aug 2012/Hazirah Binti Abdul Ghani/UKM

1 Feb 2013 / Nor Azlia bt.Karim / Poli Melaka

4 Sept 2013/ Afiqah binti Ali/ UUM

3 Feb 2014 / Nadzirah / UiTM Bandaraya Melaka

13  APRIL 2015/ Ainul Mardhiah/Unisza

 

Disemak oleh :

Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *