JENIS 2 – SINGLE LOAN

(Jenis pinjaman kedua / SPPSA@SPPSAi / Single loan / pembelian dengan pemaju )

Berikut adalah contoh borang permohonan online dan dokumen yang berkaitan.

 Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi
Membina rumah atas tanah sendiri

No

Senarai Dokumen

1

Surat iringan dari Ketua Jabatan.

2

Borang permohonan online SPPB.

-Akaun pemilihan insuran/takaful.

-Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pinjaman(borang 2).

3

Salinan kad pengenalan awam @ tentera @ polis yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

4

Penyata gaji asal terkini yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

5

Salinan surat pengesahan jawatan berpencen / salinan surat tawaran perlantikan @ pengesahan @ pengesahan dalam perkhidmatan yang disahkan oleh ketua jabatan.

6

Surat pengesahan keupayaan menjelaskan wang beza (jika loan kurang dari jumlah belian).

7

Salinan lesen kontraktor / pendaftaran CIDB yang disahkan oleh peguam.

8

Salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan & sebelum tamat tempoh 12 bulan.

9

Borang 9 – Senarai sebut harga dengan kos item & kerja membina rumah.

10

Salinan pelan tanah yang telah disahkan oleh ketua jabatan @ yang berkenaan.

11

Borang 3 – Akujanji & Perakuan Pemegang Pertaruhan (Peguam) / HDA Pemaju & Peguam

12

Borang 1- Borang penilaian harta mestilah dihantar bersama-sama salinan S&P dan salinan geran ke JPPH yang berdekatan dengan lokasi harta, anda juga hendaklah melampirkan “acknowledgment” sebagai bukti penyerahan ke kaunter JPPH.

13

Salinan perjanjian jual beli (S&P) bersama kontraktor – setem hasil perlulah dimatikan.

14

Surat kebenaran mencagar / menggadai atau KEBENARAN PINDAHMILIK dari pihak berkuasa negeri tertakluk jika ada sekatan kepentingan geran.

 15  Salinan carian rasmi jika tarikh geran telah melebihi 6 bulan.

Nota/ Panduan:

i) S&P – Sales & Purchase Agreement (Perjanjian jual beli).
ii) JPPH – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
iii) SPPSA – Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
iv)

Borang 3A  – Akujanji peguam (Kes assignment).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang belum mempunyai hakmilik individu/strata daripada pemaju (Penyerahan hak).

v) Borang 3B – Akujanji peguam (Kes gadaian).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang mempunyai hakmilik individu/strata(gadaian) @ jika membeli hartanah lelongan BPPP.
vi) Borang 3C – Akujanji peguam (Ubahsuai assignment).
vii) Borang 3D – Akujanji peguam (Ubahsuai gadaian).

Untuk maklumat tuan/puan contoh-contoh dokumen diatas adalah dokumen asal yang diperlukan dihantar ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).  Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu dan memudahkan urusan pinjaman tuan/puan. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang lengkap anda boleh layari laman web LPPSA


Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi di talian Careline kami 019 – 669 2728

Senarai Semak Borang Beli Rumah Dalam Pembinaan (SPPSA).  pdf-downloader

Kemaskini :

  • 31 Aug 2012 / Nur Azilah Zulkefli / UKM
  • 18 Jan 2013 / Nor Azlia bt.Karim / Poli Melaka
  • 28 Jan 2014 / Nurfitrah Hidayah Zakaria / Polisas Pahang

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

2 Responses to JENIS 2 – SINGLE LOAN

  1. Amaani Ab. Halim says:

    Salam Tuan/puan,
    Saya kakitangan kerajaan berusia 46 thn ingin membuat pinjaman perumahan atas tanah sendiri untuk membina 1 rumah tetapi atas 2 lot tanah. Saya telah mengisi secara online permohonan SPPP. Tetapi belum saya submit lagi sebab tidak pasti jawapan yg diisi adalah tepat atau tidak. Adakah perlu saya minta nasihat perunding dari peguam walaupun masih di peringkat awal seperti ini?

    • admin says:

      Wasalam, sebaiknya pn perlu membuat semakan bagi langkah berjaga-jaga agar segala proses permohonan berjalan lancar. Bantuan lanjut, sila hubungi admin di 0176872668. Admin –> ieta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *