JENIS 2 – S&P DUA PENAMA ATAU SEKUNDER

SPPSA/S&P 2 Penama atau sekunder (Jenis pinjaman kedua)

Berikut adalah contoh borang permohonan online dan dokumen yang berkaitan. Pdf.downloader

 Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi
Membina rumah diatas tanah sendiri (JENIS PINJAMAN KEDUA)

No.

Senarai Dokumen

1

Surat iringan dari Ketua Jabatan.

2

Borang permohonan online SPPB.

-Akaun pemilihan insuran/takaful.

-Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pinjaman(Borang 2).

3

Salinan kad pengenalan awam @ tentera @ polis yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

4

Salinan sijil nikah – Jika S&P ada nama pasangan

5

Penyata gaji asal terkini yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

6

Salinan surat pengesahan jawatan berpencen / salinan surat tawaran perlantikan @ pengesahan @ pengesahan dalam perkhidmatan yang disahkan oleh ketua jabatan.

7

Borang 7 – ( Jika S&P 2 nama tetapi seorang sahaja buat loan).

8

Surat pengesahan keupayaan menjelaskan wang beza (jika loan kurang dari jumlah belian).

9

Salinan lesen kontraktor / pendaftaran CIDB yang disahkan oleh peguam.

10

Salinan pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan & sebelum tamat tempoh 12 bulan.

11

Borang 9 – Senarai sebut harga dengan kos item & kerja membina rumah.

12

Salinan pelan tanah yang telah disahkan oleh ketua jabatan @ yang berkenaan.

13

Borang 3 – Akujanji & Perakuan Pemegang Pertaruhan (Peguam) / HDA Pemaju & Peguam.

14

Borang 1- Borang penilaian harta mestilah dihantar bersama-sama salinan S&P dan salinan geran ke JPPH yang berdekatan dengan lokasi harta, anda juga hendaklah melampirkan “acknowledgment” sebagai bukti penyerahan ke kaunter JPPH.

15

Salinan perjanjian jual beli (S&P) bersama kontraktor – setem hasil perlulah dimatikan.

16

Surat kebenaran mencagar / menggadai atau KEBENARAN PINDAHMILIK dari pihak berkuasa negeri tertakluk jika ada sekatan kepentingan geran.

 17  Salinan carian rasmi jika tarikh geran telah melebihi 6 bulan.

Nota / Panduan :

i) S&P – Sales & Purchase Agreement (Perjanjian jual beli).
ii) JPPH – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
iii)

Borang 3A  – Akujanji peguam (Kes assignment).
– Dokumen tambanhan jika membeli hartanah yang belum mempunyai hakmilik individu/strata daripada pemaju (Penyerahan hak).

iv) Borang 3B – Akujanji peguam (Kes gadaian).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang mempunyai hakmilik individu/strata(gadaian) @ jika membeli hartanah lelongan LPPSA.
v) Borang 3C – Akujanji peguam (Ubahsuai assignment).
vi) Borang 3D – Akujanji peguam (Ubahsuai gadaian).

Untuk maklumat tuan/puan contoh-contoh dokumen diatas adalah dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).  Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu dan memudahkan urusan pinjaman tuan/puan. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang lengkap anda boleh layari laman web LPPSA


Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi di talian Careline kami 019 – 669 2728

 Kemaskini :

  • 30 Dec 2012/ Nor Azlia bt.Abd Karim /Poli Melaka
  • 28 Jan 2014 / Nurfitrah Hidayah Zakaria / Polisas Pahang

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *