JENIS 2 – BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Ruangan ini memberi maklumat mengenai contoh-contoh borang dan senarai semak bagi sesiapa yang ingin memohon pinjaman di BPPP. Anda boleh melihat borang-borang dan muat turun senarai semak borang tersebut.

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi careline kami di talian 019-6692728.

Sila klik selanjutnya untuk maklumat lebih lengkap.

8 Responses to JENIS 2 – BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

  1. Reza says:

    Assalamualaikum,

    Bagaimanakah caranya untuk membuat pinjaman pembinaan rumah atas tanah sendiri bagi kakitangan swasta? Adakah pinjaman seumpama itu bagi kakitangan swasta? kerana kebanyakkan maklumat adalah untuk kakitangan kerajaan.

    • admin says:

      Wassalam. Institusi kewangan swasta ada menyediakan pembiayaan utk pembinaan rumah. Boleh rujuk mana2 institusi swasta dan prosedur pembinaan lebih kurang sama. Lantik kontraktor dan arkitek berlesen yang tidak blacklist bagi memastikan tiada masalah nanti.

  2. azlinda says:

    Assalamualaikum.

    Saya berminat untuk membeli tanah dan membina rumah diatas tanah tersebut.Adakah saya boleh membuat permohonan itu sekaligus?
    dan bolehkan saudara membantu saya dalam proses tersebut.

  3. MOHD YUSUF BIN MAD JANI says:

    salam,bagai mana cara hendak memohon pinjaman perumahan,saya berasal dari tawau sabah,adakah pihak syarikat akan mengurus pembinaan rumah atau saya sendiri yang mengurus pembinaan rumah tersebut.

    • Elam says:

      Wksm Mohd Yusuf : Ada beberapa perkara perlu diambil perhatian sebelum membina rumah dengan pinjaman BPPP.
      1. Pastikan tanah nama saudara atau isteri sahaja.
      2. Cari kontractor yang biasa berurusan dengan BPPP.
      3. Lantik peguam yang mahir.
      4. Buat permohonan ON-LINE SPPB.
      Hubungi saya bila-bila masa untuk bantuan lanjut.

      • salam

        En Elam saya kamisah daud dari alor setar kedah.
        Saya telah melantik peguam, kontraktor dan arkitek untuk membuat rumah di atas tanah sendiri (beli). Permohonan utk permohonan secara online siapa yg patut buat saya atau peguam?
        kemudian apa hubungan dan tugas bahagian akaun di pejbat saya agensi kerajaan (MADA) ?
        tq

      • admin says:

        Wasalam, boleh berhubung dengan admin di 0176872668 (ieta) untuk bantuan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *