JENIS 1 – JOIN LOAN

(Jenis pinjaman 1 / SPPSA@SPPSAi / Join loan / Pembelian dengan pemaju)

Berikut adalah  contoh borang permohonan online dan dokumen yang berkaitan.  pdf downloader

Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat GOV LOAN bagi
Membeli rumah atau petak rumah yang telah siap. 

No

Senarai Dokumen

Suami

Isteri

1 Surat iringan dari ketua jabatan.

2 Borang permohonan online SPPB (Akuan Pemilihan Insuran/Takaful)(Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pinjaman(Borang 2)).

3 Salinan kad pengenalan awam / tentera / polis pasangan yang telah disahkan oleh ketua jabatan.
4 Salinan sijil nikah yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

5 Penyata gaji asal terkini yang telah disahkan oleh ketua jabatan.
6 Salinan surat pengesahan jawatan berpencen @ surat tawaran perlantikan @ pengesahan perlantikan  @ pengesahan dalam perkhidmatan yang disahkan oleh ketua jabatan.

7 Borang 5A @ 5B – Akujanji pemegang pertaruhan (pemaju) – Jika beli rumah daripada pemaju yang berlesen & permit iklan yang masih berkuatkuasa.

8 Borang 5EK @ 5BK @ 5DK @ 11BK – Salinan geran hakmilik sementara & pelan tanah.

9 Permit iklan & jualan – Jika beli daripada pemaju
10 Surat pengesahan akaun pemaju.

11 Borang 3 – Akujanji & Perakuan Pemegang Pertaruhan (Peguam) / HDA Pemaju & Peguam.

12 Salinan power attorney.

13 Borang 1- Borang penilaian harta mestilah dihantar bersama-sama salinan S&P dan salinan geran ke JPPH yang berdekatan dengan lokasi harta, anda juga hendaklah melampirkan “acknowledgment” sebagai bukti penyerahan ke kaunter JPPH.
14 Salinan perjanjian jual beli (S&P) – setem hasil perlulah dimatikan.

 15 Salinan carian rasmi jika tarikh geran telah melebihi 6 bulan  √  √

 Nota/ Panduan :

i) S&P – Sales & Purchase Agreement (Perjanjian jual beli).
ii) JPPH – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
iii) SPPSA – Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
iv)

Borang 3A  – Akujanji peguam (Kes assignment).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang belum mempunyai hakmilik individu/strata daripada pemaju (Penyerahan hak).

v) Borang 3B – Akujanji peguam (Kes gadaian).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang mempunyai hakmilik    individu/strata(gadaian) @ jika membeli hartanah lelongan LPPSA.

Untuk maklumat tuan/puan contoh-contoh dokumen diatas adalah dokumen asal yang telah dihantar ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA).  Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu dan memudahkan urusan pinjaman tuan/puan. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang lengkap anda boleh layari laman web LPPSA


Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi di talian Careline kami 019 – 669 2728.

Kemaskini:

  • 30 OGOS 2012/Hazirah/UKM
  • 31 Dec 2012 / Nor Azlia /  Poli Melaka
  • 4 Sept 2013 / Afiqah / UUM

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *