JENIS 1 – SINGLE LOAN

(Jenis pinjaman 1 / SPPSA @ SPPSAi / Single loan / Pembelian dengan individu)
*Harta tiada cagaran daripada mana-mana institusi kewangan

Berikut adalah contoh borang permohonan online dan dokumen yang berkaitan.  pdf downloader

Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat GOV LOAN bagi
Membeli rumah atau petak rumah yang telah siap.

No

Senarai Dokumen

1

Surat iringan dari ketua jabatan.

2

Borang permohonan online SPPB.

-(Akuan pemilihan insuran/takaful)

-(Surat persetujuan menyesaikan baki hutang pinjaman(Borang 2)

3

Salinan kad pengenalan awam / tentera / polis yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

4

Penyata gaji asal terkini yang telah disahkan oleh ketua jabatan.

5

Surat pengesahan  jawatan berpencen @ surat tawaran perlantikan @ pengesahan perlantikan @ pengesahan dalam perkhidmatan yang disahkan oleh ketua jabatan.

6

Borang 5EK @ 5BK @ 5DK @ 11BK – Salinan geran hakmilik sementara & pelan tanah.

7

Borang 3 – Akujanji & Perakuan Pemegang Pertaruhan (Peguam) / HDA Pemaju & Peguam.

8

Borang 1- Borang penilaian harta mestilah dihantar bersama-sama salinan S&P dan salinan geran ke JPPH yang berdekatan dengan lokasi harta, anda juga hendaklah melampirkan “acknowledgment” sebagai bukti penyerahan ke kaunter JPPH.

9

Salinan perjanjian jual beli (S&P) – setem hasil perlulah dimatikan.

 10  Salinan carian rasmi jika tarikh geran telah melebihi 6 bulan.

Nota / Panduan :

i) S&P – Sales & Purchase Agreement (Perjanjian jual beli).
ii) JPPH – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
iii) SPPSA – Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
iv)

Borang 3A  – Akujanji peguam (Kes assignment).
– Dokumen tambanhan jika membeli hartanah yang belum mempunyai hakmilik individu/strata daripada pemaju (Penyerahan hak).

v) Borang 3B – Akujanji peguam (Kes gadaian).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang mempunyai hakmilik    individu/strata(gadaian) @ jika membeli hartanah lelongan LPPSA.

Untuk maklumat tuan/puan contoh-contoh dokumen diatas adalah dokumen asal yang telah dihantar ke Lembaga Pembiayaan Pinjaman Perumahan Sektor Awam(LPPSA). Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu dan memudahkan urusan pinjaman tuan/puan. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang lengkap anda boleh layari laman web LPPSA.


Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi di talian Careline kami 019 – 669 2728.

Kemaskini :

  • 30 OGOS 2012/Hazirah/UKM
  • 30 DEC 2012 / Nor Azlia /Poli Melaka
  • 4 Sept 2013 / Afiqah /UUM
  • 3 Feb 2014 / Fitrah / Polisas Pahang

 Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

12 Responses to JENIS 1 – SINGLE LOAN

  1. Ahmad says:

    Satu lagi soalan saya. Adakah bila pembeli menggunakan loan kerajaan, lawyar utk SPA kena pakai panel dari kerajaan atau boleh lantik dari mana2 shj? atau ada benda lain yang perlu saya lakukan. terima kasih

    • Elam says:

      jawapan: bebas untuk melantik mana-mana peguam sahaja, tetapi dinasihatkan melantik peguam yang mahir dalam urusan pinjaman perumahan kerajaan. jika ingin kami cadangkan peguam sila hubungi kami di 0162072728

      Admin –> ieta

  2. Ahmad says:

    Assalamualaikum tuan Elam. Saya ada sebuah rumah untuk dijual. Rumah leasehold, dah habis bayar dan telah ada strata title. Apakah dokumen yang perlu saya sediakan untuk pembeli yang menggunakan loan kerajaan? dan apakah lagi yang perlu saya tahu sebagai penjual rumah kepada yang menggunakan loan kerajaan ini. Terima kasih sy ucapkan.

  3. JimmyLim says:

    salam tuan, saya sedang nak buat permohonan pinjaman kerajaan utk beli rumah 2nd hand tetapi rumah itu masih hutang kepada kerajaan kerana penjual rumah itu buat pinjaman dengan kerajaan.
    soalan saya :1: jika rumah itu masih berhutang dengan kerajaan,apakah prosedur tambahan yang hendak saya lakukan semasa membuat pinjaman.
    2:Kelayakan pinjaman maksimun saya ialah RM320000.00. Harga rumah yang penjual bagi ialah RM260000.00.Jika JPPH nilai harga pasaran rumah itu RM230000.00,adakah saya hanya dapat pinjaman sama dengan yang dinilai sahaja iaitu RM230000.00 atau saya dapat pinjam lebih daripada harga yang dinilai?

    Terima kasih.

    • Elam says:

      Salam Jimmy Lim. Terima kasih atas pertanyaan.
      1. Prosedur permohonan pinjaman utk proses jual beli rumah sama seperti biasa. Encik perlu melantik peguam utk meneruskan permohonan dan perlu kerjasama daripada penjual utk penyediaan beberapa dokumen. Boleh rujuk link ini dan klik mortgage utk penyediaan dokumen2 permohonan bagi pinjaman jenis 1.
      2. Utk makluman, encik hanya mendapat harga pasaran yg dinilai JPPH sahaja walaupun kurang daripada kelayakan maksimum. Cuma encik mungkin beruntung jika harga pasaran melebihi daripada harga jualan.

      Hubungi careline kami 0196692728 utk cadangan peguam mahir dan bantuan keseluruhan proses pinjaman perumahan kerajaan.

  4. Azmi says:

    Assalam…

    Harga pemaju tawarkan kepada saya didalam agreement adalah RM263,900.00. Walaubagaimanapun, pemaju memberikan diskaun 20% melalui satu surat rasmi dari pemaju yang mana ianya menjadikan harga rumah RM211,120.00. Surat yang diberikan ini juga bagi memudahkan saya berurusan dengan JPPH untuk membuat penilaian rumah. Saya bercadang untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan berjumlah RM211,120.00 iaitu harga yang sama selepas diskaun harga rumah yang diberikan. Soalan saya adalah :

    1)Adakah saya perlu mengisi ‘Maklumat Wang Beza’ yang terdapat didalam borang sedangkan harga yang ditawarkan kepada saya adalah RM211,120.00 sepertimana didalam surat yang diberikan?
    2)Jika perlu diisi, adakah saya perlu menandakan jawapan ‘simpanan sendiri/sumber lain’ didalam ruangan “Kaedah Penyelesaian Wang Beza” ?

    • Elam says:

      Wslm tuan AZMI..
      1. Utk makluman, JPPH akan buat penilaian rumah berdasarkan harga pasaran rumah. Beruntunglah tuan jika harga pasaran melebihi harga yg ditetapkan oleh pemaju. Jadi, tuan boleh mohon pinjaman maksimum ikut kelayakan pinjaman tuan. Kelayakan pinjaman dikira berdasarkan gaji pokok.
      2. Tak perlu isi wang beza jika harga rumah tuan KURANG daripada jumlah kelayakan pinjaman tuan.
      3. Jika harga rumah LEBIH daripada kelayakan, ya tandakan ‘simpanan sendiri/sumber lain’ dalam ruangan “Kaedah Penyelesaian Wang Beza”.
      Sy cadangkan tuan rujuk pada yg lebih pakar utk bantuan isi borang online SPPB supaya tiada kesilapan teknikal berlaku yg boleh menyebabkan permohonan tuan pending terlalu lama utk BPPP selesaikan masalah tersebut.

      Hubungi kami semula utk cadangan peguam dan bantuan pendaftaran online SPPB. TQ.

  5. mohd nuryusrie bin yusof says:

    assalam…dimana saya perlu merujuk untuk membuat penilaian terhadap rumah yang ingin dibeli…sekiranya ada di website…bolehkan anggaran harga tersebut diberitahu dengan serta merta atau perlu saya rujuk atau berjumpe dengan individu tertentu?klu boleh diberitahu secara direct lagi membantu..me ksh

    • Elam says:

      Wslm NURYUSRIE. Penilaian harta akan dibuat oleh Jab. Penilaian & P’khidmatan Harta (JPPH). Boleh rujuk JPPH utk tindaan susulan.

  6. hafiz says:

    salam tuan..sy ada masalah nak berkongsi..saya nak beli rumah yang dah siap berharga rm120000.00…dan masalah nya jabatan penilai menganggarkan nilai rumah tersebut hanya rm 90000.00…maknanya saya terpaksa mengeluarkan kos sendiri sebanyak rm30000.00..tetapi saya tiada kos sebanyak itu..bagaimana mahu diselesaikan??? email
    paqmoxx_1204@yahoo.com.my

    • Elam says:

      Mksm En Hafiz : Yaaa saudara kena top-up/wang beza rm30000. Ini bermakna penjual telah menjual rumah tsbt melebihi harga pasaran.
      Cadangan saya : 1.Minta penjual turunkan hargarumah mengikut harga semasa.
      2.Buat personel loan dengan bank2 tempetan… seperti Bank Islam.
      3.Buat loan keluarga
      4.Cari rumah lain yang sesuai dengan kelayakan saudara. tq, semoga dapat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *