JENIS 1 – S&P DUA PENAMA /SEKUNDER

(Jenis pinjaman 1 / SPPSA / S&P 2 penama / Sekunder / Pembelian dengan pemaju).

Berikut adalah contoh borang permohonan online dan dokumen yang berkaitan. Pdf.downloader

 Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat GOV LOAN bagi
Membeli rumah atau petak rumah yang telah siap. 

No

Senarai Dokumen

1 Surat iringan dari ketua jabatan.
2 Borang permohonan pinjaman online SPPB-(Akuan pemilihan insuran/takaful)-(Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pinjaman (Borang 2))
3 Salinan kad pengenalan awam / tentera / polis pemohon yang telah disahkan oleh ketua jabatan.
4 Salinan sijil nikah yang telah disahkan oleh ketua jabatan@ic pasangan (Jika S&P ada nama pasangan).
5 Penyata gaji asal terkini yang telah disahkan oleh ketua jabatan.
6 Salinan surat pengesahan jawatan berpencen @ surat tawaran perlantikan @ pengesahan perlantikan  @ pengesahan dalam perkhidmatan yang disahkan oleh ketua jabatan.
7 Borang 6 – Jika beli harta masih ada hutang bank/kerajaan/convertion.
8 Borang 7 – Jika S&P 2 penama tetapi seorang sahaja buat loan.
9 Surat pengesahan keupayaan wang beza – Jika loan kurang dari jumlah belian.
10 Borang 5EK @ 5BK @ 5DK @ 11BK – Salinan geran hakmilik sementara & pelan tanah.
11 Borang 3 – Akujanji & Perakuan Pemegang Pertaruhan (Peguam) / HDA Pemaju & Peguam.
12 Borang 1- Borang penilaian harta mestilah dihantar bersama-sama salinan S&P dan salinan geran ke JPPH yang berdekatan dengan lokasi harta, anda juga hendaklah melampirkan “acknowledgment” sebagai bukti penyerahan ke kaunter JPPH.
13 Salinan perjanjian jual beli (S&P) – setem hasil perlulah
dimatikan.
14 Penyata baki hutang 6 bulan kehadapan jika harta masih ada hutang bank.
15 Surat Kebenaran mencagar / menggadai atau KEBENARAN PINDAHMILIK dari kuasa negeri tertakluk jika ada sekatan kepentingan di geran
 16  Salinan carian rasmi jika tarikh geran telah melebihi 6 bulan.

Nota / Panduan :

i) S&P – Sales & Purchase Agreement (Perjanjian jual beli).
ii) JPPH – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
iii) SPPSA – Skim Pembiayaan Pinjaman Sektor Awam.
iv) Borang 3A
– Akujanji peguam (Kes assignment).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang belum mempunyai hakmilik individu/strata daripada pemaju (Penyerahan hak).
v) Borang 3B
– Akujanji peguam (Kes gadaian).
– Dokumen tambahan jika membeli hartanah yang mempunyai hakmilik individu/strata(gadaian) @ jika membeli hartanah lelongan LPPSA.
vi) Borang 3C – Akujanji peguam (Ubahsuai assignment).
vii) Borang 3D – Akujanji peguam (Ubahsuai gadaian).

Untuk maklumat tuan/puan contoh-contoh dokumen diatas adalah dokumen asal yang telah dihantar ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).  Diharapkan maklumat yang diberi dapat membantu dan memudahkan urusan permohonan tuan/puan. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan mendapatkan dokumen-dokumen yang lengkap anda boleh layari laman web LPPSA

Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi di talian Careline kami 019 – 669 2728.


Kemaskini oleh :

  • 31 Ogos 2012/ Hazirah /UKM.
  • 19 Jan 2013 / Nor Azlia / Poli Melaka.
  • 4 September 2013/ Afiqah / UUM
  • 3 Februari 2014 / Fitrah / Polisas Pahang
  • 26 Aug 2015 / Syafiqah / UiTM Shah Alam

Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

2 Responses to JENIS 1 – S&P DUA PENAMA /SEKUNDER

  1. MAZNI says:

    saya ingin membuat pertanyaan sekiranya saya ingin memohon pinjaman untuk membeli kondominium di mana strata title masih belum dikeluarkan. (Subsale). Apakah dokumen-dokumen yang perlu. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *