SOALAN LAZIM

Latihan Industri

1. Jurusan apakah yang diterima di Mohd Elam & Partner Management Services untuk pelajar yang ingin menjalani latihan industri ?

(J): Pihak kami menerima bidang yang berkaitan dengan bidang perdagangan, kewangan, pemasaran dan multimedia/ICT.

2. Apakah keistimewaan menjalankan latihan industri di Elam & Partner Management and Services?

J): Antara keistimewaan yang ada di Mohd Elam & Partner Management and Services ialah pihak syarikat menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan bagi  pelatih yang tinggal jauh dari pejabat dan yang tidak menetap di Melaka.  Anda juga berpeluang menduduki exam MII, TBE dan FMUTM. Anda juga berpeluang mempelajari bidang insurans dan kepelbagaian bidang insuran serta takaful. Pelajar juga akan menerima elaun RM100 sebulan + komisen tanpa had mengikut kerajinan.

3. Apakah kemudahan yang terdapat didalam tempat penginapan semasa menjalani latihan industri di syarikat ?

(J): Kemudahan yang terdapat  di tempat penginapan bagi pelajar yang menjalani praktikal seperti katil beserta, televisyen, almari, kipas, dapur gas, peti ais, dan sebagainya.

4. Adakah syarikat menyediakan pengangkutan ke tempat kerja?

(J): Ya, kenderaan yang disediakan oleh pihak syarikat adalah sebuah kereta kancil tetapi terhad sahaja mengikut budi bicara pihak syarikat.

5. Berapakah jumlah insentif yang diberikan  kepada pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat ini?

(J): Syarikat akan memberi insentif / komisen tiada had, mengikut kerajinan seseorang pelajar tersebut.

6. Dimanakah lokasi syarikat?

(J): Syarikat terletak di No 71 – 1, Jalan PJ 1, Pertam Jaya Business Centre, Padang Temu, Semabok 75050 Melaka. Syarikat juga berhampiran dengan Hotel Sunflower.

7. Apakah tugas yang akan dilakukan ketika menjalani latihan praktikal?

(J): Pihak syarikat akan menyediakan modul yang berkaitan dengan tugas yang diberi. Modul ini akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar praktikal yang telah menjalani latihan disini. Antara modul yang akan dilaksanakan adalah modul pengurusan, modul treasury dan modul general (motor dan non-motor).

8. Siapa yang perlu mengikuti modul pembelajaran?

(J): Setiap pelajar praktikal wajib mengikuti modul pembelajaran. Modul ini akan berlangsung selama seminggu pada minggu pertama. Tujuan modul ini dijalankan adalah untuk memudahkan pelajar mahir tentang selok belok syarikat, tahu menggunakan peralatan pejabat dan melicinkan urusan syarikat di masa akan datang.

53 Responses to SOALAN LAZIM

  1. NURKHAIRINA AMELIA BINTI ABDUL AZIZ says:

    Assalamualaikum.
    Saya Nurkhairina Amelia binti Abdul Aziz pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan dari KUIPSAS, Kuantan. Adakah pihak Tuan/Puan akan menerima pelajar latihan industri dari jurusan Kewangan dan Perbankan? Adakah pihak Tuan/Puan turut menerima kemasukan pelajar praktikal pada Jun-September 2017?

  2. SHAHIDATUL SHAQILLA BINTI SHAMSUDIN says:

    Assalamualaikum. Saya Shahidatul Shaqilla bt Shamsudin pelajar Ijazah Pentadbiran Tanah & Pembangunan dari UTM. Adakah syarikat tuan masih menerima kemasukan pelajar praktikal dari Februari 2017 hingga Jun 2017?

  3. NOR KHALISTA BINTI AMIT says:

    Assalamualaikum. Saya Nor Khalista pelajar ijazah sains sosial (kajian komunikasi) dari UNIMAS. Adakah pihak tuan menerima pelajar pratikal dalam bidang human resource / public relation / advertising? Adakah pihak tuan turut menerima kemasukan pelajar pratikal pada februari 2017?

    • admin says:

      Wasalam, sila hantar permohonan anda untuk semakan kami kerana kami tiada masalah untuk menerima mana-mana pelajar yang bersesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *