KELEBIHAN

Terdapat banyak kelebihan apabila anda menjalankan Latihan Industri disini antaranya:

1. Pejabat

Ruang pejabat yang selesa untuk pelajar menjalankan tugas yang diberi. Pelajar akan ditempatkan di bahagian-bahagian masing-masing. Selain itu, terdapat juga ruangan rehat dan bilik yang selesa untuk solat.

IMG-20160104-WA0016
IMG-20160104-WA0017
IMG-20160104-WA0020
IMG-20160104-WA0019
IMG-20160104-WA0022
IMG-20160104-WA0021

2. Modul Pembelajaran

Untuk memudahkan pelajar menjalani latihan praktikal, kami menyediakan beberapa modul yang akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar yang telah menjalani latihan industri di syarikat kami. Kebiasaannya, sesi pembelajaran akan diadakan pada minggu pertama selepas bermulanya sesi latihan industri.

IMG-20160104-WA0018
smaller-size

3. Tempat Penginapan

Penginapan disediakan bagi yang memerlukan dan bergantung kepada kekosongan.

4. Kenderaan

Kenderaan disediakan untuk memudahkan pelajar praktikal ke tempat kerja bagi yang tiada kenderaan sendiri.

Untuk kegunaan pelajar praktikal

Untuk kegunaan pelajar praktikal


5. Tawaran menduduki Peperiksaan

Syarikat kami menawarkan setiap pelajar untuk mengambil peperiksaan TBE (The Malaysian Insurance Institute) dan FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) bagi yang berumur 21 dan ke atas.
02072011978-150x150

6. Elaun & Komisen

Elaun & komisen yang diberi tiada had dan berdasarkan kerajinan pelajar.

vvv-150x150

7. Majlis Makan Malam & Sambutan Hari Jadi

Majlis makan malam dan sambutan hari jadi diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar praktikal selain bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak pengurusan, staf dan pelajar praktikal.


Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

13 Responses to KELEBIHAN

  1. hafiza says:

    salam nak tanya untuk pelajar praktikal ada sediakan tempat tinggal tak?

  2. Mastura binti mustapa says:

    Salam. Saya pelajar poli merlimau. Kos marketing. Nak tanya yang peperiksaan TBE wajib ke ambil?

  3. Mastura binti mustapa says:

    Salam. Saya kos marketing di poli merlimau. nak tanya kalau peperiksaan TBE tu wajib ke. Kalau tak nak ambik boleh tak.

    • admin says:

      Wasalam, Bayaran kos TBE ditanggung oleh pihak syarikat dan wajib untuk pelajar praktikal yang menjalani latihan industri di syarikat kami.

  4. Julaiha says:

    As salam . Saya pelajar dari kpm ayer molek melaka. Kos akaun. Ada tak lagi kekosongan untuk praktikal pada january – March 2017?

  5. muhd faizal says:

    ASslm , sye student utem, sye tggal di selangor, kalo sye nk rumah kosong, adakah sye kne tempah?, berapa jauh kediaman dgn office mohd elam ?

  6. NUR ELLY ALIAH MOHAMAD ZAAI says:

    Assalamualaikum, saya Nur Elly Aliah. Pelajar Diploma Pengurusan Teknologi UTM dan akan menjalani latihan industri pada November 2016 – May 2017.

    Masih ada kekosongan tak untuk tempoh tersebut dan jika skop pembelajaran saya lebih kepada bahagian pengurusan, adakah pihak Mohd Elam & Partner akan meletakkan saya dibawah bidang yang saya jalani? Terima kasih,

  7. siti syafiqah binti suhaimi says:

    Assalamualikum.saya siti syafiqah binti suhaimi pelajar dari kolej profesional mara pelajar dari jurusan Diploma in Business Studies tertarik ingin menjalankan latihan industri di syarikat tuan Mohd Elam & Partner kerana terdapat banyak kemudahan dan keperluan yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *