CARA MEMOHON

Latihan industri

Kepada para pelajar yang berminat untuk menjalani latihan industri di syarikat kami, anda perlu muat naik dokumen-dokumen berkenaan:

1. Resume anda yang lengkap
2. Surat dari pihak fakulti/jabatan
3. Borang permohonan Latihan Industri
4. Borang jawapan dari fakulti/jabatan

Selepas muat naik maklumat permohonan Latihan Industri, sila isikan dengan lengkap Borang Permohonan Latihan Industri

Klik sini untuk permohonan latihan industri.

**Pihak kami akan memproses permohonan anda dan beri maklumbalas sekitar 7 hari bekerja.

PENTING ! 

Kemasukan sehingga NOV 2018 telah PENUH
Sila buat permohonan segera untuk Sesi DISEMBER 2018 dan keatas.

Kami menerima pelajar mengikut kuota yang diperlukan. Tiada syarat kelayakan yang dikenakan ke atas pelajar, namun apa yang kami mahukan ialah disiplin, kreatif, tidak putus asa, rajin dan mempunyai etika pelajar yang baik. Anda boleh hubungi kami melalui email takaful2all@yahoo.com.my atau ruangan komen dibawah (faks tidak akan diterima) dan juga anda boleh datang sendiri ke pejabat kami.

“Pengalaman merupakan perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, juga perkara sangat berharga dan dapat mematangkan fikiran kita. Makin banyak kita pelajari makin kita sedar banyak lagi perkara yang kita tidak ketahui.”

Keutamaan di berikan kepada pelajar yang mengambil kursus berikut:

√ Kesetiusahaan
√ Seni bina
√ Hartanah
√ Perniagaan
√ Pengurusan
√ Perakaunan
√ Multimedia
√ Logistik
√ Pengurusan Marine
√ Teknologi Maklumat; dan
Yang berkaitan


Untuk makluman anda kami masih lagi dalam proses pengubahsuaian laman web ini, pihak kami amat mengalu-alukan cadangan atau idea yang bernas untuk mempertingkatkan lagi laman web kami ini agar mudah difahami oleh semua pihak.

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi careline kami di talian 019-6692728 (www.wasap.my/+60196692728).


Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

349 Responses to CARA MEMOHON

  1. Muhd Shahhir says:

    Dear Sir/Madam
    Assalammualaikum…my name is muhammad shahhir bin md ali student in UITM Shah Alam,Bachelor of Science(Hons) Mathematics.I was searching place for internship start from 3/09/2018 until 22/12/2018 (4 months). If there any vanancies for me to apply?

    • admin says:

      Wassalam. Internship placement is available on your date. Kindly contact our manager for discussion. 0196692728 (Hj Elam)

  2. SYED AHMEED FAIRUZSHAH BIN SYED ZIN says:

    Assalam , saya syed ahmeed daripada jurusan teknologi maklumat daripada komuniti masjid tanah. Saya ingin bertanya masih ada kekosongan untuk saya praktikal ditempat tersebut? Dari 2julai 2018 – 21 oktober 2018 . Saya mohon jawapan daripada pihak tuan puan.. terima kasih 🙂

  3. Assalamualaikum. Sy fatin , mngmbil kos Sijil Sistem Komputer Dan Rangkaian. disni msih terima pelajr practikal utk sistem komputer x? bermule pade 1.7.2018 – 21.10.2018

  4. Mohamad Saiful says:

    Assalamualaikum. Saya pelajar GIATMARA Kuala Lumpur, kursus Computer System & Networking, saya sedang mencari tempat untuk praktikal selama 3 bulan bermula 1 Julai 2018 hingga 30 September 2018. Syarikat ini ada mengambil untuk praktikal?

  5. Ifa says:

    Assalamualaikum, saya nk tanya latihan praktikal utk pelajar it dr 15 julai – 7 sept ada kekosong ke? Dn blh saya tahu tempat praktikal tu dekat mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *