SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM ROADTAX

1.(S) : Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesebuah pengendali takaful mematuhi prinsip Syariah?

(J) : Jawatankuasa Syariah telah ditubuhkan oleh semua pengendali takaful bagi memastikan  operasi takaful mereka sejajar dengan prinsip Syariah. Bank Negara Malaysia juga telah  menubuhkan Majlis Penasihat Syariah yang berfungsi sebagai pusat rujukan bagi hal-hal  berkaitan perbankan Islam dan takaful di Malaysia.

2.(S) :  Sekiranya saya membeli polisi motor komprehensif, adakah semua kerugian saya dilindungi?

(J) : Tidak semua kerugian akan dilindungi oleh polisi komprehensif. Di bawah polisi komprehensif, anda akan dilindungi bagi tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga ke atas kematian, kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kenderaan anda. Anda juga akan dilindungi terhadap kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau sebarang kemalangan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian. Anda perlu menyemak polisi anda terhadap pengecualian-pengecualian tersebut. Anda juga perlu tahu bahawa kematian dan kecederaan tubuh badan pemandu dan penumpang kenderaan anda tidak dilindungi di bawah perlindungan komprehensif.

3.(S) : Mengapakah syarikat insurans mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tuntutan kecurian kenderaan saya?

(J) : Syarikat insurans biasanya membayar tuntutan kecurian dalam tempoh enam bulan atau apabila siasatan polis telah selesai, mengikut mana yang lebih awal. Masa adalah diperlukan oleh syarikat insurans atau polis untuk membuat penyiasatan dan kemungkinan kenderaan terbabit dapat ditemui semasa penyiasatan.

4.(S) : Dalam sesuatu kemalangan yang mana saya bukanlah pihak yang bersalah, bagaimana saya boleh membuat tuntutan terhadap pihak yang sebenarnya bersalah?

(J) : Anda mempunyai pilihan sama ada untuk mengemukakan tuntutan pihak ketiga kepada syarikat insurans pihak ketiga, atau sekiranya anda mempunyai polisi Komprehensif, anda boleh membuat tuntutan terhadap syarikat insurans anda sendiri. Sekiranya anda membuat tuntutan kepada syarikat insurans anda sendiri, anda tidak akan kehilangan NCD dan tuntutan tersebut akan diproses lebih cepat memandangkan syarikat insurans anda telah mempunyai maklumat tentang latar belakang anda. Walau bagaimanapun, anda perlu mengemukakan tuntutan `pampasan bagi masa pembaikan sebenar’ dan tuntutan bagi ganti rugi ekses kepada syarikat insurans pihak ketiga yang bersalah. Jumlah hari bagi pampasan untuk ‘masa pembaikan sebenar’ yang boleh anda tuntut adalah berdasarkan kepada jumlah hari yang diperlukan untuk membaiki kenderaan anda seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian yang dilantik untuk menilai kerosakan kenderaan anda.

5.(S) : Walaupun kenderaan saya telah dibaiki selepas kemalangan, nilainya telah turun.Mengapakah saya tidak boleh membuat tuntutan terhadap susut nilai memandangkan saya tidak bersalah ke atas kemalangan tersebut?

(J) : Ini adalah selaras dengan prinsip indemniti. Polisi insurans anda akan membayar ganti rugi kerugian/kerosakan kenderaan anda dengan meletakkan anda pada keadaan yang sama sebelum kemalangan tersebut berlaku. Oleh itu, anda tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada penyelesaian tuntutan insurans. Apabila kenderaan yang rosak itu dibaiki, ia akan kembali kepada keadaan asal sebelum kemalangan tersebut. Oleh yang demikian, isu berhubung dengan susut nilai tidak sepatutnya timbul.

Untuk makluman anda kami masih lagi dalam proses pengubahsuaian laman web ini, jadi pihak kami amat mengalu-alukan cadangan atau idea yang bernas untuk mempertingkatkan lagi laman web kami ini agar mudah difahami oleh semua pihak.

Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi careline kami di talian 0196692728

Disemak oleh : Mohd Elam Bin Mohamed

6 Responses to SOALAN LAZIM

  1. MOHAMAD FADZIL says:

    bolehkah saya perbahurui cukai jalan yang telah tamat tempoh melebihi setahun, tetapi insurennya masih belum tamat tempoh?

    • admin says:

      Salam, jawapan bagi soalan en adalah tidak boleh, tetapi bila tarikh tamat insurans ya ? Sila hubungi kami di 0164162728 untuk penerangan lanjut.

  2. sarah says:

    Salam,

    Macam mana boleh saya daftar agen takaful am? Sy dah lulus exam TBE part A & B.
    Sy tinggal di Bangi, Selangor.
    Terima kasih

  3. salam sejahtera, bagaimana saya boleh tukar agen insuran sedia ada kepada agen takaful bagi kenderaan motorsikal? boleh balas di email saya. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *