KEROSAKAN (BREAK DOWN)

Kenderaan anda mengalami breakdown secara tiba-tiba?

Panduan untuk menyelasaikan masalah kereta yang tiba-tiba mengalami kerosakan. Sama ada kerosakan enjin, kegagalan brek dan lain-lain.

1. Menghubungi pihak penunda kereta atau dipanggil “towing” yang berdaftar atau dilantik oleh pihak takaful yang melindungi kenderaan anda sahaja untuk dihantar ke bengkel yang dibenarkan oleh pengendali takaful dengan segera. Semak dengan pengendali takaful anda senarai bengkel yang dibenarkan.

Jika kenderaan anda yang berdaftar dengan Etiqa Auto Assist(EAA) mengalami kerosakan, anda layak untuk mendapatkan bantuan  seperti :

a. Bantuan pembaikan kerosakan di sisi jalan 24jam
Juruteknik EAA akan menentukan sama ada kenderaan ahli boleh dibaiki di sisi jalan. Kerja-kerja membaiki ini disediakan sehingga tempoh maksimum 2 jam, EAA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos yang ditanggung untuk sebarang alat ganti yang diperlukan semasa pembaikan. Perkhidmatan ini tertakluk kepada keadaan.

b. Perkhidmatan Tundaan 24Jam
Jika kenderaan anda tidak boleh dibaiki di sis jalan, EAA akan menyediakan bantuan tundaan secara PERCUMA tanpa had jarak ke bengkel terdekat yang ditentukan oleh EAA.

Jika anda memilih bengkel lain dan jarak antara lokasi kerosakan dan bengkel pilihan anda melebihi 50 km, anda hendaklah menanggung caj tambahan pada kadar RM 3.00 setiap kilometer tambahan selepas 50 km.

2. Memberitahu pihak pengendali takaful yang melindungi kenderaan anda mengenai kerosakan dan bengkel yang telah ditetapkan.

3. Menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada pengendali takaful kepada panel workshop tersebut untuk tujuan proses tuntutan kerosakan kenderaan anda.

4. Dinasihatkan selalu menghubungi panel workshop dan pengendali takaful tersebut unutk mengetahui status pembaikan kerosakan kenderaan anda.

Talian bantuan kerosakan dan kecemasan 24 Jam (Auto assist) :

Etiqa Takaful Claim Assist:
1800 80 6491 (Breakdown)
1300 88 1007 (Pertanyaan claim)

Takaful Ikhlas: 1800 88 1186

Allianz: 1800 88 6278
(Hanya untuk pelanggan yang mengambil rider road warrior/enhanced road warrior)

Takaful Malaysia: tiada auto assis

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi  kami di talian careline :
019-6692728  atau emailkan maklumat geran dan insuran pada kami di takaful2all@yahoo.com.my


Disediakan Oleh: Nur Arddila Bt Brbaie ( Kolej Universiti Islam Melaka )

Rujukan:
Etiqa Auto Assist (EAA)
www.etiqa.com.my

 Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *