KENAPA PILIH ETIQA TAKAFUL

  Kenapa saya memilih Etiqa takaful ?

Takaful kederaan/motor
Takaful motor adalah takaful yang melindungi peserta bagi kerosakkan atau kehilangan kenderaan, mencederakan liabiliti pihak ketiga, kemalangan yang bukan   disengajakan, kerosakkan akibat kebakaran atau kecurian kenderaan.Terdapat tiga jenis kenderaan yang dilindungi oleh etiqa takaful iaitu kereta persendirian, motorsikal dan juga kenderaan komersial.

Pada masa kini, terdapat puluhan syarikat yang menjalankan perniagaan insurans di Malaysia. Setiap pengguna jalan raya mestilah mempunyai syarikat insurans sebagai perlindung kenderaan mereka sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini pada masa akan datang dan anda sebagai pengguna berhak memilih syarikat mana yang terbaik untuk melindungi anda. Saya sebagai pengguna telah memilih etiqa takaful sebagai syarikat insurans kerana terdapat pelbagai manfaat yang saya peroleh bersama etiqa takaful.

Menggunakan konsep syariah

Salah satu sebab saya memlilih Etiqa takaful adalah kerana Etiqa takaful dipantau oleh pegawai syariah yang berkelayakan. Mereka akan mengawasi dan menasihati syarikat dari segi perlaksanaan tabung, pelaburan, pembahagian untung dan lain-lain yang berkaitan supaya selari dengan hukum syarak. Setiap wang peserta akan dilaburkan hanya di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah. Etiqa takaful menggunakan konsep seperti :

  1. Tabarru’  ialah peserta bersetuju untuk mendermakan bahagian yang telah
    ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Takaful Am untuk membantu mana-
    mana peserta yang ditimpa musibah.
  2. Wakalah ialah peserta melantik pengendali takaful untuk menguruskan pelaburan
    dan menguruskan dana takaful am ini.
  3. Terhindar daripada konsep riba’, Gharar (ketidakpastian), dan juga Maisir (judi).

Perkara yang dilindungi

Seksyen 1 – kerugian atau kerosakan

Syarikat akan mengendalikan pembayaran gantirugi kepada peserta sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan bermotor dalam keadaan berikut :

  1. Perlangaran yang berlaku disebabkan oleh  kemalangan, kerosakan mekanikal, haus
    dan lusuh pada kenderaan.
  2. Kebakaraan, letupan atau disambar petir. Bagi kes kebakaran syarikat hanya
    melindungi komprehensif dan juga third party (fire & thief). Syarikat tidak akan
    melindungi bagi sebarang kebakaran dan juga kecurian yang berlaku akibat kecuaian
    oleh peserta.
  3. Sekiranya berlaku sebarang rompakan atau kecurian dan  yang menyebabkan kerosakan pada kenderaan ada seperti cermin kereta pecah dan sebagainya.
  4. Perbuatan jahat seperti membaling batu, cermin dipecahkan, rusuhan dan sebagainya.
  5. Semasa dalam perjalanan iaitu semasa proses memasukkan atau memunggah barang melalui jalan raya, jalan air atau rel kereta api.Seksyen 11 -Liabiliti kepada pihak ketiga

Liabiliti pihak ketiga juga akan dilindungi sekiranya berlaku sebarang masalah antara saya dan pihak ketiga (pihak yang menuntut). Syarikat akan mengendalikan bayaran jumlah yang mana saya bertanggungjawab membayar di sisi undang-undang termasuk kos dan perbelanjaan pihak menuntut bagi kes :

  1. Apabila berlaku kematian atau kecederaan tubuh kepada pihak ketiga. Bagi kes ini, tiada had liabiliti yang ditetapkan oleh pihak etiqa.
  2. Kerosakan kepada harta benda pihak ketiga. Bagi sebarang kerosakan yang ditanggung mempunyai had liabiliti sebanyak RM 3juta.
  3. Etiqa juga akan melindungi segala kos perundangan yang dikenakan iaitu maximum sebanyak RM 2,000.

Manfaat tambahan dengan membayar sumbangan tambahan

Saya juga boleh menambah manfaat tambahan untuk melindungi saya daripada sebarang kecelakaan. Setiap manfaat tambahan ini boleh diambil dengan membayar wang sumbangan tambahan kepada pihak syarikat. Dengan ini saya layak menerima perlindungan dengan manfaat tambahan yang dibuat. Berikut adalah manfaat tambahan yang ditawarkan oleh pihak Etiqa, antaranya ialah :

  • Kerosakan cermin kenderaan (premiun 15 % daripada sum insured)
  • Perlindungan liabiliti penumpang (pemandu pertama adalah percuma dan setiap tambahan penumpang hendaklah membayar sumbangan sebanyak RM10)
  • Kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh (premium 0.5% daripada sum insured)
  • Semua pemandu yang dinamakan (dengan bayaran sebanyak RM 50 )
  • Semua pemandu untuk kenderaan syarikat sahaja.

Takaful kemalangan diri/personal accident (PA)

Pelan Perlindungan Kemalangan diri direka khas untuk melindungi peserta dan penumpang peserta sekiranya berlaku sebarang kemalangan ketika di dalam perjalanan menaiki kenderaan persendirian. Etiqa bukan sahaja prihatin terhadap kepentingan setiap peserta tetapi mereka juga turut prihatin terhadap orang di sekelilingnya. Dengam pelan ini saya dapat melindungi diri saya disamping orang disekeliling saya terutamanya ahli keluarga saya. Terdapat pelbagai plan yang telah direka untuk memudahkan pelanggan untuk memilih mengikut kemampuan masing-masing antaranya ialah :

Pilihan A : PA Pemandu & Penumpang

FAEDAH

PELAN A

PELAN B

PELAN C

Kematian @ keilatan kekal        manfaat     RM 15,000    RM 30,000      RM 50,000
Belanja perubatan                        utk     RM 500    RM 1,000     RM 1,500
Khairat kematian                        seorang     RM 1,000    RM 1,000

   RM 1,000

Sumbangan 5 tempat duduk     RM 70    RM 30      RM 210
Sumbangan 7 tempat duduk     RM 94    RM 178      RM 290
Tambahan 1 tempat duduk     RM 12    RM 24      RM 40

 Pilihan B : Flexi PA / Stand Alone

FAEDAH

JUMLAH

Faedah kematian

RM 50,000

Keilatan kemalangan

RM 50,000

Elaun harian (semalam)

RM 50

Sumbangan setahun

RM 70

Pelan bantuan kerosakan

Setiap yang berdaftar dibawah etiqa takaful anda boleh mendapatkan perkhidmatan Etiqa Auto Assist (EAA) iaitu menjalankan perkhidmatan dalam pembaikian atau menunda kenderaan peserta sekiranya berlaku sebarang kerosakkan atau kemalangan. Sekiranya kenderaan saya mengalami sebarang kerosakan saya layak mendapat bantuan seperti bantuan pembaikan kerosakan disisi jalan. Sebarang kerja pembaikian kenderaan hanya dilakukan untuk kerosakkan yang kecil seperti jump start, kerosakan tayar kenderaan dan sebagainya. Sekiranya kenderaan tidak boleh dibaiki, pihak EAA akan mengaturkan khidmat tundaan (towing) untuk dihantar ke bengkel yang berdekatan. Perkhidmatan tundaan kenderaan ini adalah percuma tanpa had jarak ke bengkel terdekat yang ditentukan oleh EAA. Sekiranya saya memilih bengkel lain dan jarak antara lokosi kerosakan dengan bengkel pilihan saya melebihi 50km, maka saya hendaklah menanggung caj tambahan pada kadar RM 3.00 setiap kilometer tambahan selepas 50 km pertama.

Kesimpulannya terdapat pelbagai manfaat yang boleh saya peroleh dengan memilih Etiqa takaful sebagai syarikat insurans kenderaan saya. Etiqa bukan sahaja melindungi kenderaan saya bahkan turut melindungi saya dan orang di sekeliling saya sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kerosakan pada masa akan datang. Antara manfaat yang saya perolehi ialah :

  • Saya memperolehi perlindungan bagi kerosakan atau kerugian kenderaan saya
  • Saya juga dapat melindungi orang disekeliling saya dan juga pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
  • Saya dapat mencarum insurans dalam institusi islamik dan menjamin penjanaan kewangan yang saya carum.
  • Saya boleh mendapat pelan bantuan kerosakan sekiranya kenderaan saya mengalami kerosakan dan juga kemalangan.
  • Terdapat banyak plan Takaful Kemalangan Diri yang ditawarkan dan saya dapat memilih pelan yang bersesuaian dengan pendapatan saya.

Kini anda juga berpeluang mendapat manfaat seperti saya di Etiqa Takaful, anda mestilah bijak menentukan siapa pelindung yang terbaik untuk anda dan juga kenderaan anda kerana setiap keputusan berada ditangan anda.

 

“JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK”


Disediakan oleh:  Nur azilah bt Zulkefli (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Rujukan:

 Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

2 Responses to KENAPA PILIH ETIQA TAKAFUL

  1. hamidah binti hashim says:

    saya nak tny bagi pihak anak saya dia beli kereta viva elita (A) nov 2013 insuran tamat paa 28 nov 2014 boleh ke kalau nak ambil takaful insuran pula. sebelum ni syarikat insuran lain. kalau boleh ada tak yang boleh dibayar secara pinjaman kerana dia baru dapat kerja kerajaan (pengajar di IKBN peretak) dia mula kerja kerajaan bulan ogos baru ni, dan baru sekali ja dapat payslip sebab dia kira gaji sekali dari bulan ogos hingga oktober..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *