HARTANAH

Berdasarkan keratan akhbar BERITA HARIAN Online  menyatakan bahawa Pelaburan hartanah secara relatifnya dijangka lebih popular berbanding pelaburan lain di Malaysia.kata firma perunding hartanah, CH Williams Talhar & Wong Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya, Foo Gee Jen berkata, ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pulangan ke atas pelaburan dalam sektor hartanah semakin tinggi, kira-kira 5.2 peratus berbanding pulangan daripada bon, pasaran saham dan dana mutual iaitu kira-kira dua hingga tiga peratus.

“Bagaimanapun, jangkaan kami ke atas pasaran hartanah tahun ini tidak banyak berubah, sebahagian besarnya disebabkan oleh harga komoditi yang rendah dan pertumbuhan ekonomi terus perlahan di negara utama, selain ketidaktentuan politik,” katanya pada pembentangan Unjuran Pasaran Hartanah Asia Pasifik 2017 di sini, hari ini. Beliau berkata, permintaan dijangkakan meningkat untuk perumahan mampu milik berharga kurang daripada RM400,000. Katanya, pasaran hartanah juga dijangkakan bertahan dan stabil pada harga lebih realistik.

(Berita Harian Online)


Keratan di atas menguatkan lagi hasrat kami untuk menceburkan diri dalam bidang hartanah ini. Satu pencapaian yang baik dimana kami berjaya membeli lebih 10 unit rumah terpakai dan telah menjual dengan harga berpatutan dan selebihnya sewaan. Kami menjaminkan kehalusan seni bina rumah terpakai seperti rumah baru yang belum disunting. Jika anda berminat untuk memiliki hartanah melalui kami sila rujuk rumah yang masih lagi available untuk di jual.

Untuk pengetahuan anda, kami menjul rumah di sekitar MELAKA sahaja kerana lokasi ini merupakan lokasi di mana kami beroperasi, dapatkan maklumat kami di bahagian profile syarikat.

Maklumat lanjut hubungi CARELINE kami di 0196692728