PA TRAVEL

 

 

PARTNER

PA TRAVEL

PA Travel ialah satu bentuk perlindungan kemalangan peribadi yang disediakan untuk melindungi peserta dari risiko yang mungkin berlaku sewaktu mengembara. Dalam ruangan ini, kami menyediakan pakej yang terbaik iaitu Ikhlas Kembara Takaful.

IKHLAS KEMBARA TAKAFUL

Merupakan salah satu produk Takaful Ikhlas yang dikhususkan untuk individu yang selalu mengembara jauh. Tujuan utama Ikhlas Kembara Takaful diperkenalkan adalah untuk memberi perlindungan kewangan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini. Pakej ini memberi perlindungan 24 jam di serata dunia serta membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga. Dengan menggunakan Ikhlas Kembara Takaful, seseorang individu dapat mengembara ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan risiko yang mungkin terjadi.

JADUAL MANFAAT

jadual manfaat
JADUAL SUMBANGAN (RM)

pa travell
*Perlindungan hospital bermaksud sekiranya peserta dimasukkan ke hospital, pihak takaful akan membayar sebanyak RM 5,000.00.

*Dalam jadual manfaat, perlindungan perubatan bermaksud pihak takaful akan membayar kos-kos perubatan bernilai RM 2,000.000.

*Liabiliti persendirian merujuk kepada kecuaian yang menyebabkan peserta takaful tercedera.

RUJUKAN CONTOH KES

Contoh kes 1

Pejabat SUK Seremban ingin membuat lawatan  ke Universal Studio,Singapore.  Tempoh perjalanan pergi dan balik mengambil masa selama 3 hari. Berapakah bayaran yang akan dikenakan jika jumlah peserta seramai 20 orang dewasa dan 10 orang kanak-kanak (bawah 18 tahun)?

Cara pengiraan:

a)      18 tahun ke atas – RM 5.00 x 20 = RM 100.00

b)      18 tahun ke bawah – RM 2.50 x 10 = RM 25.00

c)      Duti Setem: RM 10.00

Jumlah keseluruhan = RM 100 +RM 25 +RM 10 = RM135.00

Contoh kes 2

Encik Ali ingin pergi ke Bandung bersama isteri dan 2 orang anaknya yang berumur 7 tahun dan 8 tahun. Beliau ingin berada disana selama 5 hari. Berapakah bayaran yang akan dikenakan kepada Encik Ali ?

Cara Pengiraan:

a)      18 tahun ke atas (Encik Ali dan isteri) – RM 5.00 x 2 = RM 10.00

b)      18 tahun ke bawah (2 orang anaknya) – RM 2.50 x 2 = RM5.00

c)      Duti Setem = RM 10.00

Jumlah Keseluruhan = RM 10.00 + RM 5.00 + RM 10.00 =RM 25.00

*NOTE: Sumbangan minimum RM 20.00 (tidak termasuk duti setem). Oleh itu, dalam kes ini, jumlah sumbangan yang perlu dibayar oleh Encik Ali ialah sebanyak RM30.00.


Dokumen yang diperlukan untuk menyertai pakej ini ialah seperti berikut:

Anda boleh menghantar nama dan nombor kad pengenalan ke alamat email kami, takaful2all@yahoo.com.my

Kami berpengalaman menguruskan perlindungan  untuk institusi-institusi pendidikan serta kumpulan/peserta yang mengembara bagi perjalanan jauh. Kami juga mengalu-alukan peserta yang ingin menunaikan haji/umrah mendapatkan perlindungan dari kami.

Disemak oleh : Mohd Elam Bin Mohamed

2 Responses to PA TRAVEL

  1. Zainazly Hj Zainal says:

    Assalam,tuan.
    Sy akan bawa 20 org peserta ke Hokkaido, 16/4-22/4/2016 ni. Sy ingin dptkn sebutharga Ikhlas Kembara Takaful drpd tuan. Blh hubungi sy via Whatsapp, Naz Jepun ; 0132042285

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *