ZAKAT

Presentation1Zakat Emas dan Perak

TAKRIF :

Emas dan perak adalah sejenis galian yang diwajibkan zakat. Ini adalah kerana logam ini sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Adapun barang perhiasan selain daripada emas dan perak iaitu intan, mutiara, sutera, suasa dan sebagainya adalah tidak wajib zakat ke atasnya. Zakat Emas : Nisab zakat emas yang dipakai  = 200gram. Nisab zakat emas yang tidak dipakai = 85gram

  Zakat Perak :

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

  1. Jongkong perak
  2. Mata wang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak menurut Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

DALIL :

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”.

(Riwayat Muslim)

Kadar zakat perak yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 5 dirham bersamaan 2.975 gram perak atau 2.5 peratus (1/40).

Kaedah pengiraan zakat perak ialah 2.5 peratus daripada nilai perak yang melebihi kadar nisab semasa dan telah cukup haul.

DALIL WAJIB ZAKAT

Firman Allah s.w.t:

at taubah 34-35
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”

(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

DALIL :
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”.(Riwayat Muslim) Kadar zakat perak yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 5 dirham bersamaan 2.975 gram perak atau 2.5 peratus (1/40). Kaedah pengiraan zakat perak ialah 2.5 peratus daripada nilai perak yang melebihi kadar nisab semasa dan telah cukup haul.

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK 

Emas perhiaasan wanita

Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram.

Contoh:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

Emas Yang Disimpan
Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan sama ada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112

zakat-emas1-300x234

 

Disemak oleh : Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *