SOALAN LAZIM

Soalan Lazim Emas

1. Adakah setiap ringgit Malaysia yang dikeluarkan perlu bersandarkan Emas pada masa ini ?

 jawapan : 
Menurut pandangan saya kepada Bank Negara Malaysia,ringgit Malaysia yang dikeluarkan TIDAK perlu bersandarkan Emas pada masa ini.

2. Apakah fakor harga Emas turun naik ?

Jawapan :
Antara faktor harga Emas turun naik apabila berlakunya bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami . Di samping itu, harga Emas juga akan berubah sekiranya berlaku peperangan di negara ini . Sebagai contoh, berlaku peperangan di negara Malaysia, harga Emas di dunia akan meningkat dengan serta merta. Akhir sekali , apabila terjadinya inflasi di mana harga barang semakin meningkat dan nilai mata wang akan menjadi semakin kecil.

3. Adakah tempoh penyimpanan Emas terhad ?

Jawapan :
Menurut kajian saya, TIADA tempoh dalam penyimpanan Emas . Hal ini kerana Emas sentiasa laris dari semasa ke semasa . Semakin lama seseorang itu menyimpan Emas, semakin tinggi keuntungan yang bakal dimilikinya.

4. Bolehkah kita menerima Emas sekiranya Emas itu mempunyai kerosakan pada bentuknya seperti bengkok atau terbakar ?

Jawapan :
Menurut pandangan daripada Public Gold, Emas masih boleh diterima walaupun bentuk fizikalnya itu rosak . Sekiranya terbakar , kita masih boleh menggadainya di Public Gold .

5. Bagaimanakah cara pengiraan harga Emas dunia ?

Jawapan :
Di sini saya sertakan contoh jalan pengiraan harga Emas dunia :

1292 USD x RM3
=3876
/ 31.102
= Rm124 

6. Siapakah yang layak membuat pelaburan Emas ?

Jawapan :
Pada pendapat saya , sesiapa sahaja layak membuat pelaburan Emas bagi mereka yang berkemampuan untuk membeli Emas .
Untuk maklumat lanjut , anda boleh layari laman web ini.

7. Bagaimana cara sebenar pelaburan emas?

Jawapan :
Cara sebenar pelaburan emas mempunyai 3 step.

Step 1) : Sediakan modal dan menggunakan modal itu untuk membeli emas.
Step 2) : Simpan emas tersebut sementara menunggu harga emas itu naik.
Step 3) : Apabila harga emas sudah meningkat,kita boleh menjual emas itu dan
dapatkan keuntungan.

8. Adakah kita boleh untung sekiranya kita hanya beli dan simpan sahaja ?

Jawapan :
Ya, beli dan simpan sahaja. Harga emas itu akan bergerak naik dan turun tanpa kita berbuat apa-apa. Apabila harganya naik lebih tinggi daripada harga kita beli sebelumnya, ketika itu kita jual dah dapat untung.

Contoh :

1. Saya beli emas 500g pada 16 April 2013 pada harga RM71,470.00.

2. Kemudian saya simpan seketika emas itu sementara tunggu harga emas naik.

3. Kemudian pada 9 Mei 2013, harga emas dah naik dan saya jual semula emas 500g itu kepada Public Gold semula, dengan harga PG BUY ketika itu RM74,037.00.

9. Dimanakah tempat yang selamat untuk menyimpan emas ? Adakah di ar-rahnu?

Jawapan :
Tidak, simpanlah emas di tempat yang selamat dan di khaskan untuk menyimpan barangan berharga. Sebaiknya di peti simpanan selamat (Safe Deposit Box).

Paling mudah, jika anda membeli emas di Public Gold International Bhd, anda boleh terus menyimpan emas tersebut menggunakan perkhidmatan peti simpanan selamat yang disediakan oleh public safe.

Ianya ada ditawarkan di semua 18 cawangan public gold seluruh Malaysia. Caj simpan yang dikenakan hanya 1% setahun daripada nilai ketika emas itu disimpan.

10. Apa hukumnya beli emas dari public gold ni?

Jawapan :
Hukumnya sah dan halal jika transaksi belian dibuat berpandukan hukum muamalat jual beli emas dan perak.

Soal halal dan haram dalam muamalat bukan berkaitan soal “beli dari siapa”, tetapi “bagaimana cara/kaedah beliannya”.

Meskipun beli emas dari org bukan islam, ianya sah dan halal jika berpandukan hukum, bahkan jika membeli dari orang islam sekalipun hukumnya boleh jadi tidak sah dan haram jika ianya tidak berpandukan hukum.

11. Adakah kaedah lock harga emas ini dibenarkan mengikut hukum syara’?

Jawapan :
Lock harga dibenarkan. Baca petikan dari parameter pelaburan emas yg dikeluarkan oleh majlis fatwa disini :

 ” Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak.

Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan…”

12. Selepas bayaran dibuat kepada Public Gold, perlu tunggu berapa lama baru boleh
ambil emas?

Jawapan :
Produk boleh diambil serta merta selepas bayaran dijelaskan sekiranya jenis produk yang dibeli oleh pelanggan itu ada di cawangan tersebut.

Sekiranya jenis produk yang ingin diambil kehabisan di cawangan itu, maka pelanggan diminta menunggu dalam tempoh maksimum 3 hari (biasanya lebih awal), sebelum mereka boleh mengambil produk tersebut di cawangan berhampiran.

13. Apa beza dinar dengan bar emas?

Jawapan :
Dinar emas ataupun syiling emas datang dalam emas 999 dan 916, manakala bar emas datang dalam emas 999. Harga semasa pasaran juga mengikut saiz dan berat. – See more at: http://www.maribeliemas.com/soalan_lazim_pembelian_emas.html#sthash.pJFa3mfT.dpuf

14. Hendak beli yang mana satu? Dinar atau bar emas?

Jawapan :
Beli mana-mana sebenarnya tidak menjadi masalah. Bagi yang baru mula, disarankan untuk mula dengan kuantiti yang kecil. Kemudian bila sudah selesa dan sudah ada kemampuan, boleh mula untuk membeli bar emas, contohnya Public Gold Bullion Bar (20 gram atau 50 gram)

15. Apa perbezaan dinar/bar emas dengan barang kemas emas?

Jawapan :
Barang kemas lebih mahal kerana termasuk dengan upah untuk membuat barang kemas. 

16. Bagaimana saya boleh mengambil emas saya?

Jawapan :
Terdapat 3 cara untuk anda mengambil emas anda :

a. Pelajar di luar negara
i – Anda boleh mengambilnya sendiri semasa di KLIA, tetapi terdapat cas perkhidmatan untuk penghantaran emas ke sana.

ii – Jika anda mempunyai saudara terdekat / kenalan yang dipercayai, anda boleh meminta mereka untuk mengambilnya daripada kami di kawasan sekitar Lembah Klang. Lokasi perjumpaan yang terlalu jauh akan dikenakan cas untuk servis penghantaran.

iii – Kami juga boleh membuat penghantaran pos terus ke rumah anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

b. Pelajar di dalam negara
i – Anda boleh mengambilnya sendiri di sekitar kawasan Lembah Klang. Jika lokasi perjumpaan terlalu jauh, terdapat cas perkhidmatan untuk penghantaran emas ke sana.

ii – Jika anda mempunyai saudara terdekat / kenalan yang dipercayai, anda boleh meminta mereka untuk mengambilnya daripada kami di kawasan sekitar Lembah Klang. Lokasi perjumpaan yang terlalu jauh akan dikenakan cas untuk servis penghantaran.

iii – Kami juga boleh membuat penghantaran pos terus ke rumah anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

– See more at: http://www.maribeliemas.com/soalan_lazim_pembelian_emas.html#sthash.pJFa3mfT.dpuf

Di semak oleh: Mohd Elam B Mohamed

 

 

 

 

 

2 Responses to SOALAN LAZIM

  1. Mahfiza Mohd Nasir says:

    Berapa amount paling minimum untuk saya beli emas. Tqvm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *