TEKNIK 6

Melabur sambil berniaga emas

Teknik ini memang mendatangkan pulangan yang lumayan. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan tak kira sama ada apabila harga emas naik ataupun turun. Kedua-dua situasi pun anda akan untung.

Caranya ialah dengan melabur sambil berniaga emas.

Inilah teknik yang sangat hebat kerana membolehkan anda menjana pendapatan tidak kira sama ada harga emas sedang naik atau turun. Jika anda membeli emas pelaburan dan menunggu harga naik, maka keuntungan anda ditentukan oleh pasaran emas sahaja. Jika pasaran naik banyak maka untung pun banyak, jika pasaran jatuh maka anda kena tunggu lagi. Bagi peniaga emas. Anda akan membuat keuntungan apabila harga emas jatuh. Ini kerana apabila harga emas jatuh ramai pelanggan yang akan membeli emas daripada anda.

Jadi anda akan mendapat untung melalui komisyen jualan. Apabila harga emas naik maka anda mendapat untung daripada kenaikan harga emas, sama seperti belabur. Jadi harga emas turun anda untung, harga emas naik pun anda untung.

cats images (73)

sumber:  Ebook ” menyingkap rahsia pelaburan emas”


Disemak oleh: Mohd Elam B Mohamed

One Response to TEKNIK 6

  1. NAZ says:

    Assalamualaikum
    saya nak tanya sikit boleh?
    untuk teknik 6, berapa kah nilai minimum pelaburan bagi pelabur baru?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *