TEKNIK 5

Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu.

Teknik ini utk pemegang emas fizikal aje, GIA dan Maybank GIA tak boleh.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun simpanan emas, teknik ini anda tak boleh buat tetap memperoleh untung kerana ia boleh digadaikan untuk mendapatkan tunai segera.

Jadi anda boleh menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu untuk membuat keuntungan. Akaun simpanan emas seperti UOB GSA, Public Bank GIA dan Maybank GIA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi. Ia tidak boleh digadaikan di Ar-Rahnu.

Dua teknik manipulasi Ar-Rahnu:

Teknik 1:  Pajak emas fizikal dan masukkan ke dalam akaun UOB GSA.
Teknik 2:  Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak, kemudian beli emas fizikal lagi.

Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas… memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh. Sebagai orang berpengalaman (sebab selalu memantau harga emas) anda akan tahu bila akan berlakunya buying opportunity.

(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah)

 Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangka masa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)

Anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula. Kita dapati harga emas boleh jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu. Namun selepas itu ia melonjak naik sebanyak 47.6% dalam tempoh 4 bulan.

 Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk akaun UOB Gold Saving Account.

  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas UOB GSA (UOB GSA dipilih kerana spreadnya yang lebih rendah berbanding Maybank GIA dan Public Bank GIA).
  2. Bila harga emas kembali naik, anda jual emas dari akaun simpanan emas dan tebus balik emas di Ar-Rahnu

 Teknik 2 : Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.

  1. Ketika harga emas rendah @ buying opportunity, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut, contohnya Syiling Emas UOB, Kijang Emas atau jongkong emas Public Gold (emas yang spread nya kecil)
  2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali).
  3. Di hujung proses ini, pasti kan anda ada emas fizikal di tangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar- Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Diakhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas pada harga tinggi boleh menampung kos upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.

Disemak oleh: Mohd Elam B Mohamed 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *