TEKNIK 4

Menjana keuntungan dengan akaun simpanan emas (beli ketika harga turun , jual ketika harga naik)

Selain menjana keuntungan melalui emas fizikal, membeli dan menjual emas menggunakan akaun simpanan emas boleh membantu menjana keuntungan lumayan kepada anda.

Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik. Memandangkan akaun simpanan emas UOB Bank menawarkan spread yang terendah, saya cadangkan anda untuk membuat keuntungan menggunakan akaun simpanan emas UOB berbanding akaun simpanan emas daripada bank-bank lain.

Contoh:

Pada 7/6/2011 harga jualan untuk akaun simpanan emas UOB adalah RM151.30 se gram. Pada22/8/2011 harga belian balik adalah RM178.90 se gram. Ini adalah kenaikan RM27.60 se gram di dalam masa hanya 2 ½ bulan sahaja (bersamaan 18.24%).

Ini adalah contoh untuk akaun simpanan Public Bank GIA:

Pada 7/4/2011 harga jualan untuk Public Bank GIA adalah RM145.17 se gram. Pada 22/08/2011 harga belian balik adalah RM178.06 se gram. Ini adalah kenaikan RM32.89 se gram di dalam masa 4 ½ bulan sahaja (bersamaan 22.65%)

Tip: Bagaimana memaksimumkan keuntungan pelaburan akaun simpanan emas anda?

Anda boleh memaksimumkan keuntungan dengan cara menambahkan stok emas anda ketika harganya menurun. Caranya ialah anda tunggu sehingga harga emas jatuh bermula 8% ke atas. Kemudian anda boleh mula membeli. Jika harga emas turun lagi, maka anda boleh membeli lagi. Harga emas boleh jatuh melebihi 10%. Namun anda tak perlu menunggu harga jatuh 10% sebelum membuat pembelian. Ini kerana ditakuti harga emas akan membuat peralihan untuk naik semula Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Terutamanya untuk mengenal pasti bila berlakunya buying opportunity.

(Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan emas stok ketika harga emas sedang rendah)

Beberapa istilah penting.

Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu support dan resistance.

Support: bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah.

Resistance: bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.

Tips: Dengan melihat nilai support dan resistance harga emas terdahulu anda boleh mengagak sejauh mana harga emas boleh jatuh.

 Memaksimakan keuntungan bila trend harga menaik.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan akaun simpanan semasa trend menaik? Sebagai contoh kita gunakan keuntungan daripada akaun Public Bank GIA tadi.

Katakan anda membeli 200 gram emas Public Bank GIA pada 7/4/2011 dengan harga RM145.17 se gram. Jadi, jumlah kos belian = RM145.17 x 200 gram = RM29,034.

Pada 22/8/2011 harga emas telah naik kepada RM178.06 se gram (harga belian balik). Jika anda menjual semua 200 gram emas tersebut maka anda akan mendapat sebanyak RM35,612.

Keuntungan bersih anda adalah RM35,612 – RM29,034 = RM6578.

Memaksimakan keuntungan bila trend harga menurun.

Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance. Sekarang, harga emas dijangkakan dalam trend menurun.

Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram sahaja (baki minima).

Keuntungan daripada jualan anda ambil, modal pula anda simpan. Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapai support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermula kembali. Menunggu harga emas naik memang memenatkan, tapi apabila harga target dah sampai. Maka kita start beli balik emas GIA. Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses di atas. InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.

Teknik membeli emas GIA ketika harga mula menaik.

Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.

  1. Teknik cost average: beli emas secara konsisten mengikut sela masa tertentu.
  2. Teknik beli semua: semua modal tu terus beli emas. Tak perlu tunggu.

download (12)download


Disemak oleh: Mohd Elam B Mohamed

One Response to TEKNIK 4

  1. razman says:

    Salam, mohon ambil maklumat untuk tambah ilmu pelaburan.terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *