TEKNIK 3

Buat pinjaman dan beli emas fizikal

Membuat pinjaman dan membeli emas fizikal  boleh mendatanglkan keuntungan. Ini kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.

Definisi: “Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”

Kajian kes:

Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00

Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz. Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1 Oz ketika itu adalah RM2351.

Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18 808.00 (RM2351 x8). Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% . Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 23/7/2008 – tarikh kajian ini dibuat, berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit

Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata pulangan ialah 20% setahun.

 Kajian menunjukkan kesemua pakar pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas. Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas memang berpotensi tinggi meningkat naik. Ini kerana pelabur-pelabur di seluruh dunia melihat emas sebagai pelaburan selamat (save heaven). Kita pun tahu krisis kredit/ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.


Disemak oleh: Mohd Elam B Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *