TEKNIK 2

Beli emas ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.

Ini adalah kaedah yang termudah. Beli emas fizikal, tunggu sehingga harganya naik dan jual apabila harganya mencecah target keuntungan anda. Sebagai contoh jika anda target untuk mendapat keuntungan sebanyak 25% maka anda akan menjual emas-emas anda sebaik sahaja harganya naik 25%. Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan. Sebagai contoh, emas yang mempunyai spread yang rendah (di bawah 10%) adalah syiling emas UOB Bank, Kijang Emas, Jongkong emas Public Gold dan Dinar Emas Public Dinar.

Cara-cara

Anda beli emas dan kemudian menyimpan emas tersebut. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan. Jika anda memerlukan wang semasa proses menunggu, anda boleh menggadaikannya di Ar-Rahnu. Bagi buku akaun simpanan emas pula, anda tak boleh nak gadaikan emas anda. Anda kena tunggu sahaja.

Contoh:

Anda membeli 5 sekeping syiling Kijang Emas 1 Oz pada 2/1/2008 pada harga RM2,932 sekeping. Jumlah pelaburan anda ialah RM14 660. Anda meletakkan target untung mendapat keuntungan sebanyak 30% (kenaikan harga sekurang-kurangnya RM880 untuk sekeping. Kalau dapat lebih lagi bagus). Jadi target harga jualan anda adalah apabila harga Kijang Emas itu mencecah RM3812 atau lebih. Maka anda pun mulalah memerhatikan kenaikan harga Kijang Emas hari demi hari di laman web Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141.Akhirnya pada tarikh 23/11/2009 anda dapati harga belian balik Kijang Emas adalah RM3839.

Jadi anda boleh menjual kesemua syiling Kijang Emas ini dan memperoleh keuntungan sebanyak RM4535 (RM907 x 5 keping). Tahniah! Anda telah mencapai target untung anda.

Pilihan kedua.

Jika anda rasa sayang untuk menjual kesemua syiling kijang emas tersebut, anda boleh menjual sekeping Kijang Emas sahaja (menjual nilai untung). Anda memperoleh keuntungan RM3839 dan masih mempunyai 4 keping syiling Kijang Emas yang boleh dijual pada harga lebih tinggi pada masa hadapan.

Kebaikan:

  1. Jika anda membeli emas fizikal, anda boleh menggadaikannya di Ar-Rahnu jika memerlukan wang. Emas fizikal mempunyai kecairan yang tinggi.
  2. Anda boleh menjual syiling Kijang Emas tersebut dengan harga yang lebih tinggi dariharga pasaran kepada orang yang berminat untuk membeli syiling Kijang Emas anda. Anda tidak perlu jual semula syiling Kijang Emas anda kepada Maybank. Dengan cara ini anda boleh menambahkan keuntungan anda.

Disemak oleh: Mohd Elam B Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *