TEKNIK 1

Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset/simpanan anda. 

Emas juga boleh menjadi aset yang menguntungkan pemiliknya, kerana:

  1. Nilainya sentiasa naik
  2. Ia tidak boleh dibinasakan
  3. Ia boleh disimpan dengan mudah dan selamat
  4. Ia boleh dicairkan kepada tunai dengan cepat.
  5. Anda boleh menjualnya bila-bila masa sahaja.

Jadi teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset anda. Anda beli emas dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 20 – 30 tahun (atau selama-lamanya). Emas ini akan menjadi pusingan modal untuk anda. Jika anda memerlukan wang segera maka emas anda boleh digunakan. Bagaimanakah cara ini boleh menguntungkan anda?

Dengan andaian purata harga emas naik 20% ke 30% setahun di dalam jangka masa panjang maka anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi menggadaikan emas ini di Ar-Rahnu. Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Wang ini boleh digunakan sebagai pusingan modal untuk perniagaan. Sebagai contoh:

Katakan anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400.

Apabila anda menggadaikan emas tersebut di Ar-Rahnu pada masa tersebut maka anda boleh meminjam sebanyak 70% daripada nilai emas tersebut.

Jadi 70% x RM11400 = pinjaman sebanyak RM7980

Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 120% maka nilai emas anda telah naik harganya menjadi RM25 080.

Nilai pinjaman Ar-Rahnu yang boleh diperoleh pada tahun 2013 ialah:

70% x RM25 080 = RM17 556.

Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 240% menjadi RM38 760 maka nilai

pinjaman Ar-Rahnu yang boleh anda peroleh pada tahun itu ialah: 70% x RM38 760= RM27 132.

Dengan kata lain, semakin lama tempoh masa anda menyimpan emas maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam. Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh memberikan pinjaman bernilai RM27 132 selepas 8 tahun.

Jongkong emas sebagai aset anda. Lebih berat lebih baik.

Dengan teknik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau turun. Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai harta. Bila anda perlukan wang maka anda gadaikan sahaja di Ar-Rahnu. Semakin lama simpan, semakin tinggi nilai emas ini. Semakin banyak pinjaman yang anda boleh dapat. Pinjaman ini anda boleh gunakan untuk menjana lebih banyak keuntungan contohnya membeli lebih banyak emas apabila harga emas turun dan menjualkan kembali emas hasil pajakan tersebut apabila harga emas meningkat naik.

images (50)


Disemak oleh: Mohd Elam B Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *