TEKNIK PELABURAN

Emas sebagai alternatif pelaburan

Pelaburan emas boleh dilakukan melalui 2 kaedah, iaitu pelaburan secara emas fizikal dan pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas.

Emas fizikal

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan-kelebihan berikut:

  1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
  2. Mudah dibawa.
  3. Mudah ditunaikan.
  4. Mempunyai susutnilai yang rendah.
  5. Boleh digadaikan.

Kebanyakan syiling emas yang dijual untuk tujuan pelaburan mempunyai berat yang standard iaitu ukuran berat di dalam troy ounce (bersamaan 31.1 gram). Bagi jongkong emas pula biasanya beratnya diukur di dalam kiraan gram. Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang terbaik jika dibandingkan dengan syiling dan jongkong emas. Ini kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut. Jika pembeli hendak menjual kembali kembali barang kemas tersebut maka pembeli boleh dikenakan susutnilai yang tinggi iaitu di antara 25% sehingga 40%.

Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan oleh institusi perbankan tempatan dan bank luar negara. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga bank yang tidak menawarkan pilihan ini.

Di antara bank-bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas ialah:

  1. Public Bank : Gold Investment Account (PBGIA)
  2. Maybank : Gold Investment Account (MGIA)
  3. Kuwait Finance House Malaysia Gold Investment Account (KFHGIA-i)
  4. Akaun Simpanan Emas UOB Bank
  5. CIMB Bank Akaun Deposit Emas
  6. Al-Rajhi Bank Gold-i

Dengan membuka akaun simpanan pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya kuantiti emas yang dibeli oleh pelabur akan direkodkan di dalam buku simpanan berdasarkan harga emas semasa. Jika pembeli mahu mengeluarkan emas fizikal maka pihak bank mungkin akan mengenakan beberapa syarat atau cas-cas tambahan.

akaun-pelaburan-emas13Contoh Emas Fizikal

buy_gold_via_maybank_gold_savings_passbook_account_for_gold_investmentContoh Akaun Simpanan Emas


Disemak oleh: Mohd Elam B Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *