EMAS

 

Penggunaan Emas

Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang keempat. Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa.

Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 – satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas – sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit. Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas. Proposal ini bertujuan mencari sistem alternatif bagi mengelakkan ketidakpastian situasi ekonomi yang terdedah kepada ancaman manipulasi mata wang dan aktiviti spekulasi. Untuk memahami kenapa Dr. Mahathir mencadangkan sistem dinar emas, kita perlu melihat kembali kepada krisis mata wang Malaysia yang berlaku pada Julai 1997.

Di dalam bukunya ‘The Malaysian Currency Crisis, How and Why it happen’ Dr. Mahathir menerangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai perkembangan ekonomi yang kukuh. Ia berkembang sebanyak 8% setahun, memiliki politik yang stabil dan ekonomi yang kuat. Nilai mata wangnya adalah stabil dan hutang antarabangsanya masih di tahap boleh diuruskan. Justeru Malaysia bukanlah negara yang berpotensi menghadapi kemelesetan ekonomi.

Namun bermula pada Julai 1997, nilai mata wang Ringgit Malaysia mula jatuh dengan pantas dan pasaran saham menurun ke tahap yang paling rendah. Nilai Ringgi Malaysia terus jatuh tanpa dapat di tahan. Rakyat Malaysia kebingungan dengan situasi ini. Faktor utama kejatuhan nilai Ringgit Malaysia adalah berpunca daripada serangan spekulasi daripada peniaga mata wang. Dr. Mahathir menyalahkan para spekulator yang menyumbang kepada penurunan nilai RM sehingga menjejaskan keseluruhan ekonomi negara. Peniaga mata wang menurunkan nilai RM bukan kerana mereka takut nilai mata wang akan menurun sebaliknya mahu mengaut keuntungan dengan menjual mata wang. Dr. Mahathir faham bahawa nilai mata wang boleh diserang kerana ianya bersandarkan sistem wang fiat. Wang fiat adalah wang yang diiktiraf sah oleh kerajaan tanpa disokong oleh apa-apa logam berharga seperti emas dan perak. Di dalam satu ucapannya, Dr. Mahathir menyebut bahawa wang kertas memperoleh nilainya daripada pengiktirafan kerajaan. Kerajaan yang meletakkan nilai pada wang kertas berkenaan. Contohnya wang kertas RM1 mempunyai nilai kerana kerajaan yang mencetak nilainya di atas wang kertas berkenaan. Jika kerajaan mencetak RM5 atau RM10 ke atas wang kertas berkenaan, nilai kertasnya adalah tetap sama. Pengiktirafan dan jaminan kerajaan yang menyebabkan wang kertas mendapat nilainya. Antara pengajaran yang diperoleh daripada krisis mata wang tahun 1997.

  1. Wang kertas tidak mempunyai nilai – ia cuma nombor yang dicetak di atas kertas
  2. Sistem kewangan global adalah tidak stabil dan tidak adil.
  3. Negara membangun mempunyai sedikit ataupun tiada langsung pertahanan dari aktiviti spekulasi mata wang.
  4. Untuk melindungi diri sendiri, sesebuah negara perlu membina sistem perdagangan sendiri berteraskan nilai sebenar.
  5. Emas mempunyai nilai yang stabil, selamat dan diterima di seluruh negara sebagai media pertukaran.

 Emas Sebagai Harta

Sebenarnya kita boleh membeli apa yang kita mahu ( D700, 70-200 2.8, 85mm 1.4, motosikal, basikal yg mahal dan mcm2 lagi…) secara ansuran tanpa interest satu sen pun, cara ini dapat menghapuskan amalan riba… ini bukan hayalan jika anda tahu caranya …menarik bukan? Nak tahu rashianya?…. 

Saya pasti ramai yang ingin tahu rashia atau kaedahnya.Disini saya akan menerangkan kepada anda secara percuma bagi membolehkan kita sama mempraktikkannya.
Ok, jawapannya adalah  simpanlah (kumpul) emas dari sekarang.Kumpul lah sedikit demi sedikit InsyaAllah akan menjadi bukit.Jika anda tak mulakan sekarang bermakna anda tidak akan bermula dan anda juga tidak berusaha untuk mengelakkan diri anda dari amalan riba. Kenapa saya katakan dengan menyimpan emas amalan riba terhapus sebabnya… segala kemahuan anda boleh dibayar secara tunai. Di sini saya akan terangkan lebih terperinci :

Lihat contoh yang saya berikan ,

Sekiranya hari ini anda telah memiliki emas sebanyak 15 dinar = RM9585 (harga pada 19/10/10 jam 7:30AM) dalam simpanan anda. Dan dalam masa yang sama anda ingin membeli sebuah motosikal dengan hargaRM5500( jika secara tunai), kalau hutang (riba) mungkin harganya melebihi RM7000.Apabila anda berhasrat ingin membeli motosikal secara ansuran, ini bermakna anda mampu untuk membayar bulanan sebagaimana yang ditetepkan. Ok, bagi mengelakkan amalan riba di atas – 15 dinar emas yang anda miliki tersebut anda pajak dipajak gadai Islam, dengan harga yang diberikan di atas anda memperolehi sebanyak RM6230 (60% gadaian dari nilai emas anda, boleh dapat sehingga 70%). Ambil jumlah yang diperlukan sahaja dan terus kekedai motor dan beli secara tunai. Buat bayaran bulanan di pajak gadai bagi menebus kembali emas yang telah digadai tersebut.Maka anda telah menjauhkan diri anda dari amalan riba sebab bayaran dipajak gadai tidak mempunyai interest 1 sen pun yang dikenakan cuma upah simpan emas anda.

Hari ini anda telah disampai dengan satu ilmu, ILMU + TINDAKAN = KEJAYAAN ( dunia dan akhirat ).

 Kelebihan Emas

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran. Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik.

2. Emas bernilai untuk selama-lamanya.

Kebanyakan benda memiliki nilai yang terhad kepada had masa dan had tempat. Namun nilai emas tiada had masa dan had tempat. Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.

3. Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangkamasa panjang.

Satu lagi keistimewaan emas ialah ia mengekalkan kuasa belinya dalam jangkamasa panjang. Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang. Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007″

4. Emas adalah aset yang terunggul.

Emas juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai kerana emas merupakan aset yang sangat cair. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan mudah dengan menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu (contohnya Ar-Rahnu Agrobank, Ar- Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim dan banyak lagi). Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% – 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.

5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Selain itu emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara. Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah. Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.

 Kelemahan Wang Kertas

Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang:

Di dalam jangkamasa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana semakin lama disimpan maka nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang. Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi. Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan diantara harga emas dengan matawang utama dunia iaitu US Dollar. Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD) maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 – 2006. Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan diantara harga emas dengan matawang utama dunia iaitu US Dollar. Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD) maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 – 2006.

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 – 2007 (sumber www.dollardaze.org)

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas maka kita akan mendapat graf seperti dibawah:

Di dalam jangkamasa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.


Disemak oleh: Mohd Elam Bin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *