EMAS

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia….,

Emas adalah pelindung nilai yang terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda
dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yang akan menyebabkan wang
simpanan anda menyusut nilai. Emas juga dapat meningkatkan tabung simpanan masa depan anda, bebas terbang ke banyak lokasi, melancong sana sini, banyak masa bersama keluarga dan bahagia bersama keluarga tersayang. Berubahlah kepada simpanan emas kerana Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Akan tiba suatu zaman, di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia kecuali emas dan perak maka simpanlah dinar dan dirham.”
-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal-

KENAPA EMAS ???

PENYIMPAN NILAI TERBAIK
Pakar-pakar pelaburan menyarankan supaya memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan kerana emas sentiasa bernilai sepanjang zaman dan merupakan penyimpan nilai yang baik serta kalis inflasi dan juga penebat kebocoran kewangan. Rahsia jutawan mengekalkan kekayaan mereka walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil serta kejatuhan matawang ialah dengan menyimpan emas sebagai penyimpan nilai harta mereka.

KALIS INFLASI
Wang kertas atau disebut ‘wang fiat’ boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan di dunia dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang terlalu banyak, tidak seiring dengan perkembangan ekonominya, mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara tersebut menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%.

emas 1

 

 

Pada zaman Rasulullah SAW, Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut.  Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.
Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya:
Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

emas 2

Kesimpulan dari riwayat tersebut menunjukkan harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Kini harga seekor kambing adalah sekitar RM 700 hingga RM800 manakala harga emas 1 dinar ketika ini adalah dalam lingkungan RM700 hingga RM800. Ini menunjukkan emas mengekalkan kuasa belinya sejak zaman berzaman.

 HARGA EMAS YANG TERUS MENINGKAT
Peningkatan harga emas dari tahun ke tahun adalah salah satu sebab, mengapa anda perlu
menyimpan emas. Contohnya, harga emas telah meningkat daripada RM30/gram sekitar tahun 2000 kepada rm180/gram pada tahun 2012. Trend tersebut menjadikan menyimpan emas dalam jangkamasa panjang adalah satu langkah aktiviti pelaburan yang amat selamat. Rekod dan graf harga emas semasa dunia boleh di semak di website www.kitco.com.

emas 3

 

Cuba anda bayangkan kalau anda membeli 1kg emas pada tahun 2000 pada harga ketika itu RM30k dan pada tahun 2012 nilainya menjadi RM180k . Apa akan jadi kalau anda menyimpan RM30k di bank atau Amanah Saham pada tahun 2000. Adakah mungkin pada tahun 2012 nilai simpanan itu menjadi RM180K? Belum lagi ditolak dengan inflasi yang kadar puratanya 2%.

MUDAH DITUKARKAN KEPADA TUNAI
Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair jika dibandingkan dengan eset tanah atau rumah yang amat sukar untuk dijual semula. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan menjualnya.
Anda bimbang emas anda susah untuk di jual? Dimana-mana di seluruh dunia, permintaan
terhadap logam emas adalah tinggi. Anda boleh menjualnya dikedai-kedai emas atau peraih emas dan pilihlah pembeli emas yang boleh membeli emas anda dengan harga paling tinggi.

emas 4

Dalam situasi di mana anda perlukan wang tunai dengan segera tanpa melepaskan pemilikan emas, gadaian adalah jalan terbaik. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

LAIN-LAIN KEISTEMEWAAN EMAS
✔ Warna kekuningannya yang cantik, menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
✔ Diiktiraf di seluruh dunia sebagai logam yang paling berharga.
✔ Bernilai untuk selama-lamanya walaupun telah berubah bentuk fizikalnya seperti patah, bengkok, telah menjadi serbuk dan sebagainya. Tidak seperti wang kertas, menjadi tidak bernilai bila terbakar atau koyak.
✔ Mudah untuk dibahagikan tanpa merosakkan nilainya.
✔ Meningkatnya keperluan emas untuk jangkamasa panjangdan sifatnya yang tidak boleh
dicipta serta sumbernya makin berkurangan menyebabkan harganya semakin mahal.

PANDUAN SIMPANAN EMAS

emas 5

DAPATKAN INFO BERKAITAN EMAS
Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas atau syarikat yang
menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya. Baca tentang simpanan emas di internet sama ada melalui forum, blog-blog emas atau menyertai mana -mana group perbincangan tentang emas di facebook. Cara ini lebih praktikal dan sesuai untuk mereka yang ada akses internet dan selalu online. Anda juga boleh hadir ke seminar-seminar emas. Biasanya mana-mana seminar emas pasti akan menyampaikan info yang sama dan beza hanyalah pada produk dan sistem syarikat serta servis yang ditawarkan. Tapi pastikan anda hadir ke seminar emas yang menawarkan emas fizikal.

PASTIKAN BELI EMAS DAPAT EMAS
Pastikan beli emas dapat emas, bukannya beli emas hanya dapat sijil atau surat perjanjian sahaja. Jika berlaku sesuatu kepada syarikat tersebut seperti ditutup, bankrup dan sebagainya, emas telah berada ditangan anda dan boleh menjualnya ke pihak lain tanpa menanggung apa-apa kerugian. Elakkan dari menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan tetap setip bulan atau keuntungan yang tidak munasabah.

BELI SEMASA HARGA MURAH
Ramai yang takut bila harga emas jatuh sedangkan masa itulah paling sesuai untuk membeli emas. Dengan membeli emas semasa harga murah, anda akan mendapat lebih kuantiti emas. Harga rendah, duit jimat, gram lebih. Kebiasaannya peniaga emas akan memborong emas pada awal tahun kerana ketika itu kebiasaannya harga emas akan murah. Mereka akan menjualnya semasa musim perayaan di mana harganya melambung tinggi.

JANGAN TERLALU MENUNGGU BILA HARGA AKAN RENDAH
Jangan terlalu menunggu bila harga akan rendah. Orang selalu berkata bahawa harga emas mahal, tak berkemampuan nak beli. Ya, memang betul harga emas mahal, hampir setiap tahun orang akan berkata bahawa harga emas mahal. Bila masa harga emas akan murah? Tahun demi tahun harga emas semakin mahal. Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Belilah emas sekarang sebelum harganya akan semakin mahal.

BELI EMAS BILA ADA WANG
Sebagaimana anda menyimpan wang kertas di rumah mahupun bank, begitulah juga konsep simpanan emas ini. Simpanlah mengikut kemampuan, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit emas.

Tapi, janganlah pula 100% simpanan ditukarkan kepada emas, cukuplah 50%-80% dari simpanan, mengikut keperluan dan iklim kewangan masing-masing. Pastikan anda mempunyai 10% dalam bentuk wang kertas untuk keperluan kecemasan yang perlu tindakan segera. Jangan gunakan wang perbelanjaan harian untuk membuat simpanan emas. Kehidupan seharian memerlukan wang fiat. Gunakan wang simpanan yang tidak digunakan atau gunakan wang simpanan untuk jangka masa panjang untuk membeli emas. Rancang dengan bijak, bezakan simpanan tetap, simpanan kecemasan dan simpanan perbelanjaan. Bagi yang berniaga gunakan keuntungan perniagaan untuk menyimpan dalam bentuk emas.

Di sini saya sertakan beberapa link sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan dengan emas.

Faktor turun naik harga emas:
http://www.hargaemas.com.my/faktor-turun-naik-harga-emas

Harga emas semasa naik:
http://www.hargaemas.com.my/harga-emas-semasa-naik

Kenapa tidak dapat menjana duit dari emas ? :
http://www.hargaemas.com.my/kenapa-tidak-jana-duit-dari-emas#

Kelebihan membeli & menyimpan emas :
http://www.hargaemas.com.my/kelebihan-bila-mula-membeli-menyimpan-emas

Hukum trade in emas mengikut Islam:
http://www.hargaemas.com.my/hukum-trade-in-emas-mengikut-islam

TEKNIK 1: PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL KEMUDIAN PAJAK, KEMUDIAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI.

TEKNIK 2: BUAT PINJAMAN SEMAKSIMUM MUNGKIN DAN BELI EMAS FIZIKAL

TEKNIK 3: MEMBUAT KEUNTUNGAN DENGAN EMAS FIZIKAL (MENGGUNAKAN TEKNIK PAJAK)

HARGA SEMASA PASARAN EMAS

 

Perbezaan Jenis Pelaburan Emas

Pelaburan Emas VS ASB


 


Di Putrajaya
capture-20121008-151524-1024x527

 

Di Melaka

Peta-Lokasi1

2 Responses to EMAS

  1. Mahfiza Mohd Nasir says:

    Assalaamualaikum. Dalam text ada mention: pastikan beli emas dapat emas, bukannya beli emas hanya dapat sijil atau surat perjanjian sahaja. Tapi dalam pelaburan ‘p’ bank dinyatakan tiada emas fizikal. So, adakah maksudnya, pelaburan emas terbaik adalah dengan public gold kerana menawarkan emas fizikal. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    • admin says:

      Wasalam, ya betul. Pelaburan emas berbentuk fizikal lebih baik kerana boleh nampak dan boleh dirasa serta disimpan sendiri oleh pelabur/pembeli. Public gold adalah emas terbaik dimana boleh diterima di mana-mana tempat jika ingin dicairkan. Maklumat lanjut berhubung terus dengan kami di 0196692728.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *